Berita Terkini

10 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ingatan Manis Pada Bulan September

Selain meraikan bulan kelahirannya, September juga bulan fesyen dunia dan Wirda Adnan berkongsi pengalaman-pengalaman manisnya menghadiri minggu fesyen di kota-kota terkemuka.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 6:34PM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“I love September, especially when we’re in it,” Will Sargell

Nostalgia bulan September. Just a million lovely things I will always remember.

September, ya saya menerima banyak kata-kata cinta, kata-kata semangat, ucapan panjang umur dan sebagainya. Suami, anak, menantu, adik-beradik, kawan-kawan dan kenalan tidak pernah lupa menghantar ucapan Hari Jadi, jambangan-jambangan bunga dan aneka hadiah. 

Dan lebih daripada itu, walau usia meningkat, syukur saya sihat dan menjalani kehidupan seperti tidak mahu dimakan tua. Mahu terus berilham, mahu mencuba yang baru, mencari resepi terkini untuk hidangan famili supaya bukan makanan sama hari-hari.

Masih senang ke toko buku untuk membeli Vogue, Harper’s Bazaar, Elle (kini di musim COVID masih setia melayari internet untuk mengetahui perkembangan fesyen dunia).

Ya, masih mahu berpergian makan angin, menelusuri pantai-pantai indah, tinggal di resort mewah dan sudah tentu mahu melihat yang terkini di rumah-rumah fesyen. 

Teringat, dulu-dulu September bulan berpergian. Kota cinta Paris dilewati, London inspires me. Di  London, everyone is different and that means anyone can fit in. Milan, world’s most important fashion capital.

Kebanyakan daripada rumah fesyen Itali yang terkenal berpangkalan di Milan-- Armani, Bottega, Gucci,  Valentino, Versace, Prada, Dolce & Gabbana, Missoni, Pucci, ah saya boleh terus menyebut jenama-jenama besar yang membuat orang fesyen leka berada di sini.

Terutamanya dalam dunia orang majalah (majalah fesyen atau gaya hidup) untuk mendapat sebanyak berita dan berasa lebih bahagia bila bersama melewati venue-venue fesyen.

‘The importance of Fashion Week is really the exposure because the fashion industry is so competitive. It’s key expose, a really important moment in the spotlight for designer at any level’ - Mary Gehihar

Sementelah September disebut bulan fesyen, jom saya cerita sedikit tentang minggu fesyen dan pengalaman saya.

Saya sering ditanya, bagaimana dan di mana boleh dibeli tiket untuk masuk ke dewan runway Paris, London, Milan dan New York?

Jawapan ringkas saya, “Fashion shows are produced for industry, not for the public.”  Kata lain, “Bad news, there are no tickets for the fashion show as they are not open to the public but only to buyers and press and access is by invitation only.” 

Maknanya juga hanya insan-insan tertentu sahaja memiliki keistimewaan hadir di dalam arena.

Siapa? Mereka adalah ‘buyers’ yang sudah dikenal pasti membuat tempahan untuk gedung-gedung mereka. Kemudian, editor-editor majalah fesyen terkenal dunia. Dan kalau anda top-tier blogger dan anda dikenali oleh agensi PR, ya, anda mungkin berpeluang untuk mendapat jemputan. 

Suasana di pertunjukan koleksi musim luruh/sejuk Chanel 2021/2022 di Paris Julai lalu. Gambar: AFP
Suasana di pertunjukan koleksi musim luruh/sejuk Chanel 2021/2022 di Paris Julai lalu. Gambar: AFP

Selebriti terkenal dunia, hanya sejak kebelakangan ini sahaja disediakan tempat di front row, kerana semua tahu selebriti membawa tuah kepada jenama dan designers. Mereka mampu bawa pulangan besar.

Hanya kerana Rihanna atau Beyonce misalnya menggayakan cuma beberapa jam sahaja, ribuan baju yang sama mendapat tempahan serta-merta, jadi rumah-rumah fesyen berebut untuk membawa mereka ini ke pertunjukan mereka. 

Siapa lagi yang beruntung diberikan pas masuk? Jika anda pembeli tegar untuk satu jenama, anda boleh mohon dan nama anda dihantar untuk shortlist. Kalau anda bertuah, sekeping kad menyusur menjemput anda. Sebelum itu, ingat, anda perlu ‘invest besar’.

Jadi anda tahu ya, ramai saya dengar mencanang, mereka ke show ini, ke show itu, selalunya mereka ini hanya ada di luar kawasan venue sahaja. Sudah tentu kalau anda di kawasan itu, kadang-kadang nampaklah kelibat selebriti-selebriti tertentu.

Dan satu perkara yang anda juga perlu tahu, what type of fashion show? Normal Runway Show? Trunk Show? Cocktail Show? Atau Dinner Party Fashion Show?

Trunk Show, ini yang paling ‘mahal’ dengan tetamunya amat terhad. Tujuan pertunjukan ini untuk menjual pakaian. Jadi tetamunya para editor dan buyers untuk kedai dan butik, serta seperti saya sebut tadi, high-value consumer clients.

No food no drinks. Sama dengan Normal Runway Show (selalunya rumah fesyen besar disebabkan ada Trunk Show mereka tidak lagi mengadakan Normal Runway Show). Di sini, tempat duduk yang ditentukan, pertunjukan ini cuma antara 15-20 minit dan bila muzik berhenti, pertunjukan tamat dan tetamu pulang. 

Sementara Cocktail Fashion Show - minuman diedarkan, muzik dimainkan, model berjalan untuk mendapatkan angle terbaik dan pertunjukan berlangsung selama 10-20 minit juga. Cumanya anda dapat mingle while sipping on some beverages.

Dinner Party Fashion Show, juga berlangsung selama 10-20 minit tetapi anda mungkin bertuah dapat bertemu dengan pereka fesyen. Selalunya pertunjukan ini diadakan di venue yang luas dan kalau tetamunya ramai, anda mungkin tidak nampak pun model memperagakan pakaian. 

Namun apa yang paling buat saya teruja kala berada di pertunjukan-pertunjukan begini bukan sekadar menjadi antara orang pertama melihat rekaan terkini tetapi keseluruhan 'ambiance’ nya, pengalaman inilah bagi saya terlalu bernilai.

Untuk pertunjukan 10-20 minit itu sahaja jutaan dolar dibelanjakan. Idea, konsep, muzik, kreativiti yang menakjubkan, it is such an incredible, big and great work of art.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Semoga catatan ringkas ini memberi anda lebih kefahaman tentang minggu fesyen.

Memang banyak pengalaman indah saya yang tidak mungkin luput di ingatan. Di satu Dinner Party Show sempena pembukaan flagship store LV terbesar di Champs-Elysees, Paris, (saya juga hadir di Trunk Show nya pada sebelah petang) rasanya hampir semua selebriti terkenal dunia hadir.

Menariknya, ia majlis bebas bergerak dan kalaulah anda jenis yang gila bergambar dan muka tak pemalu untuk mohon bergambar (kalau si selebriti sudi), dapatlah tayang pada geng. 

Dalam pengalaman-pengalaman fesyen saya dapatlah bersua muka malah bergambar Karl Lagerfeld (mendiang), John Galliano, Donatella Versace, Tom Ford, Frida Giannini, Christopher Bailey, Riccardo Tisci antaranya.

Jujur saya kata, saya lebih teruja bila dapat berjumpa designers berbanding selebriti dan artis; Rihanna, mendiang Prince, Priyanka, Johnny Depp, Jessica Alba, Sharon Stone, Monica Bellucci, Nicole Kidman dan ramailah lagi yang tidak perlu pun disebut.

Tentu ramai yang kala di 31 Rue Cambon - House of Haute Couture Chanel selepas membeli-belah ingin menjenguk ke bangunan sebelah yakni apartmen peninggalan Coco Chanel yang penuh bersejarah. Symbol of luxury and class - all of it - her memory, her legacy

Again, I am blessed, berpeluang melawat ke dalam dan pernah juga tempat itu dijadikan venue untuk pertunjukan fesyen Chanel dalam skala kecil untuk para editor dan selebriti sahaja.

Pengalaman lucu pun ada. Di Hong Kong untuk satu jemputan Louis Vuitton. Sebelah malam ada persembahan istimewa daripada Kanye West. Dan tetamu pun mula menari, mahu tidak mahu kena goyangkan juga kaki kerana sudah dihimpit tetamu yang dah naik syok.

Bayangkan Kanye West yang menyanyi dan tiba-tba tumit tinggi patah sebelah... terpaksalah berkaki ayamlah sepanjang malam dan perjalanan ke hotel. Yang saya geram bukan calang-calang jenama, jadi tidak semestinya yang mahal itu tahan lasak. 

Selain hadir di minggu fesyen dan jemputan khas rumah fesyen tertentu untuk pertunjukan koleksi musim baru, pengalaman yang satu ini cukup menyeronokan. Saya mendapat jemputan khas ke Outlet-Outlet terkenal di beberapa negara Eropah hanya untuk ‘crazy shopping, free and easy’ - dari Paris, ke Milan, Belgium terus ke Barcelona, Sepanyol.

Such a great experience - yang saya perlu bawa hanyalah cash atau credit card untuk membeli-belah kalau rasa tidak boleh tidur jika tidak dibeli.

Jadi kalau anda pernah ternampak saya mengenakan baju-baju berjenama, helo, banyaknya dari Outlet aja. Saya teringat bilamana Gucci dan Prada menurunkan harga tidak masuk akal, tentulah tangan berasa gatal untuk melayangkan kad kredit tetapi sampai hari ini, masih bayar hutang, aduh!

Apapun saya hargai setiap pengalaman indah, yes I am blessed.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Begitu pun bukanlah setiap berpergian itu more leisure than work, seperti bilamana hadir ke The Salon International de la Haute Horlogerie (SIHH) di Geneva untuk beberapa tahun.

SIHH adalah acara tahunan (trade show) pameran jam-jam mewah serta barang kemas. Ini biasanya diadakan pada bulan April.

Dari pagi hingga ke petang sendat dengan sidang media dan temu ramah-temu ramah dengan pengasas jenama, CEO, designer jam dan duta-duta jenama. Dan pulang tidak cukup tangan menyediakan bahan.

Untungnya buat majalah tidak perlu disiapkan sesegeranya tetapi bagi wartawan akhbar kesian juga melihat mereka bekerja siang malam. Dan masa pulang bagasi satu jadi tiga dengan longgokan cenderahati. 

Begitu pun pada sebelah malamnya pasti ada parti. Waktu inilah jenama-jenama membawa duta-duta produk mereka, pastilah selebriti dunia hadir.

Saya lupa jenama apa, tetapi di pentas runway (bukan semua produk mengadakan pertunjukan) malam itu model jemputan ialah Naomi Campbell. Patutlah digelar supermodel, rentak dan lengoknya di pentas buat tetamu terkedu.  

September akan berlalu dan saya amat berharap kita dapat ‘dibebaskan’ dari duduk di rumah. Sudah hampir dua tahun.

Ya, sudah jemu menghadap ruang tamu dan bilik sama, teringin nak berpergian paling kurang santai di Pavilion dan KLCC sambil jamu mata. Lama sudah tidak melaram dan baju di almari pun sudah banyak yang sendat. 

Sudah lama juga tak beli baju baru. Memang gedung-gedung sudah mula dibuka tetapi masih ramai yang tidak lengkap dos vaksin. Takut keluar.

Tolonglah pada yang belum, segera mendapatkannya. Paling saya tak boleh ‘brain’, mengapa masih ada yang tidak faham yang kamu wajib vaksin supaya kita semua boleh menjalani hidup seperti biasa and enjoy life. - Getaran, 11 September 2021

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut