Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Enggan Dicerca, Ibu Gigih Penghidap Kanser Bangkit Majukan Diri

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 7:53AM

Nor Azita menyusun kad tambah nilai telefon bimbit yang dijualnya sambil melayan dua anak OKU di rumahnya di Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pernah dilabel malas berusaha, tidak kurang pula yang menuduh dirinya hanya pandai mengharap bantuan dan menadah tangan.

Segala nista itu cukup membuatkan Nor Azifa Othman, 37 bangkit memajukan diri kerana tidak sanggup terus dihujani kata-kata keji masyarakat sekeliling.

Walaupun tiada yang mengerti penderitaan ditanggung selama ini, wanita gigih itu tetap berlapang dada, dan menerima takdir ditetapkan dengan redha bagi meneruskan kehidupan.

Dianugerahkan dua anak kelainan upaya (OKU) dan diduga pula dengan kanser payudara, Nor Azifa kini mampu menarik nafas lega, dek poket yang semakin berisi lantaran kegigihannya mencari rezeki.

Mengambil upah mengurut, memberikan perkhidmatan sauna dan menjual nilai prabayar telefon bimbit, hidup beliau tidak lagi berendam air mata.

Nor Azita turut mengambil upah mengurut bagi menambah pendapatan keluarganya.
Nor Azita turut mengambil upah mengurut bagi menambah pendapatan keluarganya.

Sejak anak keduanya, Muhammad Faiz Irfan Mohd Fauzi, 12, lahir dan disahkan menghidap Tricer Collin Sindrom, Nor Azifa sebenarnya hanya menghabiskan masa dan tenaga untuk memberi yang terbaik dalam penjagaan anaknya itu. 

"Saya memang mempunyai kemahiran mengurut dan pernah mengambil upah mengurut sebelum ini. Tetapi, apabila anak kedua lahir dan disahkan OKU, saya terpaksa memberi fokus kepada penjagaannya. 

"Sebab itu, ramai yang nampak saya ini tidak bekerja dan lebih teruk lagi mereka katakan saya hanya goyang kaki mengharap dan meminta-minta bantuan atau sumbangan wang tanpa berusaha," katanya, mengimbas kenangan lalu.

Segala tuduhan dan cemuhan itu jelas Nor Azifa, begitu menyakitkan seolah-olah dia hanya minta disuap, sedangkan hakikatnya, sejumlah besar diperuntukkan bagi menguruskan Muhammad Faiz.

"Pedih dan sedih hati ini bila mendengar tuduhan orang. Saya fokus jaga anak OKU, dia keluar masuk hospital, sampai suami pun kena berhenti kerja sebab selalu ambil cuti untuk sama-sama jaga anak, dengan saya pun yang kurang sihat, tetapi orang tidak faham," keluhnya.

Nor Azifa berkata, segala kutukan dan kecaman itu dilaluinya selama hampir 11 tahun, hingga akhirnya beliau memutuskan untuk bangun berjuang, selepas anak ketiganya turut berdepan masalah kesihatan.

Apabila Muhammad Farhan Imran, 20 bulan, turut disahkan sebagai OKU, dia nekad tidak mahu lagi dijadikan bahan bualan, dan berazam memperbaiki diri tanpa mengharapkan belas ihsan penduduk setempat.

"Pada mulanya, saya cuma urutkan adik angkat sahaja, kemudian rasa terpanggil untuk cuba semula ambil upah mengurut. Tidak sangka ramai yang suka mengurut dengan saya. 

"Saya juga mengambil sijil kemahiran bagi memantapkan lagi skil mengurut, selain menyediakan khidmat sauna dan urutan selepas bersalin. Semua yang saya lakukan adalah bagi menjana pendapatan kerana saya tidak mahu dikecam lagi," jelasnya. 

Walaupun sesekali telinganya masih menangkap cercaan yang dilemparkan, Nor Azifa enggan membiarkan emosinya terpengaruh, malah menjadikan semua itu sebagai azimat untuk terus maju.

"Ada yang kata saya mempunyai 'kabel', sebab bila ada pihak beri bantuan atau sumbangan, saya masih akan dapat. Bukan meminta, tetapi ada kawan atau jiran turut mencadangkan nama saya jika ada pihak yang ingin menghulur sumbangan.

"Saya enggan ambil berat dan hanya menumpukan kepada usaha mencari pendapatan sendiri. Hanya keluarga, rakan dan jiran rapat tahu apa yang saya lalui," katanya.

Anak kedua Nor Azita, Muhammad Faiz Irfan didiagnos sebagai Tricer Collin Sindrom sejak lahir.
Anak kedua Nor Azita, Muhammad Faiz Irfan didiagnos sebagai Tricer Collin Sindrom sejak lahir.

Ketika rancak mencari rezeki, negara dilanda tsunami COVOD-19 yang menyebabkan pendapatan dihasilkan Bonda Azifa Enterprise turut terjejas.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana  masih ada pihak yang prihatin terhadap nasib dirinya, suami dan anak-anak. 

"Tentang bantuan, memang masih ada yang sudi menyumbang tanpa diminta. Alhamdulillah, walaupun dalam waktu ini tidak dapat mengambil upah mengurut, tetapi jualan tambah nilai telefon bimbit masih berjalan dan ada permintaan. 

"Suami pun ada buat khidmat hantar barang sekali-sekala. Saya juga ada jual makanan sikit-sikit, suami pula tolong hantar," katanya. 

Nor Azifa yang disahkan menghidap barah payudara pada 2014 itu berkata, dia tidak akan putus asa untuk berusaha mencari rezeki memandangkan semua anaknya memerlukan keperluan harian dengan belanja agak besar. 

Walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, Nor Azifa memberitahu perbelanjaan susu khas, lampin pakai buang, tiub makanan dan ubat-ubatan dua anak OKU miliknya perlu diutamakan selain perlu membayar caj pengangkutan e-hailing jika hendak ke hospital kerana dia sekeluarga tidak mempunyai kenderaan. 

Nor Azifa yang mata kanannya kini sudah tidak dapat melihat dengan baik akibat kesan dialaminya juga terpaksa menghentikan sementara rawatan kanser dilalui, semata-mata untuk mengutamakan keperluan persekolahan anak-anak.

Suaminya, Mohd Fauzi Haron, 46, pula diberhentikan kerja selepas 16 tahun menabur bakti, akibat sering mengambil cuti yang panjang ketika menjaga Muhammad Faiz Irfan. 

Anak sulung pasangan itu, Fatin Nurazwani, 13, yang kini menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seri Alam banyak membantu Nor Azifa dalam melakukan kerja rumah dan menjaga dua adik istimewanya. 

Muhammad Faiz Irfan didiagnos sebagai Tricer Collin Sindrom sejak lahir, membabitkan lapan penyakit kronik iaitu sawan, saluran pernafasan, paru-paru, jantung, buah pinggang, otak, tiada telinga kanan dan anak tekak yang berlubang.

Muhammad Farhan Imran pula menghidap epilepsi dan kerap mengalami kekejangan, menyebabkan tumbesarannya agak perlahan.

Masing-masing masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. 

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu boleh menghulurkan sumbanhan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0113541100018447 atas nama Nor Azifa Othman. - Getaran, 2 Ogos 2021

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut