Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Aleeya Zailan Tolak Taja Program Hiburan, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

Sering kali diburu untuk mendapatkan tajaan bagi program hiburan, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Aleeya Zailan lebih selesa memberi derma kepada golongan yang memerlukan.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 8:18PM

Aleeya Zailan bersama suaminya - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cantik, berharta dan berjaya itulah gambaran paling tepat buat usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Aleeya Zailan.

Jika anda mengikut akaun media sosial ibu beranak dua ini, pasti anda akan kagum melihat gaya hidupnya yang mewah tetapi masih mesra melayan para pengikutnya menerusi sesi live yang diadakan hampir setiap hari.

Aleeya Zailan kini pempengaruh dan usahawan berjaya
Aleeya Zailan kini pempengaruh dan usahawan berjaya

Aleeya gemar berkongsi rutin hariannya sebagai isteri, ibu dan juga usahawan. Antara aktiviti yang sering dikongsinya adalah video memasak, membeli-belah dan melancong bersama keluarga. Jadi tidak hairanlah kenapa dia mempunyai seramai 391,000 pengikut di Instagram sahaja.

@aleeyazailanavenys

seronok sangat masa ni di cili kampung

♬ It's a Beautiful Day - Evan McHugh

Aleeya bermula sebagai suri rumah, kemudiannya menjalankan perniagaan sambal dan akhirnya memilih untuk mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang diberi nama Avenys. Kini Avenys bukan sahaja memiliki produk kecantikan, malah turut memiliki koleksi hijab hasil permintaan para pengikutnya. 

Getaran berpeluang hadir ke majlis rumah terbuka anjuran Avenys beberapa minggu lalu. Dan di majlis itu, Aleeya sempat mendendangkan lagu buat para tetamu.

Mendengarkan suaranya yang boleh tahan sedapnya, soal saya pada Aleeya kenapa dia tidak keluarkan lagu seperti pengasas produk yang lain? 

Kata wanita berusia 37 tahun ini, niatnya menjalankan perniagaan bukannya untuk meraih populariti seperti seorang selebriti. 

“Tak kot rasanya. Sebab saya memang hanya fokus dengan perniagaan sahaja, bukan untuk menyanyi seperti selebriti. Lagi satu saya tak suka ikut apa orang buat. Biar orang yang ikut cara saya. Saya mahu jadi berbeza. Jadi saya perlu kekalkan dengan apa yang saya nak,” katanya.

Lumrah menjadi usahawan berjaya dan popular, Aleeya juga tidak terlepas daripada menjadi buruan pihak yang mahukan tajaan daripadanya termasuklah dari kalangan selebriti. 

“Sejujurnya sejak dari awal terbabit dengan perniagaan lagi, hasil daripada jualan produk Avenys, saya lebih gemar salurkan untuk tujuan kebajikan. Itu yang kami lakukan setiap hari Jumaat.

“Kami memang tidak beri untuk tujuan hiburan. Hanya untuk mereka yang memerlukan sahaja. Niat berniaga kena betul. Takut rezeki tu lari nanti,” ujarnya.

Disebabkan sering melakukan sesi live di Facebook dan Tik Tok, ramai pengikut Aleeya yang akan beri tanda star dan gift yang akan ditukarkan kepada wang seterusnya disalurkan kepada badan-badan kebajikan termasuklah rumah anak-anak yatim dan masjid.

“Setakat ini sudah beratus ribu yang berjaya kita dermakan kepada mereka yang memerlukan. Malah kami juga pernah memberikan rumah kepada mereka yang memerlukan,” kongsinya.

Sebagai seorang yang berpengaruh di media sosial, Aleeya juga tidak terlepas dari kecaman pembenci. Pernah satu ketika dirinya menjadi tular gara-gara mengeluarkan kenyataan yang melibatkan golongan B40. 

“Ramai yang salah anggap dengan kenyataan saya dahulu. Sekarang ini mereka sudah sedar apa yang saya cakap dulu ada benarnya apabila kerajaan juga telah mengambil langkah untuk menolong golongan yang terkesan dengan pandemik khususnya usahawan-usahawan kecil. Pengikut saya yang dulunya benci, kini mereka sudah mula suka dengan saya,” jelasnya.

Katanya lagi, sebagai seorang manusia biasa, dia turut sedih saat dirinya dikecam dan disalah erti oleh orang ramai. 

“Tetapi saya kena kuat dan tebalkan muka. Sebagai orang berniaga, pastinya ada yang membenci. Kita tak boleh buat orang suka kita 24 jam. Tetapi kita kena pandai macam mana nak ubah orang dari benci jadi suka kepada kita.

“Sekarang ramai makcik-makcik yang sayang dengan saya. Malah ada netizen yang mesej saya minta maaf kerana pernah membenci saya satu ketika dahulu,” katanya.

@aleeyazailanavenys

pakcik tu sanggup datang berhujan dengan aleeya sebab nak amik gambar utk bagi kat bini dia. dia kata bini dia suka sungguh tengok Aleeya tapi tak tau

♬ Pamela - Bots??

Ujar Aleeya, dia bertuah kerana memiliki suami yang sangat menyokongnya dan sering memberi semangat tatkala dia patah semangat.

“Kalau saya ‘down’, suamilah yang tolong buat live. Kalau kami tak buat live dalam sehari, semua pengikut akan marah dan tertanya-tanya kenapa kami tak buat live.

“Dulu saya suri rumah. Saya suka memasak. Setiap hari saya akan masak dan tanya suami nak makan apa. Satu hari suami beri idea untuk saya buat perniagaan sendiri dan kejar impian saya kerana dia tidak mahu saya sia-siakan ilmu yang saya belajar ketika menetap di New Zealand,” kongsinya. 

@aleeyazailanavenys

follow cerita setweusnya malam nanti pukul 9pm aleeya uplaod video

♬ original sound - Aleeya Zailan - Aleeya Zailan

Biarpun sering dilihat mewah dan punya pengikut yang ramai, namun Aleeya bukanlah lahir dalam keluarga yang senang. Hidupnya penuh berliku bagaikan kisah dongeng Cinderella.

Aleeya bersama anak-anaknya
Aleeya bersama anak-anaknya

Ibu dan bapanya telah berpisah sewaktu usianya 12 tahun. Kedua-dua mereka berkahwin lain. Ibunya berkahwin dengan lelaki asal New Zealand dan terus hidup di sana meninggalkan Aleeya bersama adik-adiknya. Bapa Aleeya membawa mereka adik-beradik tinggal bersama neneknya. 

Selepas tamat peperiksaan SPM, Aleeya tekad untuk pergi ke New Zealand selepas melalui pelbagai episod duka bersama saudara-mara yang tidak senang dengannya selain perselisihan faham dengan ibu tiri.

Demi mengumpul wang membeli tiket dan membuat pasport, Aleeya telah bekerja di 7-Eleven dan akhirnya berjaya ke New Zealand dan menyambung pelajarannya di sana. 

@aleeyazailanavenys

hargailah keluarga anda dan hargailah ia setiap masa....

♬ Clair de Lune - Johann Debussy

“Saya dah biasa hidup susah dari kecil. Saya membesar bersama arwah nenek dan atuk. Biarpun kini saya hidup senang bersama suami, tetapi saya selalu pesan kepada anak-anak, tidak semestinya hidup mereka akan senang satu hari nanti. Jadi saya masih terapkan cara orang kampung didik anak kepada anak saya walaupun mereka banyak cakap bahasa Inggeris,” – Getaran, 17 Julai 2022

Gambar : Dari media sosial Aleeya Zailan dan Helmi Anuar menggunakan iPhone 13 Pro

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

3

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 21 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid