web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cabaran Sukarelawan PPV, Maki Hamun Jadi Juadah Harian

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 7:01AM

Sebahagian sukarelawan PPV Wisma Belia Indera Mahkota sedang membantu penerima vaksin menyemak pendaftaran mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Inisiatif kerajaan menawarkan perkhidmatan sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) bukan sahaja bertujuan meringankan bebanan petugas kesihatan, tapi turut memudahkan urusan penerima vaksin, terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Ia jelas satu pengalaman baharu kepada sukarelawan, sebahagian besarnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak dapat melanjutkan pengajian di kampus berikutan pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

Seorang sukarelawan PPV Wisma Belia Indera Mahkota sedang membantu penerima vaksin menyemak pendaftaran mereka.
Seorang sukarelawan PPV Wisma Belia Indera Mahkota sedang membantu penerima vaksin menyemak pendaftaran mereka.

Bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Amirul Hanzah, 24, dia mendaftar untuk menyertai program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) dan dipanggil bertugas sebelum fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula awal bulan lalu.

“Sebagai sukarelawan di sini, kami dikehendaki mengendalikan kaunter hadapan iaitu membantu penerima berkerusi roda, menyediakan borang serta memberi penerangan kepada penerima dan pengiring,” katanya yang membantu proses vaksinasi di PPV Wisma Belia, Indera Mahkota, dekat sini.

Amirul Hanzah
Amirul Hanzah

Amirul mengakui tugas itu sangat mencabar kesabarannya dan perlu bersedia untuk dimaki oleh penerima atau pengiring yang kurang berpuas hati dengan perjalanan proses vaksinasi di PPV berkenaan.

“Memang kami lazimnya yang menjadi sasaran apabila mereka tidak berpuas hati, jadi kena biasakan diri dan cuba menenangkan mereka sambil memberikan penerangan mengenai cara pengendalian PPV, dengan harapan dapat mengurangkan rasa marah mereka.

“Paling penting ialah kita tidak terikut-ikut dengan kemarahan mereka, jangan ‘mudah koyak’ dan cuba sebaik mungkin untuk bertolak ansur, kerana kita semua faham bahawa tugas untuk mengendalikan PPV dan urusan vaksinasi ini bukanlah mudah serta mengambil masa,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Sementara itu, rakan Amirul, Haziq Imas, 23, turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila ditanya mengenai tugasan sebagai sukarelawan di PPV berkenaan.

Haziq Imas
Haziq Imas

“Ada juga kes pengiring menyalahkan sukarelawan apabila mereka tidak dibenarkan masuk menemani penerima, malah menggunakan media sosial untuk memburukkan kami.

“Pernah berlaku penerima terlepas tarikh untuk divaksin dan apabila tidak dibenarkan masuk, mereka menyalahkan sukarelawan, sedangkan itu bukan bidang tugas kami,” katanya.

Haziq mengakui kejadian seperti itu sedikit sebanyak mengganggu emosi sebagai sukarelawan kerana majoritinya adalah pelajar yang baru bergiat dalam aktiviti  kemasyarakatan.

“Buat masa ini, saya tidak patah semangat, malah saya percaya rakan-rakan lain juga sama kerana memang niat asal kami menyertai sukarelawan adalah untuk membantu masyarakat,” katanya.

Seorang lagi sukarelawan, Razif Mohammad, 38, berkata, dia berharap orang ramai yang akan hadir untuk menerima vaksin dapat memberi sepenuh kerjasama, selain tidak mudah melatah jika berlaku kekeliruan atau terdapat sebarang kekurangan, sepanjang tempoh menunggu. 

Razif Mohammad
Razif Mohammad

“Kita semua perlu ada (sikap) timbang rasa dan berlapang dada, kalau ada kelemahan atau kekurangan, kena sama-sama faham kerana ketika ini, semua berada dalam tekanan dan mahu mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Masalah kekurangan kerusi atau masalah lain boleh diatasi jika kita berkomunikasi dengan baik, kerana kami (sukarelawan) dipilih untuk memudahkan urusan semua pihak dan memastikan kelancaran operasi vaksinasi mengikut jadual ditetapkan,” katanya. - Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin