Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaki Bertapak di Restoran, Hati Tertinggal Di Awan Biru

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 4:54PM

Tiga juruterbang ini mengambil risiko tukar kerjaya menjadi peniaga, sementara menunggu keadaan ekonomi kembali stabil untuk `terbang' kembali.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tatkala ratusan perniagaan ‘bungkus’ dek COVID-19, Kapten Jefri Mohd. Saber, 38 mengambil langkah berani dengan menongkah arus dan mengambil risiko membuka sebuah restoran, demi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga.

Langkah beliau itu turut dianggap ibunya sebagai tidak masuk akal, apatah lagi ia mengambil tempat di bahagian dapur kediaman mereka ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) baru dilaksanakan.

“Ibu saya soal, kenapa nak buka kedai sedangkan masa PKP ini banyak orang pakat tutup (kedai), ” gurau juruterbang Malindo Air itu semasa ditemuramah  Getaran di restorannya di Laman Glenmarie, Shah Alam yang menjual hidangan Nasi Tempong.

Kapten Jefri Mohd. Saber
Kapten Jefri Mohd. Saber

Nasi Tempong, juadah berasal dari Bandar Banyuwangi di selatan Surabaya, Jawa Timur itu adalah hidangan yang wajib dijamah Jefri setiap kali tugasan dilakukan membawanya jejak ke Indonesia.

“Tempong bermaksud tampar, tempeleng dalam loghat orang di Banyuwangi. Kenapa ia dinamakan Nasi Tempong? Sebab sambalnya pedas. Berdesing telinga bila dimakan, macam kena tampar.

“Lauknya ringkas saja. Ada nasi, ayam goreng yang diperap bumbu (rempah ratus) dan sambal. Tak berkuah, tapi saya buat variasi sikit, ada set udang dan sotong goreng,” kata Jefri yang sudah 20 tahun menerbangkan pesawat bersama syarikat penerbangan komersil.

Jefri adalah antara 8,000 pekerja sektor penerbangan di negara ini yang terjejas mata pencarian akibat wabak COVID-19, sehingga memaksa negara menutup pintu sempadan, dan mengehadkan aktiviti merentas negeri serta daerah.

“Bila roster dikosongkan dan saya diarahkan untuk standby di rumah pada April tahun lepas, mulanya rasa seronok juga. Macam cuti. Boleh pergi solat Tarawikh masa bulan puasa. Boleh sambut Hari Raya dengan keluarga.

“Lepas raya, masa bulan enam saya sudah tidak lagi ada penerbangan. Masa tu saya terfikir, takkan nak duduk saja. Kalau nak harap duit simpanan, semakin hari semakin kering,” katanya.

Kapten Kamarulzaman Shukur
Kapten Kamarulzaman Shukur

Enggan berdiam diri dan berpeluk tubuh, Jefri turut menjemput rakan setugas, Kapten Kamarulzaman Shukur, 39, yang turut hilang mata pencarian untuk berniaga di restorannya.

Tidak seperti Jefri yang menjual makanan, Kamarulzaman, yang lebih mesra dipanggil Zaman, memilih untuk menjual minuman berasaskan kopi di gerai dikenali sebagai Kopi Kokpit, dibuka sejak November lalu.

“Mula-mula, saya cuba berdagang di pasaran saham, tapi selepas dua tiga bulan baru saya sedar kalau saya nak dapatkan pendapatan yang tetap dan mantap, ia memerlukan modal besar.

“Selepas berbincang dengan isteri, kami membuat keputusan untuk menjual kopi sebab saya suka minum kopi dan memang saya ada beli mesin kopi untuk kegunaan di rumah. Jadi tak perlu banyak guna modal,” kata Zaman yang sudah 11 tahun bergelar kapten.

Biji kopi digunakan oleh Zaman adalah dari jenis Arabica yang diimport dari Dataran Tinggi Gayo, Aceh dan diperakui sebagai antara yang terbaik di dunia, oleh Persatuan Kopi Istimewa Eropah pada 2015.

Seiring dengan tema gerai beliau, semua menu di Kopi Kokpit diberi nama yang berkait rapat dengan sektor penerbangan, sebagai contoh Americano dijenamakan sebagai Kapten manakala Latte dan Mocha masing-masing digelar ‘1st Officer’ dan ‘Engineer’.

“Saya suka café hopping. Setiap kali saya mendarat di bandar-bandar di luar negara, saya akan melawat kafe di sana untuk melihat  suasana  dan merasai sendiri kopi dijual,” kata Zaman yang sudah lebih setahun tidak menerbangkan pesawat.

Bagaimanapun, tidak semua juruterbang senasib Jefri dan Zaman. Senior mereka di Malindo Air, masih lagi menerbangkan pesawat walaupun hanya dua kali sebulan.

“Tiga minggu lepas saya ada buat satu penerbangan. Kalau dulu kita bekerja lebih kurang 20 hari sebulan. Sekarang, dua hari saja. Kalau bernasib baik dapatlah tiga hari,” ujar Azrin kepada Getaran.

Seperti, Jefri dan Zaman, Azrin turut menjual makanan bagi menampung kehidupan.

Kapten Azrin Mohamad Zawawi
Kapten Azrin Mohamad Zawawi

Gerainya, Kapten Corner, pernah tular di media sosial pada Oktober tahun lalu kerana beliau mengenakan pakaian seragam rasmi juruterbang ketika berniaga.

“Alhamdulillah. Saya masih mendapat sambutan yang baik, terutamanya dari penduduk-penduduk di sekitar USJ.

“Menu di sini masih lagi sama iaitu Laksa Utara, Mee Kari Ipoh, Bihun Sup Utara dan Rojak Buah, malah saya juga merancang untuk membuka satu tempat baru bagi membantu rakan lain yang kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sedikit sebanyak mencambahkan harapan buat Jefri, Zaman dan Azrin untuk kembali meneruskan khidmat dalam industri penerbangan.

“Kalau ada peluang, saya tidak akan berfikir dua kali. Memang saya akan masuk semula [dalam industri], tapi saya tidak akan abaikan perniagaan saya. Saya akan gajikan pekerja untuk menjaga gerai ini,”.

“Tipulah kalau kata tak rindu. Kalau ya pun bisnes saya makin berkembang, saya tetap akan fly. Mungkin menerbangkan kapal terbang boleh jadi saya punya part-time job?” katanya. – Getaran, 26 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian

Kisah Kita 20 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Minat dalam pembuatan kepok kubur dorong Aiman Hakim memilih kerjaya itu sebaik sahaja tamat persekolahan