web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doktor Perkenal Menu Rahmah Di Perlis

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:29PM

Dr Ahmad Fadhzil berkata sebagai seorang pengamal perubatan beliau memastikan bahawa menu yang disediakan adalah sihat dan mengandungi zat makanan seimbang seperti protein, karbohidrat dan fiber. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kesusahan ketika bergelar mahasiswa perubatan di Rusia kira-kira 15 tahun lepas mendorong seorang pemilik rangkaian klinik swasta yang juga pengusaha restoran mengambil bahagian dalam inisiatif menawarkan menu Rahmah di negeri ini.

Pemilik Restoran Bekwoh Dr Ahmad Fadhzil Mohamad, 38, berkata beliau terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 dengan memperkenalkan tiga menu Rahmah.

“Ketika belajar di Rusia saya pernah belajar memasak, dari situ timbul minat untuk terlibat dalam perniagaan makanan.

“Buat permulaan saya perkenalkan tiga menu Rahmah iaitu nasi ayam cincang, nasi telur berlada dan nasi gulai ikan termenung (ikan kembung) bersama air sirap dengan harga RM5 bagi setiap hidangan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata hatinya tersentuh apabila melihat seorang lelaki berpakaian lusuh membawa tiga orang anak untuk menikmati menu Rahmah di restorannya semalam.

“Pada kebiasaanya satu hidangan nasi bersama sejenis lauk, sayur dan air boleh mencecah RM10. Saya rasa gembira secara tidak langsung dapat membantu golongan B40 dengan menawarkan menu Rahmah pada harga serendah RM5,” katanya.

Dr Ahmad Fadhzil berkata sebagai seorang pengamal perubatan beliau memastikan bahawa menu yang disediakan adalah sihat dan mengandungi zat makanan seimbang seperti protein, karbohidrat dan fiber.

“Alhamduillah sambutan yang diterima sejak hari pertama menu Rahmah dijual semalam amat menggalakkan khususnya daripada pelajar sekolah dan orang ramai,” katanya.

Dr Ahmad Fadhzil berkata beliau bercadang untuk menambah menu Rahmah di restoran pada masa akan datang agar pelanggan tidak jemu menikmati menu yang sama.

Sementara itu, seorang Tiktoker Sharifah Shafinaz Syed Azmi, 29, mesra dengan panggilan Pinat berkata sebagai menyokong usaha mempromosi menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dia mengadakan ulasan makanan di gerai dan restoran yang menjual menu Rahmah di akaun TikToknya Pinatreview.

“Dengan cara ini saya dapat memberi maklumat kepada peminat TikTok khususnya golongan B40 di mana mereka boleh dapatkan menu Rahmah pada harga serendah RM5,” katanya yang mempunyai 226,100 pengikut.

Beliau berkata di Perlis terdapat banyak kedai makanan yang masih menjual menu makanan pada harga RM5 namun ramai masih tidak mengetahuinya. -  Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat