Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Roziah dan karenah pelantikan Naib Canselor IPTA

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sudah rezeki ditentukan oleh Allah, tiada siapa dapat mengubah. Buatlah apa pun, akhirnya rezeki itu akan berpulang kepada sasaran yang ditetapkan oleh Allah. Rezeki Allah tidak pernah salah alamat.

Begitulah dengan Prof Dr Roziah Mohd Janor, yang dilantik sebagai Naib Canselor (NC) Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kerana memang jawatan itu rezekinya, walau pun hampir terlepas daripada genggaman, ia tetap miliknya.  

Walau pun bukan wanita pertama dilantik Naib Canselor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), beliau tetap mencatat sejarah sebagai Naib Canselor wanita pertama UiTM, institusi pengajian tinggi unggul untuk Bumiputra.

Sementara pelantikan Roziah sejarah bagi dirinya dan UiTM, karenah di sebalik pelantikan itu yang wajar direnungi dan diambil iktibar. Apa yang berlaku seolah-olah membayangkan dalam pelantikan pentadbiran tertinggi universiti pun ada tangan ghaib memainkan peranan.

Adakah gejala ini juga berlaku di IPTA lain? Ini kerana ada IPTA yang masih belum mempunyai Naib Canselor setelah penyandang jawatan tamat tempoh perkhidmatan.

Antaranya Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Persamaan atau kebetulan? 

Mari imbau dahulu pelantikan Roziah. Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) UiTM itu dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad ke jawatan Naib Canselor melalui surat bertarikh 2 Ogos 2021, berkuat kuasa dari 9 Ogos hingga 11 Oktober 2023.

Sebelum itu beliau telah memangku jawatan Naib Canselor sejak 10 Mac 2021 apabila Naib Canselor, Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim tamat tempuh perkhidmatan. Ini meletakkan Roziah calon sesuai berdasar merit dan pengalaman lama berkhidmat di UiTM.

Bagaimana pun apabila Noraini meletakkan jawatan menteri pada 6 Ogos, keesokannya, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar mengeluarkan surat memaklumkan pelantikan Roziah ditangguh sehingga kerajaan membuat keputusan baharu mengenainya.

Tentunya ini mengundang persoalan. Walau pun Noraini meletak jawatan, pelantikan Roziah adalah sah kerana telah dimuktamadkan ketika Noraini masih memegang jawatan. Lantaran itu timbul andaian ada pihak lain cuba masuk campur atau cuba mengubah keputusan.

Situasi ini menimbulkan kerisauan di kalangan warga UiTM. Tiga kesatuan dalaman -Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTIMAS) dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) - mahu isu itu diselesaikan segera.

Ketiga-tiga persatuan menekankan, pemilihan Roziah melalui saringan ketat, temu duga serta mematuhi kriteria ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Persatuan mahu pelantikan Naib Canselor mesti telus, tidak diwarnai oleh unsur negatif yang boleh mengaburkan imej UiTM sebagai institusi pendidikan tersohor.

Mungkin kerana kenyataan tegas ketiga-tiga persatuan ini, dan tidak dapat melihat calon lebih layak, jawatan Naib Canselor tidak diisi sehinggalah Norani dilantik semula ke jawatan sama dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumum pada 27 Ogos.

Noraini berpegang pada keputusan asal dengan tetap memilih Roziah. Surat rasmi pelantikan beliau serahkan sendiri kepada Roziah di Putrajaya pada 3 September.

Adakah episod yang dilalui oleh Roziah di UiTM juga berlaku di IPTA lain? Apa punca sebenar ada IPTA sehingga kini masih belum melantik Naib Canselor setelah penyandang tamat tempoh perkhidmatan?  

Di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin kini menjalankan tugas Naib Canselor berkuat kuasa 29 Ogos lalu setelah Naib Canselor, Prof Dr Wan Azhar Wan Yusoff tamat tempoh lantikan pada 28 Ogos.

Di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ghazali Omar menjalankan tugas Naib Canselor sejak 28 Ogos lalu apabila tempoh perkhidmatan penyandang, Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berakhir pada 27 Ogos.  

Pelantikan Naib Canselor baharu IPTA sepatutnya dimuktamadkan lebih awal sebelum tamat tempoh penyandang, tidak kiralah sama ada penyandang dilantik semula atau calon baharu dilantik. Ini untuk membolehkan penjawat baharu memulakan tugas sebaik penyandang berundur.

Kegagalan berbuat demikian hanya menimbulkan pelbagai spekulasi. Benarkah ada permainan atau percaturan pihak lain yang berkepentingan? Ada kala jawatan dibiar kosong berbulan-bulan. Tugas Naib Canselor dipangku oleh salah seorang Timbalan Naib Canselor. Namun belum tentu pemangku akan meniti puncak. - Getaran 9 September 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

2

Semasa 6 bulan yang lalu

USM Muncul Johan Debat Statistik Antara IPT Anjuran DOSM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Internet Di Kampus: MCMC Adakan Libat Urus Dengan Bahagian Pembangunan Universiti

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tingkatkan Gaji Minimum Bagi Imbangi Pendapatan Dengan Kos Sara Hidup - Pakar

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan