Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mejar Sharul Korbankan Masa Jadi Guru Dan Tentera Sukarela

Personaliti minggu ini menampilkan seorang guru yang sanggup menjadi anggota simpanan tentera sukarelawan demi keselamatan negara.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jan 2022 3:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar nama persatuan yang dikenali sebagai Wataniah namun kurang mengetahui apa ia sebenarnya.

Wataniah merujuk kepada anggota simpanan Tentera Darat Malaysia. Ia dianggotai oleh ramai orang awam yang mempunyai kerjaya tetap namun sanggup berkorban waktu untuk membantu kala diperlukan.

Untuk segmen personaliti minggu ini kami tampilkan Sharulnizam bin Shahlan, yang juga dikenali sebagai Mejar Sharul, seorang individu yang berkerjaya sebagai seorang pendidik dan dalam masa yang sama berkhidmat sebagai seorang pegawai sukarela anggota simpanan Tentera Darat Malaysia (Wataniah). 

Selain itu beliau juga menerima tauliah keluaran Institusi Teknologi Mara (ITM) Batch atau Angkatan 18 tahun 1999.

Kami mendekatinya untuk mengetahui mengapa dia sanggup mengorbankan waktunya buat persatuan ini sambil mengimbangi kehidupan harian sebagai guru.

Sudah berapa lama tuan berkhidmat sebagai guru dan pegawai sukarelawan? Serta apakah pangkat terkini yang disandang oleh tuan? 

Saya berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Guru Akademi di SK Kerubong, Melaka. Saya sudah melakukannya selama 12 tahun dan bermula pada Januari 2010.

Bagi saya menjadi seorang guru adalah tanggungjawab saya untuk memulangkan kembali ilmu yang telah diajar oleh guru saya dahulu kepada anak bangsa hari ini.

Di dalam dunia ketenteraan pula, saya sudah berkhidmat selama 21 tahun sejak Ogos 1999 sebagai leftenan muda.

Kini Alhamdulilah saya sudah dipakaikan pangkat Mejar dan menjawat jawatan sebagai Pemangku Pegawai Memerintah (CO) Battalion 1 di Kem 514 Askar Wataniah, Bukit Beruang, Melaka.

Mejar Sharul Pada Hari Pengurniaan Watikah Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam ke-18
Mejar Sharul Pada Hari Pengurniaan Watikah Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam ke-18

Dari mana datang minat tuan mahu sertai askar wataniah?

Ia datang daripada salasilah keluarga saya sendiri. Bapa saya adalah seorang pesara tentera yang berpangkat Pegawai Waran 2.

Kehidupan yang saya lalui ketika bapa saya masih berkhidmat sedikit sebanyak mempengaruhi minat saya dalam dunia ketenteraan. Tambahan pula, saya memang dari dulu gemar mencabar diri dengan menyertai aktiviti yang lasak.

Segala aktiviti yang berkait dengan hutan, pasti akan membuatkan saya teruja untuk sertainya. Sehinggakan jika saya menonton filem atau drama, cerita-cerita perang seperti Rambo, Sarjan Hassan dan seumpamanya pasti menjadi pilihan utama saya.

Bagimana tuan membuat pembahagian masa untuk melaksanakan kedua-dua tugas?

Saya hanya akan menyertai latihan anjuran Rejimen 514 pada Sabtu dan Ahad sekiranya tidak mengganggu kerja hakiki saya dan mendapat kebenaran majikan.

Kebenaran ini penting terutamanya saat perlu menghadiri latihan tahunan yang mengambil masa dua minggu. Pada waktu yang sama, saya juga perlu melaksanakan tugas sebagai guru dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Alhamdulilah setakat ini, pihak majikan saya amat memahami tugas saya sebagai Pegawai Sukarela. Malah mereka memberikan sokongan untuk teruskan berkhidmat bersama tentera darat supaya menjadi contoh kepada anak murid di sekolah.

Cabaran paling getir bekerja sebagai guru dan askar wataniah?

Pernah beberapa kali surat kebenaran saya untuk mengikuti latihan dan kursus ketenteraan tidak diluluskan.

Dalam masa yang sama, tika itu saya perlu menanda kertas ujian untuk pelajar dari lapan buah kelas yang mempunyai 35 orang murid, setiap kelas dan markah perlu dihantar dalam masa yang singkat.

Walaupun ada sedikit tekanan tetapi saya terima dengan tenang. 

Apa pun yang berlaku, tugas hakiki saya sebagai seorang guru tetap diutamakan. Jika terlepas latihan kali ini, latihan akan datang pasti masih ada.

Lagi satu cabaran getir yang saya tidak boleh lupakan sebagai anggota sukarela ialah pengalaman mengikuti Kursus Asas Payung Terjun di PULPAK (pusat latihan peperangan khusus) bagi sesi pengambilan 6/2000.

Ketika itu saya berpangkat leftenan muda. Bagi saya itulah latihan yang paling mencabar sepanjang hidup saya, ditambah pula ia dijalankan ketika bulan Ramadan. Ia sangat mencabar minda dan kemampuan fizikal.

Alhamdulilah dengan kekuatan yang ada, saya berjaya memiliki sayap Airborne di dada dan lulus kursus ini dengan enam kali terjunan termasuk terjunan malam.

Gambar: BTDM.my
Gambar: BTDM.my

Kenangan terindah tuan?

Menjalani Kursus Asas Payung Terjun adalah kenangan terindah saya. Tiada yang paling indah melainkan dapat mendarat ke bumi dengan selamat ketika keluar dari kapal terbang saat melakukan terjunan.

Saya rasa cukup bahagia walaupun setiap kali terjun rasa macam nak tercabut nyawa sebab jika lalai sesaat derita seumur hidup. 

Apabila payung terjun yang dipasangkan pada badan terbuka, pemandangan yang paling indah dapat dilihat daripada ketinggian beribu kaki.

Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya saya diberi peluang tersebut.

Apakah pendapat tuan tentang mereka yang mengatakan bahawa menjadi askar wataniah hanya mendapat penat dan membuang masa?

Pada saya menjadi seorang askar wataniah adalah satu kebanggaan dan penghormatan yang tidak semua orang dapat rasai.  Sungguh pun saya sekadar pegawai sukarela, hanya yang berkhidmat dan pernah berkhidmat sahaja mengerti dan memahami apa itu 'wataniah'.

Setiap pengorbanan yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang tanah air demi menjaga kedaulatan negara sebenarnya tidak terbalas. 

Semoga askar wataniah menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai dan akan sentiasa maju ke hadapan untuk masa depan.

Saya percaya kepada kata-kata bahasa Inggeris yang berbunyi 'Don't create a problem, solve the problem. - Getaran, 2 Januari 2022

Gambar: Ihsan Mejar Sharul, kecuali tertera

Isu Pada

Siti Nurhaliza โ€“ Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kemalangan Maut: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan, Mohon Jangan Buat Spekulasi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Punca Penuntut Mati Akibat Strok Haba Akan Dikenal Pasti - Tentera Darat

4

Semasa 6 bulan yang lalu

10 Guru Antara 31 Cedera Disengat Tebuan Tanah

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis