Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gadis Kental, Pilih Kerjaya Jadi Pesawah

Tidak seperti gadis lain yang seusianya, Siti Hajar Che Satar, 20, mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk bergelar petani wanita yang berjaya di negeri ini.

Karier Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jun 2023 8:09AM

Siti Hajar berhasrat menambah keluasan tanaman padinya kepada empat hektar pada musim akan datang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Seorang gadis membuktikan perwatakan lembut bukan halangan memecah tembok dunia pekerjaan yang dimonopoli lelaki apabila berjaya mengusahakan tanah sawah di Kampung Lepah, di sini, seawal umur 18 tahun.

Tidak seperti gadis lain yang seusianya, Siti Hajar Che Satar, 20, mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk bergelar petani wanita yang berjaya di negeri ini.

"Saya memang terdedah dengan kerja-kerja sawah sejak kecil lagi sebab ayah seorang petani tetapi mulai serius ceburi kerjaya lasak ini bermula dua tahun lalu selepas tamat tingkatan lima," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Menurut Siti Hajar hasratnya untuk bergelar petani awalnya tidak dipersetujui ayahnya, Che Satar Nor, 63, yang lebih suka dia menyambung pelajaran.

Namun Siti Hajar berjaya meyakinkan ayahnya selepas berjaya mengusahakan 0.4 hektar tanah sawah sebagai percubaan dengan meraih jualan hasil pertama sebanyak RM4,000.

Siti Hajar berkata beliau makin bersemangat untuk mengusahakan tanaman padi selepas berjaya mengekalkan 'rekod' baik sepanjang tiga musim lepas.

Bermula dari kejayaan tersebut, anak bongsu daripada lapan beradik itu mula menambah kemahiran dirinya  dengan belajar mengendalikan dron, traktor pembajak dan memandu lori sendiri daripada dua abangnya Mohd Firdaus, 27, dan Mohd Aiman, 23.

"Dua orang abang saya ini saya anggap 'sifu' selain ayah. Mereka  banyak mengajar saya mengendalikan semua peralatan pertanian untuk proses penanaman padi.

"Dalam tempoh sebulan saya berjaya menguasai kemahiran mengendalikan traktor bajak tanah selain menggunakan dron untuk proses menabur benih dan membaja," katanya.

Berbekalkan kemahiran yang dikuasainya itu Siti Hajar berhasrat menambah keluasan tanaman padinya kepada empat hektar pada musim akan datang.

Bercerita mengenai cabaran bergelar petani Siti Hajar mengakui ia bukan sesuatu yang mudah dan menuntut persediaan mental dan fizikal.

Namun berbekalkan iltizam yang kuat dia bersedia menyahut semua cabaran itu termasuk terpaksa berjemur di bawah terik matahari.

"Ramai juga yang mempersoalkan kerja pilihan saya ini kerana biasanya gadis seusia saya sangat mementingkan kecantikan sedangkan saya sanggup berjemur di bawah terik matahari.

"Tapi bagi saya, tidak menjadi satu kesalahan jika kita mempunyai pendirian berbeza asalkan apa yang diimpikan mampu dicapai," katanya.

Menurut Siti Hajar, bidang pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah memandangkan permintaan terhadap bekalan makanan sangat tinggi di dalam dan luar negara.

Perspektif tersebut menguatkan lagi keyakinannya untuk terus fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

"Siapa tahu mungkin satu hari nanti saya boleh mengusahakan tanah sawah yang lebih luas, memiliki pekerja yang ramai, kilang pemprosesan padi sendiri dan produk beras jenama sendiri," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 16 jam yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Ekonomi 10 jam yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Usahawan 10 jam yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR