Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Insiden Di KFC, Syafiq Mobin Tangisi Suka Duka Anak Yatim

Pernah mendapat pengiktirafan White House, Syafiq Mobin nekad membantu anak-anak yatim di usia muda.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 9:01AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka kerja-kerja amal dan sukarelawan yang dilakukan oleh Muhammad Syafiq Mobin (34) sejak 11 tahun lalu, kini mendapat pengiktirafan White House dan perhatian mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

“Tiada istilah terlalu muda untuk memimpin. Kita yakin masa hadapan kita cerah di tangan pemimpin muda seperti Syafiq dan pasukannya yang berterusan membantu masyarakat sepanjang pandemik COVID-19,” ciap Pompeo di laman Twitter rasminya.

Paling mengagumkan, semua usaha murni ini dilakukan anak kelahiran Ampang, Selangor ini sejak dia hanya berusia 23 tahun lagi.

Pada 2010, Syafiq bersama rakan-rakan seperjuangan berjaya menubuhkan sebuah rumah kebajikan yang diberi nama Rumah Al-Faeez.

Istimewanya, Rumah Al-Faeez ini bukan sekadar menampung anak-anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapa, malah turut berlapang dada menyambut baik kedatangan anak-anak yang kurang bernasib baik daripada golongan miskin, asnaf dan masalah sosial.

Berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ikuti temu bual eksklusif kami bersama Syafiq Mobin, seorang pejuang anak yatim merangkap belia berhati besar yang satu ini seperti di bawah:

Syafiq Mobin, Pengasas Rumah Al-Faeez
Syafiq Mobin, Pengasas Rumah Al-Faeez

1 – Bila bermula? Apakah yang mengerakkan hati Syafiq untuk melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan seperti ini di usia yang begitu muda? 

Saya mula aktif dalam gerakan sukarelawan sedari usia 23 tahun lagi sejak di bangku universiti. Saya memang suka dan minat terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. 

Sejurus tamat pengajian, saya diundang oleh salah seorang ibu kepada rakan seperjuangan saya untuk memulakan rumah anak yatim ini bersama beberapa pengasas bersama yang lain. 

Saya dimaklumkan ada seorang hamba Allah yang berbesar hati mewakafkan sebidang tanah dan sebuah rumah untuk kami memulakan Rumah Al-Faeez pada 2010.

Alhamdullilah, Rumah Al-Faeez bermula dengan hanya enam penghuni, tetapi sekarang sudah berkembang kepada lebih 30 penghuni termasuk orang anak-anak yatim dan asnaf. 

2 – Sebagai seorang pegawai pemasaran di salah satu bank terkemuka negara, bagaimana Syafiq mengimbangi antara kerjaya dengan tanggungjawab sosial ini?

Saya memulakan Rumah Al-Faeez sebelum saya mula bekerja lagi. Syukur, majikan saya memahami dan menyokong kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan saya.

Tambahan pula, kerja saya sebagai pegawai pemasaran itu sangat berkait rapat dengan kerja-kerja tanggungjawab sosial dan korporat. Jadi, tiada masalah.

Saya sudah biasa melakukan kedua-dua kerja ini.

3 - Pengalaman paling tidak dapat dilupakan oleh Syafiq sepanjang menjaga anak-anak yatim ini?

Perlulah diketahui, penghuni Rumah Al-Faeez bukanlah hanya terdiri daripada anak-anak yatim piatu sahaja. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang seperti golongan miskin, asnaf, ibu tunggal yang tidak mampu menjaga anak-anaknya dan sebagainya.

Ada pula yang datang dari keluarga bermasalah seperti kes pukul, penderaan, penceraian, ibu ayah penagih dadah dan sebagainya. Sebenarnya, setiap daripada mereka ada kisah-kisah dan masalah tersendiri yang sangat menyentuh hati. 

Namun ada satu kisah yang saya ingat sampai sekarang. Pada awal pembukaan Rumah Al-Faeez, saya masih baru dalam arena ini. Memang menjadi rutin saya untuk membawa sesiapa sahaja yang menyambut hari jadi untuk menonton wayang dan memakan KFC.

Saya bawa sepasang adik beradik ini, yang abang dalam usia sembilan tahun dan adiknya pula dalam lapan tahun. Yang menyambut hari jadi adalah si abang. Tidak mahu pisahkan mereka, saya bawa kedua-duanya untuk keluar makan angin ke Pavilion. 

Sebaik sahaja tiba di Pavilion, mereka berdua kelihatan sangat cemas. Gementar dan takut, si adik dan abang kaget untuk memasuki KFC dan merayu kepada saya supaya tidak berhabisan wang, semata-mata untuk membeli makanan mereka.

“Abang, betul ke bang? Makanan mahal ini? Betul ke bang? Tak payahlah bang. Saya rasa makanan mahal ini. Kita makan tempat lain. Tak usahlah buang duit,” ucap si abang dan adik.

Terharu. Tanpa diduga, menitis air mata jantan saya. Bayangkan seorang anak kecil yang hanya berusia lapan dan seorang lagi sembilan tahun tegar berkata begitu? Anak-anak ini mengakui tidak pernah sekalipun mereka menjamah makanan mahal, apatah lagi ayam KFC.

Perkara yang ramai anggap biasa, bagi sesetengah orang ia sangat berharga. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, ia satu kemewahan. Itulah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan. 

4 – Apakah stigma terhadap anak-anak yatim yang ingin Syafiq perbetulkan?

Kita harus bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, tetapi jangan lupa tidak semua orang mendapat keistimewaan yang sama. 

Anak-anak ini walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza - ada yang baik, ada yang nakal -  tetapi di bawah pengawasan dan kasih sayang yang betul, sebenarnya mereka semua sama sahaja, seperti anak-anak keluarga normal.

Kita jaga dan pupuk dengan baik. Semuanya bakal menjadi pandai dan elok budi pekerti. Ada kemahuan belajar, berdikari dan sebagainya.

Kalau diberi peluang, mereka boleh bersinar. Baru-baru ini, bangga saya katakan ada seorang penghuni kami yang berjaya memasuki universiti. 

Jika diberi peluang, mereka sama sahaja dengan anak-anak lain. Cuma mungkin mereka kurang kasih sayang.

Jadi janganlah menghukum sebelum mengenal. Jangan berkata mereka semua budak jahat. Mereka sama sahaja seperti anak-anak kita, bahkan ada yang bersikap lebih baik. 

5 – Nasihat kepada masyarakat, terutamanya golongan belia yang berminat untuk mengikuti jejak langkah Syafiq?

For me, you dont have to start big.

Mula secara kecil-kecilan. Mulakan dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan. Ketahui minat kamu, kecenderungan kamu. Kalau saya, saya suka menjaga kanak-kanak. Mungkin minat kamu ingin menjaga alam sekitar dan haiwan? Atau membantu golongan gelandangan?

Semua orang berbeza-beza, jadi saya sarankan cari semangat dan keghairahan kamu. Start somewhere, you dont have to start big.  Pada akhirnya, kita semua menanam niat ingin membantu. - Getaran, 19 Disember 2021.

Semua gambar: Syafiq Mobin

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Asnaf Di Pekan

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hafizah Gigih Siapkan Lebih 500 Pek Sarapan Percuma Di PPR Lembah Subang 1

4

TARA 1 tahun yang lalu

140 Golongan Asnaf Dapat Tajaan Lesen Motosikal Percuma Dalam Program #RideHomeSafe 2022

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 16 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid