Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


R&R Untuk Kucing Jalanan Di Lokasi Pelancongan Pahang

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 12:02PM

SKJP akan mewujudkan R&R khusus untuk kucing bagi memberi keselesaan kepada pemilik dan peminat binatang berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua lokasi tumpuan pelancong di sekitar bandar raya ini akan mempunyai hentian Rehat dan Rawat (R&R) khusus untuk kucing bagi memberi keselesaan kepada pemilik dan peminat haiwan comel itu. 

Inisiatif berkenaan sudah mula diperkenalkan Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) baru-baru ini dan bakal diperluaskan ke semua lokasi tumpuan pelancong secara berperingkat. 

Pengerusi kelab, Jurina Abdul Radi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi mewujudkan R&R berkenaan dan sedang mengatur pertemuan dengan wakil Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) untuk berbincang lebih lanjut berkaitan perancangan kelab itu. 

"Kalau boleh kita dapat mula melengkapkan R&R untuk kucing di semua lokasi tumpuan pelancong dalam tahun hadapan, jadi kita kena bermula dari sekarang untuk mengenalpasti lokasi strategik dan bersesuaian. 

"Mengenai pemilihan lokasi R&R pula, ia dibina di kawasan peranginan, kawasan pantai atau kawasan lain yang menjadi tumpuan peminat atau pemilik kucing. 

"Selain itu, fungsi R&R itu bukan hanya untuk pemilik dan peminat kucing sahaja, ia juga boleh dijadikan tempat untuk kucing jalanan mendapatkan makanan dan bermain dengan pengunjung pusat peranginan berkenaan," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Jurina berkata, antara lokasi tumpuan pengunjung dan pelancong yang sesuai untuk diwujudkan R&R ialah di sekitar Benteng atau Esplanade Kuantan, berhampiran Tanjung Api; Taman Gelora; Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Batu Hitam, dekat Sungai Karang. 

Katanya, apabila siap kelak, setiap R&R berkenaan akan dilengkapi kawasan berbumbung bagi membolehkan kucing makan dan minum selain berehat dan sekali gus tidak mengakibatkan pencemaran di sekitar kawasan tumpuan pelancong itu. 

Selain berusaha membina R&R khas untuk kucing, kelab berkenaan juga sangat aktif dengan aktiviti menjaga kucing jalanan di bandar raya ini. 

Jurina Abdul Radi (kiri) bersama anggota kelab SKJP pada program pemandulan kucing jalanan baru-baru ini.
Jurina Abdul Radi (kiri) bersama anggota kelab SKJP pada program pemandulan kucing jalanan baru-baru ini.

Jurina memaklumkan, SKJP turut mengadakan program memandulkan kucing jalanan dengan kerjasama Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM), MBK dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

"Program pemandulan kucing jalanan ini adalah bagi mengawal pembiakan (kucing jalanan) supaya jumlahnya tidak terlalu banyak hingga mendatangkan masalah lain kepada penduduk di bandar raya Kuantan. 

"Macam hujung bulan lalu, kita memandulkan 50 kucing jalanan yang ditangkap di Jaya Gadinf, Taman Tas, Sungai Isap, Indera Mahkota dan sekitar Pasar Besar Kuantan," katanya.

Kos untuk memandulkan kucing jelasnya, menelan belanja yang agak tinggi dan ia banyak diperoleh hasil sumbangan pelbagai pihak. 

"Untuk (memandulkan) 50 kucing, kita memperuntukkan RM3,500 dan dana bagi menjayakan aktiviti terbabit diperoleh melalui sumbangan orang ramai, ahli kelab dan juga rakan media sosial Facebook serta kumpulan WhatsApp.

"Setakat ini kami mendapat kerjasama baik daripada pelbagai pihak," katanya, gembira.

Beliau turut memaklumkan SKJP berjaya mengutip sumbangan RM18,000 daripada orang ramai yang prihatin, khusus untuk membeli makanan kepada kucing jalanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini. 

Selain menyediakan makanan kepada kucing jalanan, Jurina memberitahu, kelab SKJP turut membantu memberikan rawatan kepada kucing jalanan yang berpenyakit.

"Sekali lagi, kos bagi semua urusan itu kebanyakannya diperoleh melalui sumbangan orang ramai," katanya. - Getaran, 27 November 2021
 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Parang Tantari' Popular Dalam Kalangan Pendaki Luar Negara