web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Baharu, Bangkitkan Kembali Kegemilangan

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan bulan lepas dan esok, adalah hari di mana negara kita ditubuhkan pada 58 tahun lalu. 

Lebih kurang tujuh tahun lalu saya ada menulis. 

Pada waktu itu rejim Barisan Nasional tampak seperti tidak akan berubah tetapi saya berharap rakyat Malaysia akan bangkit. 

Saya percaya satu hari nanti Malaysia yang lebih kuat akan muncul. Empat tahun kemudian Malaysia Baharu telah lahir tetapi ia tidak bertahan lama. 

Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu. Kita tidak boleh memperbaiki sesuatu yang telah dirosakkan berdekad lamanya dalam jangka masa yang singkat ataupun dalam masa beberapa tahun.

Negara kita kompleks dan perjalanan ini adalah sesuatu yang kita perlu lalui. Secara perlahan-lahan semua orang akan tersentuh dan perubahan sebenar akan berlaku. 

Mudah-mudahan perubahan yang berlaku adalah positif, tetapi dalam sistem demokrasi kita tidak akan tahu sepenuhnya. 

Sudah banyak pihak berceramah, bertikam-lidah dan mengeluarkan kemarahan, jadi ini bukan satu ceramah, hanyalah satu kenyataan tulus ikhlas dari hati.

Pada 16 September, 58 tahun lalu, Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu (dan buat satu jangka masa yang singkat Singapura) menjadi rakan setaraf dalam satu impian untuk membentuk satu negara yang bersatu, berbilang kaum dan berbilang agama, di mana agama Islam menjadi agama rasmi yang boleh memberi inspirasi tetapi tidak menentukan undang-undang negara.

Ini untuk memastikan semua agama dihormati dan rakyat bebas mengamalkan tanpa halangan. Semua bahasa yang dituturkan dan disokong tetapi Bahasa Melayu bertukar menjadi Bahasa Malaysia satu bahasa kebangsaan yang menyatukan semua.

Orang Melayu di Malaya diminta untuk berkongsi bahasa mereka supaya ia boleh menjadi bahasa kepada semua dan mereka bersetuju. Harapan pemimpin terdahulu diketuai oleh Tunku Abdul Rahman adalah untuk membina sebuah negara yang dinamik dan berbudaya yang akan menjadi pedoman untuk seluruh dunia.

Dan untuk satu jangka masa yang lama itu apa yang kita berjaya lakukan. Kita telah menjadi peneraju dalam industri getah, minyak sawit, bijih timah, pembalakan dan petroleum, kita berjaya memodenkan negara memiliki institusi kehakiman, perkhidmatan awam dan sistem pendidikan paling dihormati di seluruh Asia. 

Kita juga pernah memiliki pasukan bola sepak yang berjaya menewaskan Korea dan Jepun. 

Pemain seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Arumugam dan ramai lagi mengibarkan bendera Malaysia dengan kebanggaan dan kita juga bangga dengan mereka. 

Selepas 58 tahun kita perlu menerima yang kita telah melakukan kesilapan. Tetapi tidak mengapa. 

Untuk sesebuah negara menjadi benar-benar hebat, kita perlu bersedia menempuh apa sahaja cabaran diberikan dunia moden, kita perlu menelan semua kesilapan itu.

Bolehlah dianggap sebagai satu proses muhasabah diri. Kita telah membiarkan negara diselubungi terlalu banyak sampah sarap.

Kesilapan itu mengajar kita bertapa mudahnya untuk tersilap langkah atau membiarkan diri dikawal oleh ketakutan. 

Pemimpin terdahulu telah meninggalkan satu watikah yang cukup bernilai dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Negara kita teruk dibadai kebelakangan ini, tetapi kita masih kuat dan mampu menanganinya. Jadi hari ini saya mahu anda semua bangkit. Banyak yang kita perlu lakukan saya akan berdiri bersama dengan anda.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya adalah anda, anda adalah saya dan kita adalah rakyat Malaysia. Semoga Tuhan merahmati kita dan negara ini. - Getaran 15, September 2021

Datuk Dr Vinod Sekhar adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga