Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bunga Teluki Bakal Tembusi Pasaran Dubai Sebagai Bahan Hidangan Mewah

Kisah Kita Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 1:56PM

Bunga Teluki bakal menembusi pasaran Dubai, menjadi satu lagi punca pendapatan kepada petani. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bukan sahaja cantik sebagai hiasan malahan Bunga Teluki atau Carnation juga mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusahanya apabila bakal menembusi pasaran Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai antara bahan dalam hidangan mewah. 

Lebih istimewa, Bunga Teluki atau nama saintifiknya dianthus caryophyllus bakal menjadi pilihan untuk digunakan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan mewah di restoran fine dining dan hotel mewah sekitar Dubai.

Ketua Unit Industri Florikultur Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Mohamad Nizam Malik, berkata pihaknya menyasarkan untuk mengeksport lebih 10,000 kotak Bunga Teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Unit Industri Florikultur Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata pihaknya menyasarkan untuk mengeksport lebih 10,000 kotak Bunga Teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini. - gambar BERNAMA
Ketua Unit Industri Florikultur Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata pihaknya menyasarkan untuk mengeksport lebih 10,000 kotak Bunga Teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini. - gambar BERNAMA

"Kita menyasarkan sebanyak 10,000 kotak dengan setiap kotak seberat 10 gram yang mempunyai kira-kira 45 kuntum Bunga Teluki seminggu yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, susulan itu, DOA telah mengenal pasti kawasan yang bakal dibangunkan untuk penanaman Bunga Teluki atau Ladang Eksport Bunga Boleh Dimakan (LEEF) secara komersial seluas 2.4 hektar di Bukit Changgang, Banting, Selangor. 

"Kita akan memfokuskan ladang di Bukit Changgang sebagai projek rintis untuk dijadikan pusat sehenti bagi keseluruhan proses bermula daripada penanaman, penuaian, penyimpanan dan pembungkusan sebelum dieksport.

"Sebab utama kita memilih kawasan yang dekat dengan lapangan terbang kerana adalah penting untuk memastikan kualiti bunga kekal segar sepanjang proses daripada penanaman, penuaian hinggalah penghantaran ke luar negara," katanya sambil menambah setiap kotak Bunga Teluki mampu mencecah harga RM80 berbanding nilainya di pasaran tempatan yang hanya dijual kira-kira RM10.

Beliau berkata, kos keseluruhan untuk mengeksport Teluki juga rendah berbanding Orkid yang dilakukan sebelum ini kerana selain memastikan bunga sentiasa segar, ia hanya membabitkan produk itu sendiri dan pembungkusan.

"Sebelum ini kita mengeksport Orkid dalam bentuk kotak hadiah premium yang melibatkan kos yang agak tinggi tetapi tidak bagi Teluki yang turut menjanjikan pulangan lumayan. Ini juga antara pengeksportan komoditi bernilai tinggi negara.

"Selain itu, ia tidak begitu rumit seperti Orkid yang perlu kita sediakan pasu khas dan gel air bagi memastikan ia kekal segar, cuma kita akan pastikan pembungkusan Teluki juga masih kekal segar supaya pembeli berpuas hati," katanya.

Mohamad Nizam juga berkata, bunga yang biasanya menjadi perhatian peminat sebagai hiasan di kawasan rumah atau dekorasi pada majlis tertentu itu juga boleh dihidangkan dalam pencuci mulut seperti ais krim dan stik. 

"Kalau sebelum ini kita hanya dengar kegunaan edible gold, atau emas yang boleh dimakan, untuk dimasukkan dalam hidangan tetapi kali ini, kita yakin Teluki juga akan mendapat sambutan yang sama kerana rasanya yang segar terutama untuk pencuci mulut.

"Setelah dimasukkan bunga ini dalam hidangan berkenaan, ia juga menjadi nilai tambah dan harga hidangan juga semakin mahal," katanya sambil menambah eksport pertama bunga itu ke Dubai disasar selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Beliau berkata, ketika ini, projek penanaman Bunga Teluki diusahakan di sebuah ladang di Kajang yang menempatkan empat rumah hijau bagi memenuhi pasaran tempatan oleh syarikat Foliage Microgreens.

Mohamad Nizam berkata, DOA turut mengintai peluang untuk pasaran di Singapura susulan terdapat permintaan sebelum ini dan memulakan penanaman bunga itu di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

"Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan ia sebagai antara aktiviti dalam kalangan kaum wanita di kawasannya.

"Jadi, ini kita sasarkan untuk pasaran di negara jiran (Singapura). Saya yakin produk Teluki ini akan menjadi satu cabang dan peluang yang baik untuk menjana pendapatan," katanya.

Ladang Bunga Teluki milik Foliage Microgreens seluas 0.1 hektar yang diusahakan oleh Fairuz Effindi, 39; Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37. - gambar BERNAMA
Ladang Bunga Teluki milik Foliage Microgreens seluas 0.1 hektar yang diusahakan oleh Fairuz Effindi, 39; Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37. - gambar BERNAMA

Baru-baru ini, wartawan Bernama dibawa melihat sendiri ladang Bunga Teluki milik Foliage Microgreens seluas 0.1 hektar yang diusahakan oleh Fairuz Effindi, 39; Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37. 

Bermula dengan hanya sebuah rumah hijau dan kos kira-kira RM30,000 pada 2018, kini tiga lagi rumah hijau dibina untuk penanaman bunga itu.

“DOA telah memberikan bantuan dari segi nasihat berkaitan penjagaan bunga dan peluang yang ada untuk memasarkan produk ini dan kami merancang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini," kata Fairuz sambil menambah Teluki mendapat permintaan tinggi daripada pihak restoran dan hotel terutama sekitar Lembah Klang. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong

Kisah Kita 5 jam yang lalu

Adam Syed Lakar Nama Malaysia Di Tesla Inc, Terus Terbang Tinggi Bersama Twitch

oleh Sophia Ahmad