Berita Terkini

3 jam yang lalu: Kerajaan lulus dana tambahan RM30 juta untuk Program Peningkatan Enterpris Bumiputera - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan lulus dana tambahan RM100 juta untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro - PM 4 jam yang lalu: Sapura Energy catat keuntungan bersih RM91.93 juta pada suku pertama berakhir 30 April 2022 4 jam yang lalu: Menteri Luar Australia adakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa 4 jam yang lalu: Presiden punyai hak mutlak gugur ahli MT UMNO yang dilantik - Tajuddin

IKUTI KAMI


Perjuangan Tiga Wanita Melalui MY PCOS, I Love You

Untuk segmen personaliti kali ini, Getaran berpeluang menemuramah Deena Marzuki, presiden sebuah pertubuhan komuniti yang dipanggil MY PCOS, I Love You.

Kisah Kita Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sindrome Polikistik Ovarium atau PCOS adalah sejenis sakit puan berkaitan dengan kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal yang dialami oleh sesetengah wanita. 

Tambahan lagi ia boleh menyebabkan ketidaksuburan namun perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa alternatif seperti ubatan atau pembedahan khas untuk tujuan perubatan.

Untuk segmen personaliti kali ini, Getaran berpeluang menemuramah Deena Marzuki, presiden sebuah pertubuhan komuniti yang dipanggil MY PCOS, I Love You.

Apakah itu MY PCOS, I Love You?

MY PCOS, I Love You adalah sebuah platform dan komuniti rujukan berkenaan dengan penyakit PCOS. Komuniti ini mula dibangunkan sejak 1 September 2021.

Ia diasaskan oleh tiga wanita hebat yang bersama-sama menjalani sesi rawatan PCOS ini. Mereka adalah Dr. Stephanie Yang (Usahawan Penjagaan dan Jurulatih Kesihatan Wanita), Ili Sulaiman (Usahawan dan Pengacara Rancangan Makanan Asian Food Network) dan saya sendiri Deena Marzuki (Usahawan Sosial & Jurulatih Kehidupan).

Kami berkongsi minat yang sama untuk mewujudkan kesedaran dan membina komuniti ini di Malaysia bertujuan untuk membantu dan memperbaiki kehidupan wanita yang mengalami PCOS ini. 

Sebab Penubuhan MY PCOS, I Love You?

Pastinya dengan perkongsian kami bertiga berkenaan kesusahan,kesakitan,keperitan, cara untuk perbaiki diri dan seumpamanya terhadap penyakit ini menyebabkan kami menanam hasrat untuk menyebarkan maklumat berkenaan PCOS. Jadi dari situ, kami merasakan bahawa perkara ini perlu diuar-uarkan terutamanya kepada kaum wanita dan membuka sebuah platform yang diberi nama MY PCOS, I Love You.

Apakah yang diperjuangkan oleh MY PCOS, I Love You.

Kadang-kala penyakit ini memberi satu impak yang besar kepada seseorang wanita.

Ia menyebabkan mereka segan dan tidak tahu cara untuk berterus terang dan mendapatkan rawatan untuk penyakit ini.

Secara dasarnya, PCOS adalah sejenis penyakit yang sukar dijelaskan secara umum. Jadi perjuangan kami ialah untuk membantu seberapa ramai wanita di luar sana bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit ini menerusi pelbagai kaedah seperti kursus dan webinar secara dalam talian.

Malah kami juga mempunyai ruang perbincangan secara tertutup di platform Facebook kami iaitu My PCOS ILY Group. Ia dikhaskan kepada wanita sahaja untuk berkongsi cerita atau pengalaman peribadi secara terperinci dan ini dicipta hasil daripada kerjasama dengan rakan strategik kami.

Jadi, menerusi platform ini, ia sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada pasangan di luar sana yang masih sukar untuk mendapat zuriat dan tidak mengetahui apakah puncanya.

Bagaimana Penerimaan Terhadap Penubuhan MY PCOS, I Love You?

Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah besar yang timbul semasa penubuhan komuniti ini.

Kini, seramai 421 wanita yang kami panggil cysters telah kami bantu untuk mendapat rundingan dan rawatan bersama doktor pakar.

Malahan pegawai kesihatan yang bekerjasama dengan kami ialah Dr. Sharan Kaur yang mempunyai sebuah klinik di Subang juga merupakan seorang yang berpengalaman dalam penyakit ini.

Cuma pada awalnya, agak mencabar dari sudut pemahaman kerana penyakit yang berpunca daripada pelbagai faktor ini agak sukar untuk difahami oleh segelintir individu.

Selain itu, MY PCOS, I Love You juga bekerjasama dengan Polycystic Ovarian Syndrome Awareness Association (PCOSAA), Diet Ideas Malaysia, PlusVibes Malaysia dan Daily Muscle sebagai rakan strategik.

Ia merupakan badan NGO dalam dan luar negara yang berkait rapat dengan PCOS ini. Kerjasama ini bukan sahaja memudahkan mereka di luar sana untuk memahami perkara ini, malah ia dapat menyakinkan bahawa platform kami boleh dipercayai.

Apakah sasaran jangka masa panjang MY PCOS, I Love You?

Kami menyasarkan untuk menjadikan komuniti ini berdaftar sebagai badan NGO sepenuhnya dan terus-menerus memberi bantuan kepada yang memerlukan menerusi pembiayaan dan sumbangan dari pihak luar.

Ini kerana masih terdapat banyak lagi wanita yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat rundingan doktor dan tidak mempunyai kelengkapan perubatan yang sempurna.

Kami mengharapkan rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita untuk mengambil perhatian dan melihat perkongsian maklumat tentang penyakit ini di platform MY PCOS, I Love You.

Kaum lelaki juga penting untuk mengetahui perkara tersebut supaya mereka boleh memberi sokongan yang kuat kepada pasangan untuk melakukan sesi rawatan terhadap penyakit ini.- Getaran, 22 Mei 2022.

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Sorotan

1

Son Ye Jin Mengandung, Masih Sesuaikan Diri Dengan Perubahan Badan

2

Sivasangari Terlibat Kemalangan, Impian Ke Komanwel Birmingham Musnah

3

Lengahkan Permohonan Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, JPN Ingkar Perintah Mahkamah?

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Gigih Didik Bekas Banduan, Siti Murni Berikan Peluang Kedua

oleh Rubini Nagarajah