web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sibuk Bukan Penghalang Cintai Dunia Seni

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 9:04AM

Disebalik kesibukan tugas di CVSKL, Mohd Azlan tetap meluangkan masa untuk melukis dan hasil seninya itu dipamerkan di CVSKL.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesibukan sebagai Penyelia Unit Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) Jabatan Radiologi di Cardiac Vascular Kuala Lumpur (CVSKL) tidak pernah mematikan kecintaan Mohd Azlan Mohd Latib, 47, terhadap seni.

Baginya, dunia seni visual yang amat diminati adalah medan untuk dia berkongsi segala resah dan membuang setiap lelah dalam tugas, agar pada akhirnya mampu menjalankan tugas hakiki dengan baik.

Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam
Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam

Kedatangan pandemik COVID-19 ke negara ini menjadikan beban tugas Azlan meningkat berkali ganda, namun dia enggan mengalah, sebaliknya menjadikan seni visual sebagai kaedah untuk berkongsi inspirasi dan menaikkan semangat pesakit.

“Inisiatif ini menggunakan sepenuhnya biaya dari kocek saya sendiri, yang dilakukan semata-mata untuk memberi harapan dan inspirasi kepada semua pesakit di CVSKL.

“Saya mengendalikan Jabatan CT Scan di CVSKL, antara unit CT Scan paling sibuk di tanahair dengan bilangan pesakit yang terlalu ramai setiap hari, pameran seni ini sedikit sebanyak berupaya menghiburkan mereka,” katanya kepada Getaran di sini.

Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam
Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam

Berpengalaman selama 25 tahun sebagai Penyelia unit terbabit, Azlan akur bahawa setiap pesakit memiliki kisah duka tersendiri, justeru pameran seni diusahakan itu adalah wadah untuk mereka memperoleh sedikit hiburan kala menerima rawatan.

“Sudut pameran ini telah saya mulakan sejak dua tahun lalu, dan ia dilihat mampu menyuntik sedikit keceriaan kepada pesakit setiap kali mereka datang mendapatkan rawatan.

“Di setiap sudut ada kelainan ditonjolkan, sekurang-kurangnya mereka mampu melupakan sebentar kesakitan dialami,” katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia seni visual selama 15 tahun.

Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam
Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam

Minat mendalam jelas beliau lagi, adalah faktor yang menyebabkan dirinya kekal bertahan dalam dunia seni itu, walaupun pada masa sama perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19.

“Ini adalah platform terbaik untuk saya berkongsi inspirasi bersama yang lain dan setakat ini, ada 22 bingkai gambar di ruangan galeri di CVSKL.

“Ia menghimpunkan pelbagai medium, antaranya seni cetak Risograph, teknik kolaj dan seni lukisan di atas kertas yang saya hasilkan sendiri menggunakan campuran kopi dan beberapa kimia lain,” katanya.

Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam
Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam

Azlan menarik perhatian, pameran seni itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat khususnya pesakit dan pelawat di CVSKL.

“Majoriti pengunjung melahirkan keterujaan malah tidak putus mendoakan saya.

“Ada juga beberapa pihak yang menunjukkan minat untuk membantu saya mengembangkan lagi karya seni berkonsep Public Art ini,” katanya.

Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam
Antara karya yang dipamerkan dari siri ‘The Memoirs of Panopticon Brotherhood’. - Gambar ihsan Azlan Mam

Azlan memberitahu, setiap olahan seni membawa pengertian berbeza antara satu sama lain.

Karya seni dinamakan sebagai The Memoirs of Panopticon Brotherhood itu jelasnya, adalah manifestasi terhadap kecintaan pada dunia seni dan tugas hakiki di CVSKL.

“Untuk generasi muda, rebutlah peluang yang ada, tidak adalah salahya melakukan dua kerja pada masa sama asalkan bijak mengimbangi tanggungjawab diberi,” kata anak jati Pulau Pinang itu, mengakhiri perbualan. - Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

4

TARA 2 tahun yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan