Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Imej 'Bapa', Adakala Membingungkan, Ada Masanya Menjengkelkan

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 5:00PM

Konsep Keluarga Malaysia melibatkan kerajaan dan pembangkang, merupakan tugas berat kepada Perdana Menteri untuk mencari persefahaman tanpa mengetepikan agenda politik demi rakyat serta negara. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keterujaan ketua parti politik untuk membawa imej bapa ini kadangkala membingungkan, adakala menjengkelkan. Sedar atau tidak, kemahuan untuk diiktiraf sebagai bapa ini ialah kemahuan untuk berkuasa selamanya.

Keluarga tidak boleh dipilih berbeza dengan pemimpin dalam negara yang demokratik; sentiasa menghadapi ancaman kertas pilihan raya dan undi percaya.

Namun dalam ingatan rakyat Malaysia moden, keluarga bukanlah sesuatu yang semuanya indah. Ada beberapa episod, sosok bapa menjadi modal jenaka, malah menjadi punca kemarahan.

Begitulah bila taktik kekeluargaan dan pemimpin absolut ini terlalu kerap digunapakai. Saya beri beberapa contoh.

Bila sebut abuya, gelaran bapa dalam bahasa Arab langsung kita teringat Abuya al-Arqam yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, malah aset berjuta-juta.

Beliau juga dikatakan mempunyai barisan askar tersendiri di selatan Thailand mengakibatkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang dianggap sesat. Al-Arqam dibubar dan diganti dengan nama lain.

Personaliti yang betul-betul diyakini pengikutnya sebagai pemimpin Bani Tamim berjaya membentuk empayar perniagaan dan memecah monopoli yang dulunya jarang disentuh bangsa Melayu.

Begitulah kehebatan abuya pada satu sisi, tapi maklum selagi bergelar manusia pasti ada kesalahannya namun itu bukan topik utama hari ini.

Satu lagi sosok ayah yang terkenal dalam sejarah Melayu moden ialah Ayah Pin, juga ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara suatu masa dulu.

Bila terpacul nama Ayah Pin, kita pasti teringat imej teko atau kerajaan langit. Walaupun salah dari segi akidah Islam, tapi kita harus akui kerajaan langit Ayah Pin tidak menyusahkan orang, mengenakan cukai GST,  dan tidak mengamalkan rasuah.

Sementara itu, gelaran Abah pula melekat kepada mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang bersungguh mahu diterima rakyat setelah melakukan Langkah Sheraton dengan membelot ketuanya sendiri ketika itu, Tun Mahathir.

Proses penyucian itu akhirnya gagal akibat kegagalan Abah untuk mengawal Kabinet beliau dan melahirkan pagar #kerajaanGagal.

Apa pun gelaran yang digunakan untuk menggambarkan ketua Keluarga Malaysia elok mengelak menjadi Keluarga 69 dalam filem almarhum Tan Sri P Ramlee.

Cerita penuh percintaan anak ayah yang berserabut akhirnya keluarga menjadi tunggang terbalik.

Lebih menyeramkan, jumlah Kabinet Keluarga Malaysia juga berjumlah 69 orang. P Ramlee cakap lama dah, kita saja yang lalai.

Tapi setelah ditandatangani MoU, saya terpaksa akur dan bersetuju dengan konsep Keluarga Malaysia ini.

Apa pun nak dipanggil PM Ismail Sabri ini, saya harap pengisiannya lebih penting.

Sebuah keluarga walaupun sering bertelingkah namun akan tetap mempertahankan ahlinya sendiri jika dituduh komunis, ejen asing dan lain-lain fitnah.

Isu kaum dan agama juga haruslah diselesaikan dengan damai dan tidak lagi menjadi modal politik. Ini tugas berat untuk ketua Keluarga Malaysia untuk mendamaikan adik-beradik berlainan bangsa dan agama.

Adakah PM Ismail mampu menggalas tanggungjawab besar ini? Kita tunggu dan lihat. - Getaran, 23 September 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicauan di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok.

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan