web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nekad Ubah Sistem Pendidikan, Atasi Kemiskinan Dorong Amira Aisya Berpolitik

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 6:48PM

Amira Aisya membesar di kawasan setinggan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membesar di perumahan setinggan, membuka mata seorang gadis, Amira Aisya Abd Aziz bahawa pendidikan mampu menjadi pendorong dan membantu individu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Justeru, dia nekad untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara dengan bekerja di Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan (KKM), sebaik menamatkan latihan dalam kamar bagi memenuhi syarat bidang pengajian undang-undang.

Antara tugas anak muda berusia 27 tahun itu adalah memberi tumpuan terhadap dasar dan kajian pelaksanaan Pelan Pendidikan Negara (PPN) bagi mengatur hala tuju bidang berkenaan.

“Saya membesar di kawasan setinggan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru yang kebanyakannya terbelenggu dengan kemiskinan.

“Walaupun membesar dengan didikan ibu tanpa ayah, saya dan adik-beradik masih dikatakan bernasib baik kerana hidup serba cukup, namun senario kemiskinan di sekeliling sangat mempengaruhi pemikiran saya,” katanya kepada Getaran.

Amira Aisya bercakap di pelancaran Parti MUDA pada tahun 2020.
Amira Aisya bercakap di pelancaran Parti MUDA pada tahun 2020.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), turut berpegang teguh dengan pendirian bahawa hanya pendidikan mampu menghapuskan kemiskinan, namun ia memerlukan semangat dan situasi politik yang tinggi.

“Berdasarkan pengalaman, ahli politik hanya turun ke kampung kami lima tahun sekali (ketika Pilihan Raya Umum) dan menabur pelbagai janji kepada masyarakat setempat.

“Bagaimanapun, apa yang dijanjikan tidak selari dengan realiti, malah tidak mengubah ekonomi rakyat secara keseluruhannya.

“Dari situlah timbulnya sangkaan bahawa politik ini satu dunia kotor,” katanya.

Namun, menurut Amira Aisya, setelah menyaksikan ‘Langkah Sheraton’ pada tahun 2020, beliau mula merasakan politik negara memerlukan pembaharuan supaya segala perancangan demi masa depan anak muda, terutama pendidikan dapat dilaksanakan.

“Ketika bersama PADU, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga inisiatif Pendidikan Abad Ke- 21, namun sebelum semua dasar tersebut direalisasikan, berlaku pergolakan politik di negara sehingga menyaksikan tumbangnya Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat.

“Kejadian itu sangat memberi kesan kepada saya kerana dasar pendidikan inklusif dan menyeluruh kami ilhamkan gagal terlaksana,” katanya.

Amira Aisya bersama neneknya.
Amira Aisya bersama neneknya.

Amira Aisya yang mengidolakan ‘Wanita Besi’ iaitu bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, menerusi dasar pendidikan inklusif, akses kepada semua pihak tanpa melihat kepada latar belakang, kaum dan agama boleh dilaksanakan.

“Ia bukan sahaja boleh membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan, malah mampu melonjakkan ekonomi negara setaraf negara kuasa besar di masa depan jika dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk terjun ke dunia politik adalah untuk membawa misi meneruskan pelan pendidikan yang sudah dirancang itu, sekali gus menunjukkan ‘jalan keluar’ kepada rakyat daripada kemiskinan.

Amira Aisya kelmarin diumumkan sebagai calon MUDA untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid