Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Guru OKU Penglihatan Tak Pernah Menyerah, Gigih Didik Pelajar Senasib

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 3:00PM

Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) membantu Guru Pendidikan Khas, Zamri Ishak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Zamri Ishak tidak pernah terfikir akan bergelar seorang guru, namun semuanya berubah apabila hilang nikmat melihat ketika berusia 14 tahun.

Apabila mula digolongkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan akibat glaukoma, lelaki yang kini berusia 48 tahun itu terus menanam impian untuk bergelar pendidik bagi membolehkannya menabur bakti kepada insan senasib.

Langkah ke arah cita-cita tersebut diteruskan dengan menyambung pengajian bagi membolehkan beliau menggenggam Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, sebaik menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM).

Kini selepas hampir 22 tahun, bapa tiga anak ini masih tekun mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar OKU penglihatan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu.

“Cabaran utama sebagai guru OKU Penglihatan pastinya kekangan dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian.

“Kebanyakan bahan disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar normal,” kata anak jati Kota Bharu, Kelantan itu.

Sewaktu mula menceburi dunia pendidikan jelasnya, teknologi digunakan masih tidak secanggih mana, menyebabkan Zamri terpaksa berusaha keras dan melalui proses yang merumitkan.

“Saya perlu dapatkan bahan mengajar dari guru yang celik dan kemudian menukarkannya kepada tulisan braille.

“Kemudian, yang mana kita buat dalam tulisan braille pula, kena ubah ke tulisan biasa bagi memudahkan mereka yang celik pula membacanya.

“Tetapi kini, sudah ada teknologi dan saya juga banyak menggunakan komputer dengan perisian ‘screenreader’ bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya yang mengajar murid tingkatan satu dan dua.

Guru Pendidikan Khas Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Johor Bahru, Zamri Ishak.
Guru Pendidikan Khas Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Johor Bahru, Zamri Ishak.

Beliau yang buta 100 peratus itu adalah antara empat guru OKU penglihatan yang bertugas di MSAB ketika ini.

Katanya, tiga rakan guru OKU di sekolah itu memiliki pelbagai jenis kecacatan penglihatan, termasuk rabun pada peringkat kronik.

“Walaupun berlainan dengan guru normal, saya bersyukur apabila semua guru dan pelajar di sekolah tidak kedekut dalam menghulurkan bantuan serta memberi sokongan.

“Alhamdulillah, guru di sini semuanya sentiasa memberi sokongan dan banyak membantu. Sejak bertugas di sekolah ini, saya memang tidak mempunyai masalah pertolongan dari guru dan pelajar,” katanya.

Zamri turut meluahkan kesyukuran kerana tidak pernah merasa tersisih walaupun tergolong sebagai OKU.

“Ini sekolah yang mempunyai pelajar baik-baik, jadi saya tidak pernah rasa disisihkan walaupun mempunyai kekurangan berbanding guru lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihati insan OKU sepertinya yang mempunyai cita-cita bergelar guru agar sentiasa bersedia dari aspek ilmu dan memahirkan diri dengan kecanggihan teknologi.

“Individu OKU seperti saya yang mempunyai kecacatan penglihatan, sekiranya ingin menjadi guru, perlulah sentiasa bersiap sedia dan sanggup menghadapi cabaran yang mendatang.

“Saya juga berharap kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan braille ditambah baik bagi membolehkan guru serta pelajar OKU penglihatan dapat menjalani proses menuntut ilmu dengan lebih berkesan.

Tugas Zamri sebagai pendidik nyata bukan sekadar terbatas di sekolah, apabila beliau turut membabitkan diri sebagai tenaga pengajar kelas mengaji Al-Quran ‘braille’ di Pusat Kegiatan Orang-orang Islam Cacat Penglihatan (PERTIS) di Kempas dekat sini.

“Setiap hari Jumaat, saya akan membantu mengajar individu OKU penglihatan dewasa membaca Al-Quran ‘braille’.

“Mereka ini rata-ratanya yang hilang penglihatan ketika meningkat dewasa dan belum sempat mengkhatamkan Al-Quran, maka saya bantu mereka supaya dapat terus membaca kitab suci itu walaupun berdepan masalah penglihatan,” katanya yang juga pengerusi pusat kegiatan tersebut. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

3

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

10 Guru Antara 31 Cedera Disengat Tebuan Tanah

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 4 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian