Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Infaq Mall; Gedung Kebajikan Bantu Golongan Fakir

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 11:57AM

Saad dan Robiah menyumbang pakaian terpakai menerusi Infaq Mall - Gambar Sofia Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS – Sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambah dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan ALLAH melainkan akan diangkat darjatnya." (Hadis Riwayat Muslim).

Fadhilat dan kemuliaan sedekah bukan satu perkara asing, malah secara tidak langsung, sudah diwajibkan dalam Rukun Islam, menerusi pembayaran zakat dan fitrah.

Umum mengetahui bagaimana hasil bayaran zakat dan fitrah ini akan disalurkan kepada golongan memerlukan, sebagai bantuan untuk mereka menjalani hidup apa adanya.

Sebegitu mulia tangan memberi, sehingga aliran pahala akan tetap mengalir walaupun selepas kita berangkat ke alam abadi, seperti mana hadis riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, tidak akan terputus pahala seseorang kerana tiga perkara  iaitu ilmu agama yang bermanfaat, doa anak soleh dan selalu mendoakan serta sedekah jariah.

Faktor ini barangkali menjadi titik tolak kepada niat murni sepasang suami isteri warga emas, yang memanfaatkan waktu persaraan dengan mewujudkan premis sumbangan, dikenali sebagai Infaq Mall di perkarangan Masjid Permatang Rambai, Penaga, di sini.

Saad Yaacob, 64, berkata idea itu tercetus tiga tahun lalu apabila beliau bersama isterinya, Robiah Che Mat, 63, mengumpulkan barangan terpakai milik mereka dan dibawa ke masjid, untuk disedekahkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sambutan diterima jelas pesara kerajaan itu, amat di luar dugaan apabila semua barangan terpakai berkenaan habis diambil golongan memerlukan dalam tempoh kurang daripada dua jam, sekali gus memberi gambaran bahawa kawasan terbabit sebenarnya memiliki sejumlah besar penduduk yang perlu dibantu.

“Peristiwa itu menguatkan hasrat kami suami isteri untuk mewujudkan Infaq Mall  bagi membolehkan semua pihak menghantar barangan terpakai, agar ia boleh digunakan sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Kami amat bersyukur ia menerima sokongan padu jawatankuasa masjid yang turut bermurah hati menyumbang sejumlah wang untuk membantu melicinkan pelaksanaan agenda ini,” katanya kepada Getaran di sini baru-baru ini.

Mengakui tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa berikutan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah darurat sejak bulan lalu, Saad berkata, beliau kini menukar rentak program bagi memastikan ia boleh beroperasi seperti biasa.

Katanya, PKP dan darurat tidak menghalang orang ramai menyampaikan sumbangan kepada Infaq Mall walaupun premis itu terpaksa ditutup sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Atas dasar ini, saya dan isteri dengan dibantu  18 sukarelawan sepakat untuk menjual timbunan pakaian yang diterima kepada peraih baju terpakai.

“Hasil jualan itu akan kami gunakan untuk membeli barangan keperluan harian bagi disampaikan kepada golongan fakir atau individu memerlukan,” katanya yang bersyukur kerana kekangan PKP tidak menghalang orang ramai dari terus bersedekah.

Bapa tiga anak itu berkata, beliau turut mengambil pendekatan untuk menggantung sekitar seratus helai pakaian harian di luar premis Infaq Mall bagi membolehkan ia diambil individu kurang berkemampuan.

“Apa yang mengharukan saya, hampir setiap hari juga semua pakaian di situ habis diambil, dan ia membuktikan aktiviti kami sentiasa ditunggu-tunggu,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Infaq Mall  turut terbabit membantu mana-mana pihak yang terjejas akibat musibah banjir dan kebakaran, selain turut menyertai program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dikenali sebagai Free Market.

Infaq Mall juga menerima sumbangan wang, barangan keperluan makanan, dan sebarang jenis barangan terpakai yang boleh digunakan semula untuk disalurkan kepada golongan asnaf,” katanya. – Getaran, 6 Februari 2021



 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 19 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian