Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Damai Mendengar Azan Subuh, Yu Nguk Gembira Bantu Masjid

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 7:45AM

Setiausaha Majlis Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Zulkarnain Hashim menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Walaupun berbeza pegangan agama dan berlainan warna kulit, ia bukanlah alasan bagi seorang peniaga wanita untuk tidak menyalurkan bantuan kepada orang ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Bahkan Ling Yu Nguk yang beragama Buddha mengakui, hatinya sangat tersentuh setiap kali mendengar laungan azan dari Masjid Taman Temerloh Jaya, dekat sini, hingga mendorongnya menawarkan bantuan barangan keperluan asas kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau yang berusia 50 tahun dan memiliki perniagaan kedai perkakasan sudah menyalurkan bantuan kepada masjid berkenaan sejak awal tahun ini, dan merasakan usahanya itu memberi kepuasan tersendiri.

Yu Nguk 
Yu Nguk 

“Saya fikir ini adalah cara terbaik untuk membantu masyarakat ketika kita semua sedang berdepan cabaran yang sukar sejak wabak COVID-19 melanda negara.

“Bantuan ini adalah sumbangan kecil saya kerana mereka (AJK Masjid Taman Temerloh Jaya) sudi menerima saya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, walaupun kita berlainan fahaman (agama),” katanya yang mengidap penyakit jantung.

Ketika ditanya mengenai pemilihan masjid itu untuk diberikan sumbangan, Yu Nguk berkata, dia terlebih dahulu bertanyakan AJK masjid berkenaan sekiranya boleh menerima sumbangan daripada orang bukan Islam dan selepas mendapat penjelasan, dia mula menghantar barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada golongan asnaf serta keluarga yang kurang bernasib baik.

“Mula-mula saya ingat orang lain (bukan Islam) tidak boleh hantar bantuan ke sini (masjid), tapi bila AJK cakap boleh, saya memang sangat gembira.

“Bantuan ini semua bukanlah besar sangat, tapi saya ingin bantu orang susah, jadi kalau boleh bantu melalui sumbangan saya berikan ini, baguslah.

AJK Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh menunjukkan sebahagian barangan keperluan asas yang akan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP.
AJK Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh menunjukkan sebahagian barangan keperluan asas yang akan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP.

Wanita berhati mulia itu memberitahu, tidak ada ertinya limpahan duit ringgit jika ia tidak boleh membawa kepada ketenangan hati atau sentiasa dihantui perasaan tidak gembira, justeru rezeki yang ada wajar dikongsi bersama golongan memerlukan.

“Lagipun saya suka dengar azan Subuh, tiap kali dengar (azan), saya rasa bersemangat walaupun saya ada sakit jantung,” akuinya.

Yu Nguk menarik perhatian, beliau turut mengetahui serba sedikit mengenai agama Islam melalui perkongsian ilmu oleh abang angkatnya yang menetap di FELDA Jengka.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Taman Temerloh Jaya, Zulkarnain Hashim ketika ditemui berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan terbuka untuk menerima sumbangan daripada mana-mana pihak.

“Tidak timbul isu bukan Islam atau Islam sahaja boleh memberikan bantuan, apatah lagi ketika kita sedang berdepan wabak seperti sekarang. 

“Macam Aunty ini, dia pemilik kedai hardware dan kita pun tidak sangka dia sudi memberikan bantuan kepada orang susah dan Alhamdulillah, dia sentiasa datang ke sini menghantar sumbangan.

“Kami ada tanya juga dia kenapa hantar (bantuan) ke sini, dia cakap dia percaya kami akan agihkan dengan adil kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, ini penghargaan juga kepada kami kerana dia percaya dengan cara kami menguruskan bantuan,” katanya.

Zulkarnain berkata, sepanjang tempoh PKP tahun lalu, masjid berkenaan sudah membelanjakan kira-kira RM80,000 bagi menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan.

“Daripada anggaran jumlah itu, kita gunakan RM20,000 dari tabung masjid untuk menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dan sumbangan wang tunai kepada mereka yang dikenal pasti berdepan kesukaran akibat (pelaksanaan) PKP, manakala selebihnya kita juga banyak menerima sumbangan daripada orang ramai,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur