Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


'Beauty Filter': Obsesi Yang Memakan Diri

Sekali sudah mula 'selfie', memang susah hendak berhenti. Seperti suatu macam ketagihan buat generasi muda hari ini yang kebanyakkannya menjadikan kaedah 'filter' sebagai tetapan wajib.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 7:39PM

Gambar: Mateus Campos Felipe, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, kehidupan manusia kini separuh masanya berlegar secara maya. Kita membina profil atau identiti yang sempurna menerusi paparan kendiri di platform-platform digital yang diedit menurut imaginasi sendiri.

Lebih ekstrem lagi apabila manusia sekarang sudah mampu untuk mengubah wajah serta penampilan asal supaya memenuhi acuan standard masa kini.

Facial editing bukan lagi perkara asing dan ianya menjadi suatu normaliti yang mengundang risiko negatif dalam jangka masa panjang.

Dalam pada melayani kerenah anak-anak bermain filter yang melucukan di TikTok serta Instagram Story, saya sendiri ada kalanya mencuba-cuba beraneka beauty filter yang cukup mengujakan.

Ini bukan lagi kes makan gambar tetapi dengan filter, yang biasa-biasa pun akan bertukar menjadi luar biasa! Wajah lebar berubah tirus, mata sepet menjadi bundar, bibir tipis jadi terjuih.

Sekali sudah mula selfie, memang susah hendak berhenti. Sekarang saya faham mengapa ianya menjadi suatu macam ketagihan buat generasi muda hari ini yang kebanyakkannya menjadikan kaedah filter sebagai tetapan wajib.

Masakan tidak, kesempurnaan kini mampu dikecapi semudah klik di hujung jari.

Teringat pula saya kepada sebilangan influencer yang hanya ligat di media sosial tetapi tidak akan membuat kemunculan di khalayak ramai. Kerana realiti itu membunuh fantasi.

Khususnya beauty influencer, bila bersemuka dia jadi malu-malu kucing, menyedari yang rupanya tidak setara dengan setiap imejan yang dikhayalkan di medan media sosialnya.

Wajah terletak cantik dengan bantuan filter. Tanpa filter, pecah. Ya, begitulah apabila expectation versus reality yang selalunya menghampakan.

Lebih menyedihkan apabila ramai yang in denial, enggan dilihat tanpa filter kerana di dalam kotak minda mereka, begitulah rupa mereka yang sebenar.

Kecantikan palsu mencipta sebuah sebuah komuniti palsu. A fake society. Mencipta kepura-puraan demi daya tarikan bagi menaikkan bilangan pengikut. Satu penyakit mental baru di era teknologi.

Sebagai ibu kepada anak perempuan yang bakal meningkat remaja, saya melihat masa depan dengan penuh kegusaran setiap kali teringatkan betapa majunya teknologi kini yang cukup mudah dinavigasi oleh sesiapa sahaja walau kanak-kanak sekalipun.

Seperti konsep beauty filter, trend ini sedikit sebanyak telah mengubah bagaimana anak muda hari ini melihat diri sendiri. Dalam keadaan luar sedar, mereka menjadikan augmented reality ini suatu norma.

Walhalnya, ketagihan kepada filter memupuk obsesi terhadap kesempurnaan.

Dengan suasana persekolahan era pandemik yang mewajibkan kehadiran kelas di atas talian, maka tidak hairanlah jikalau kebanyakan anak-anak hari ini memiliki akses kepada telefon pintar.

Dari sekadar suka-suka mahu mencuba, mereka mula bereksperimen bersama teman-teman di alam maya menerusi media sosial selain muat turun aplikasi tertentu.

Kulit kusam bertukar putih mulus seakan ‘air brushed’, mata boleh bertukar-tukar warna, dari tubuh berisi jadi 45kg. Perfection.

Mungkin bagi yang lebih matang dan berusia, kita mampu menilai baik buruknya.

Namun buat kanak-kanak, praremaja, remaja serta golongan dewasa muda, konsep augmented reality ini kian menjadi sebahagian daripada gaya hidup kerana mereka membesar dengan teknologi yang sebegitu rupa.

Kanak-kanak 12 tahun boleh berubah wajah seperti gadis 21 tahun. Simply because they can be whoever they want online.

Mahu rupa paras persis bintang K-pop kesayangan? Mahu jadi girl-next-door atau si penggoda? Berangan Kim Kardashian atau Kylie Jenner? Take your pick.

Segalanya bermula daripada cetusan budaya swafoto di awal 2000 melalui MySpace dan kemudiannya Facebook. 

Revolusi digital yang seterusnya sudah tidak mampu lagi dibendung dan gelanggang media sosial menjadi bertambah rancak dengan kepelbagaian feature lalu membangkitkan trend face filter.

Berdasarkan kronologi perkembangan teknologi maya, face filter pada awalnya muncul hanya sebagai gimik bagi mencipta pengalaman yang lebih menyeronokkan buat pengguna platform.

Dengan inovasi artificial intelligence, aplikasi ini berupaya mengesan ‘kekurangan’ pada wajah lalu mengubahkan secara automatik menurut standard cantik semasa.

Kaedah ini kemudiannya beransur menjadi medium utama dalam berkomunikasi mengekspresikan perasaan, reaksi ataupun mood.

Hari ini, hampir kesemua orang muda terutamanya wanita menggunakan filter sebagai cara untuk beautify rupa paras yang sedia ada. Bagi mengecap ‘kesempurnaan’, penampilan menerima penambahbaikan pada mana-mana bahagian wajah atau tubuh yang ‘kurang’.

Edit secara automatis atau manual, ribuan pilihan menanti untuk beraneka gaya wajah yang diingini. Setakat tahun ini, ada 1.2 juta jenis filter tersedia di atas pelbagai platform atau aplikasi.

Apabila hampir setiap gambar di media sosial diiringi dengan editing menggunakan filter, lama-kelamaan ianya menjadi tabiat yang sukar dibuang lantas memakan diri.

Manipulasi kepada standard kecantikan sempurna ini walau bagaimanapun, menguntungkan konglomerat-konglomerat industri kecantikan yang bernilai berbilion-bilion.

Dengan 689 juta pengguna aktif di TikTok dan lebih satu bilion pengguna aktif Instagram berdasarkan statistik terkini, trend filter ini tidak menunjukkan sebarang tanda untuk reda.

Realitinya, filter bukan sekadar topeng kepada wajah sebenar. Ianya juga menjadi filter kepada kehidupan yang sebenar. Inilah yang diidamkan oleh generasi digital - the perfect face, the perfect body, the perfect life.

Tagline ‘dunia tipu-tipu’ itu mungkin sekadar frasa acah-acah yang popular di kalangan anak muda di platform TikTok. Hakikatnya, memang kita sedar yang semua ini bohong belaka.

Tetapi oleh kerana ianya kian menjadi sebahagian daripada komponen kehidupan moden hari ini, kita terpaksa menerima. Dan di sini jugalah kita sebagai yang dewasa, muncul membawa peranan dalam mendidik generasi anak-anak kita agar tidak mudah termakan dengan tipu helah dunia maya.

Tidak kiralah walau sedahsyat mana sekalipun inovasi teknologi berkembang di masa hadapan. Kerana selagi bernama manusia, sesiapa pun tidak akan mampu bergelar sempurna. - Getaran, 12 September 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Kolum 3 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok