Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasi Lemak Sihat Ala Abang Brian

Raikan Malaysia dan kepelbagaian juadah enaknya, serta ajnas cara memasak dan cara makan. Minggu ini, Abang Brian memberikan sentuhan kesihatan kepada nasi lemak, makanan kegemaran kita semua.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 9:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada bulan kemerdekaan ini, saya diingatkan dengan pelbagai faktor yang membuatkan saya bangga menjadi anak Malaysia. 

Antara kebanggaan ini adalah kepelbagaian hidangan yang mempunyai suntikan cara masakan dan bahan-bahan unik daripada masyarakat yang berbilang kaum. 

Daripada nasi lemak kepada laksa ataupun roti canai banjir, terdapat senarai panjang hidangan Malaysia yang ikonik. 

Ramai yang cuba berdebat untuk memilih satu juadah untuk dinobatkan ‘Hidangan Kebangsaan Malaysia’.   

Namun bagi saya bukanlah hidangan yang sepatutnya dinobatkan sebagai hidangan kebangsaan tetapi budaya makan dan cara masak rakyat yang seharusnya menerima lebih perhatian. 

Sememangnya, aktiviti makan dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan.

Setiap kali adanya saudara-mara atau rakan-rakan daripada luar negara yang mengunjungi Malaysia buat kali pertama, pastinya mereka mengutarakan pemerhatian yang sama iaitu, “Orang Malaysia memang makan 24 jam seharikah? Banyak pula kedai makan yang buka 24 jam.”

Namun dengan keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan masalah COVID, budaya makan kita ini telah pun terjejas. 

Walaupun kelonggaran telah mula diberikan untuk makan di restoran tetapi kes jangkitan harian yang begitu tinggi sekali masih merisaukan dan ramai yang masih memilih untuk makan di rumah sahaja. 

Oleh itu, sempena bulan kemerdekaan ini, saya mengambil peluang untuk kongsikan satu resipi hidangan ikonik malaysia yang telah diolah menjadi lebih sihat. 

Selamat mencuba dan salam kemerdekaan!

Nasi Lemak Kurang Lemak

Nasi

1 cawan beras

1/2 cawan susu oat

1 cawan air

1-2 inci halia, dihiris

3 sudu besar minyak kelapa 

Sambal

1 mangkuk ikan bilis, digoreng dalam penggoreng kering (air fryer)

3 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih, dikisar

1/2 mangkuk cili kisar

1 sudu besar beri goji

Garam

3 sudu besar madu

Untuk Menghidang

Kacang tanah yang digoreng dalam penggoreng kering (air fryer)

Timun 

Telur rebus

Cara-cara membuat

1) Masukkan kesemua bahan nasi dalam periuk nasi elektrik dan tanak nasi seperti biasa. Gaulkan dengan sedikit garam batu Himalaya yang halus. Saya guna CF Himalayans Rock Salt Fine.

2) Dalam kuali, tumiskan bawang besar and bawang putih yang telah dikisar bersama sehingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3) Perasakan dengan garam batu Himalaya halus dan madu. Untuk madu, saya gunakan CF Acacia Mangium Honey.  Gaulkan dan masukkan beri goji serta ikan bilis. Untuk resipi ini, saya gunakan Own Label Goji Berries. 

4) Hidangkan nasi bersama sambal telur, timun dan campuran kekacang. - Getaran, 23 Ogos 2021

Gambar: Brian Chen

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan