Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Irma Mahu Teroka Dunia

Menyusuri kehidupan pemilik nama Irma Shida Abu Samah sebagai doktor gigi, pengusaha produk kecantikan, komposer dan penulis lirik.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 4:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali bertemu dengan dengan wanita kelahiran Johor Bahru ini, penulis sudah dapat merasakan dia punya aura serta karisma yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan orang. Pertemuan yang berlaku kira-kira beberapa tahun lalu itu masih segar di ingatan kerana ia berjalan dengan baik. 

Biarpun pertemuan kami atas urusan kerja, Dr Irma Shida Abu Samah berjaya memecah tembok di antara kami. Jadi, tidaklah penulis kekok berbicara, sebaliknya sangat selesa. Ternyata Dr Irma mudah didekati, ramah dan tidak lokek berkongsi cerita.

Kini, sekali lagi penulis terpanggil untuk berkongsi cerita tentang doktor gigi yang boleh dikatakan ‘satu dalam sejuta’ ini. Sebabnya beliau unik, lain daripada lain. Beliau bukan sekadar bergelar doktor gigi tetapi memegang dua lagi profil berbeza. 

Bagi orang Johor Bahru mungkin ramai yang sudah maklum, Dr Irma juga adalah pengasas produk kecantikan di bawah jenama Dr Irma Skincare & Cosmetic serta pemilik syarikat pengurusan artis Dr Irma Entertainment.

Bahkan, beliau juga merupakan seorang komposer dan penulis lagu. Azharina dan Ferhad merupakan artis yang pernah mendapat sentuhan daripada Dr Irma. 

Tidak cukup dengan itu, cintanya terhadap bidang seni turut mengheret beliau merakamkan lagu sendiri berjudul ‘Satu Dalam Sejuta’. Lagu yang dilancarkan secara rasmi pada 27 Ogos lalu ini sudah pun mendapat di beberapa stesen radio tempatan. Malah, pernah tersenarai dalam Carta Hits Melaka FM dan menduduki tangga ke 3.

Bagaimana agaknya kehidupan sebenar Dr Irma? Mengapa seorang doktor gigi berpengalaman lebih 15 tahun ini mahu melakukan itu dan ini, sedangkan pendapatan sebagai seorang doktor gigi sudah membolehkan beliau hidup selesa.

“Saya seorang yang sukakan cabaran. Dengan melakukan semua perkara ini pada setiap hari, keeps me going every day. Mungkin ada orang yang pelik melihat saya mahu buat itu dan ini, tetapi saya gembira dan sentiasa bersemangat.

"Motivasi terbesar saya adalah keluarga dan pasukan saya yang sentiasa percaya dengan misi dan visi saya letakkan dalam diri dan syarikat,” ujar Dr Irma kepada GETARAN.

Tambah beliau, apabila dapat melakukan perkara yang diminati, ia memberi kepuasan dalam diri. Dek kerana itulah, beliau tidak pernah mengabaikan mana-mana bidang yang diceburi. Sebaliknya, beliau usahakan dengan sepenuh hati agar segalanya mampu melakar kejayaan manis.

“Dalam bidang kecantikan, saya inginkan jenama Dr Irma terkenal di Malaysia malah ke mata global sebagai satu jenama di dalam Total Wellness. Hasrat saya tinggi untuk jenama ini. Mungkin sesetengah orang akan berkata, saya tak ubah seperti Mat Jenin yang suka berangan tetapi saya percaya semuanya bermula dengan angan-angan.”

"Daripada angan-angan inilah akan jadi impian dan diusahakan sebagai satu cita-cita. Untuk menggapai impian dan cita-cita, kita harus kuat berusaha dan menggerakkan azam kita. Azam saya, produk Dr Irma menembusi pasaran dunia. 

"Dalam bidang hiburan, saya hanya mahu bercerita dalam lagu dan berkarya. Saya faham kehendak dan minat audiens tentang lagu dan muzik sangat berbeza.

"Saya tak akan berhenti menulis lagu kerana jiwa saya di situ. Sama ada dilagukan atau tidak, itu perkara kedua,” ujarnya yang pernah meraih Anugerah Usahawan Muda Mara pada tahun pertama beliau memulakan klinik pergigian, Irma Ariandi bersama suami Dr Yufi Ariandi.

Bijak bahagikan masa

Mendengar perkongsian beliau sahaja sudah membuatkan kita menarik nafas seketika. Padat! Dalam sehari rutin hariannya bagaikan tiada ruang untuk bermalas-malasan atau dibazirkan begitu sahaja. 

“Jadual seharian saya sangat padat. Saya perlu bahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak, pesakit di klinik dan juga menguruskan syarikat Irma Ariandi Global Sdn Bhd. Boleh dikatakan setiap minit adalah sangat berharga dan dimanfaatkan sepenuhnya. Pengurusan masa adalah sangat penting bagi saya.”

“Untuk dapatkan work-life balance saya pastikan hanya bekerja pada sebelah siang. Seawal pagi saya mulakan tugas dengan menyiapkan anak-anak ke sekolah dan rumah. Apabila di tempat kerja, saya pastikan fokus saya tidak terganggu.”

“Dari jam 10 pagi hingga 5 petang adalah masa untuk pesakit dan dalam masa yang sama menggerakkan atau memantau perjalanan serta perkembangan syarikat  Dr Irma Skincare & Cosmetic .

"Ilham lagu selalunya akan datang ketika saya meluangkan masa bermain piano dengan anak sulung pada sebelah malam,” ujar beliau.

Antara produk keluaran Dr Irma.
Antara produk keluaran Dr Irma.

Semangat yang dipamerkan Dr Irma ini harus dijadikan contoh oleh semua, terutamanya generasi muda. Beliau membuktikan segalanya mungkin jika bulatkan hati dan berusaha untuk menggapai apa yang diidamkan.

Turut terjejas dengan pandemik COVID-19, beliau tidak pernah mengalah untuk bangkit semula menyusun strategi perniagaan.

Jelas beliau ketika ini Dr Irma Skincare & Cosmetic agresif berusaha menembusi pasaran antarabangsa melalui agensi MATRADE dan beberapa rakan strategik untuk pasaran Indonesia, Korea dan Timur Tengah. 

“Misi saya adalah untuk membina jenama Dr Irma. Biar ianya bergema seantero dunia. Itu yang akan saya usahakan bersungguh-sungguh, against all odds.

"Bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri tetapi juga masyarakat dan negara, agar dapat membuka peluang pekerjaan, perniagaan dan kesenangan ramai orang," katanya. - Getaran, 29 November 2021

Gambar: Dr. Irma g

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 11 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian