Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Gigih Didik Bekas Banduan, Siti Murni Berikan Peluang Kedua

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 12:00PM

Siti Murni Sheikh Ahmad (kanan) membantu bekas banduan memulakan kehidupan baru menerusi PERGAK.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap insan berhak diberikan peluang kedua, meski satu waktu dahulu tersasar dalam hidup.

Berbekalkan hakikat ini, pengasas Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK), Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad membulatkan tekad, apabila beriltizam membantu bekas banduan melakar kembali kehidupan mereka yang pernah musnah dahulu.

Baginya, bekas banduan juga berhak untuk hidup dalam masyarakat secara normal meskipun sejarah hidup mereka diseliputi lumpur kejahatan.

Beliau juga akur bahawa seseorang yang melakukan kejahatan tidak akan kekal sedemikian, manakala individu berbuat kebaikan juga tidak akan terlepas daripada melakukan kejahatan.

“Sudah menjadi fitrah, bekas banduan terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat secara umumnya masih berpendirian 'kerbau tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga'.

“Sebagai satu inisiatif untuk mematahkan diskriminasi terhadap golongan itu, PERGAK merencana pelbagai strategi demi mewujudkan peluang kedua buat bekas banduan,” katanya kepada Getaran.

Siti Murni Sheikh Ahmad
Siti Murni Sheikh Ahmad

Prinsip Siti Murni dalam hal ini mudah. 

“Sekali masuk ke dalam penjara tidak bermakna hidup mereka musnah di sana, tapi kita perlu yakinkan mereka bahawa ini bukan mudah.

“Saya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya setahun untuk membimbing mereka dan saya pula cuma pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ‘biasa-biasa’ saja,” katanya.

Menurut Siti Murni, beliau memperkenalkan konsep ‘hijrah’ untuk semua bekas banduan itu bangkit kembali meneruskan hidup.

“Biasa kita dengar orang bercakap, perlukan golongan berkenaan diberikan peluang kedua, tapi mana penyelesaiannya,” tegasnya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, PERGAK merintis program kemanusiaan bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan, bertitik tolak sokongan diterima seluruh ahli keluarga.

Sokongan dan kolaborasi bersama pelbagai agensi kerajaan mendorong PERGAK bertapak lebih kukuh.

“Mereka benar-benar ingin berubah namun apabila tiada sokongan, mereka kembali hanyut dan kerana itu, saya perlu sentiasa ada untuk membimbing.

“Saya didik mereka macam anak sendiri. Bila mereka sakit tengah malam pun saya datang. Mereka ini kadang-kadang ada yang tiada ibu bapa atau tidak diterima keluarga. 

“Sudahlah tiada sokongan, tak percaya pula mereka boleh berubah. Itu antara keluhan yang saya dengar setiap masa,” katanya, sebak.

Siti Murni berkata, pelbagai inisiatif menerusi PERGAK telah diusahakan bagi membantu golongan terpinggir ini.

Antara lain jelasnya, peserta akan mengikuti modul dan solusi Advokasi Industri, yang mendedahkan mereka kepada latihan dan teori persediaan bekerja di industri, di bawah pemantauan PERGAK.

“Fokus utama pelaksanaan Advokasi Industri ini adalah untuk memastikan golongan sasar dapat meneruskan kehidupan dan berjaya menerusi  program i-kembali.

“Setakat ini, lebih 3000 bekas banduan telah didaftar dan diberi latihan dibawa program i-Kembali ini,” katanya.

Sepanjang menjayakan usaha murni berkenaan, Siti Murni mengakui PERGAK tidak terlepas berdepan cabaran. 

Antara yang paling utama katanya, ialah mendapatkan kelulusan Jabatan Penjara Malaysia dan memberikan solusi kepada agensi itu dalam mengurangkan kecenderungan banduan dan bekas banduan untuk kembali ke jalan hitam.

“Kami juga berdepan pelbagai fitnah sehinggakan ada pihak berbohong, PERGAK kononnya tidak menerima bekas banduan baharu Disember tahun lepas.

“Saya pernah disiasat Jabatan Tenaga Kerja dek fitnah dilemparkan. Tapi saya kekal tenang kerana PERGAK sememangnya tiada sebarang agenda atau muslihat tersembunyi,” katanya, tersenyum.

Siti Murni menarik perhatian, agenda i-Kembali bukan satu-satunya program digerakkan kerana PERGAK turut mencipta pelbagai program keusahawanan untuk golongan berkenaan.

“Bukan mudah nak buat pembetulan kepada mereka. Dan bukan mudah untuk membawa mereka balik semula kepada masyarakat. Cabaran utama ialah bagaimana nak mendidik.

“Pada saya, mereka telah menjalani hukuman. Mereka telah ditindas lama. Jadi saya nak bawa mereka ke masyarakat sebagai usahawan baharu berjiwa besar dan boleh membantu pula yang lain,” katanya, mengakhiri perbualan. - Getaran, 26 Jun 2022.

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut