web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Charles III Hidap Kanser - Istana Buckingham

Penyakit itu dikesan ketika baginda menerima rawatan masalah prostat baru-baru ini, dan kini dirawat sebagai pesakit luar bagi kanser yang tidak didedahkan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 12:02PM

Raja Charles III dan Permaisuri Camilla.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Buckingham hari ini mengumumkan bahawa Raja Charles III menghidap kanser, yang berjaya dikesan ketika baginda menerima rawatan mengenai masalah prostat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut jenis kanser yang dihidapi Raja Charles, 75, namun menegaskan ia bukan kanser prostat.

Menurut kenyataan itu, Raja Charles sudah memulakan prosedur biasa bagi merawat kanser dan akan menangguhkan kesemua jadual tugas sepanjang tempoh berkenaan.

"Raja Charles kekal positif mengenai rawatan yang diterimanya dan bersedia untuk meneruskan tugas dan tanggungjawabnya secepat mungkin," kata kenyataan berkenaan.

Memetik laporan portal BBC.com, baginda sudah memaklumkan secara peribadi mengenai berita itu kepada kedua-dua anak lelakinya, iaitu Putera William dan Putera Harry.

Putera William dilaporkan sering berhubung dengan bapanya, manakala Putera Harry yang kini menetap di Amerika Syarikat dijangka kembali ke United Kingdom tidak lama lagi.

Sementara itu, Raja Charles sudah kembali ke London, semalam, selepas berehat di Sandringham, Norfolk dan kini sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Walaupun menangguhkan segala acara awam, Raja Charles akan meneruskan tugas-tugas sebagai ketua negara, mengikut peruntukan perlembagaan, seperti menyemak dokumen kerajaan dan menghadiri mesyuarat tertutup.

Baginda juga bakal meneruskan perjumpaan mingguan bersama Perdana Menteri, Rishi Sunak, kecuali doktor menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Dalam pada itu, semalam Putera William mengumumkan akan kembali bertugas selepas berehat bagi menemani isterinya, Catherine yang menjalani pembedahan bagi bahagian perut, baru-baru ini. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi