Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Keputusan Ibu Berbaloi, Kuasai Mandarin Bukan Lagi Kelebihan Tapi Keperluan

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 12:02PM

Nurainn mengajar bahasa Mandarin dan mempunyai 50 pelajar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak memiliki darah kacukan Cina, namun wanita dari Sungai Buloh, Selangor ini membuktikan dirinya mampu mengajar bahasa Mandarin seperti seorang profesional.  

Manakan tidak, Nurainn Azhar, 38, mula menggunakan dialek tersebut seawal usia lima tahun lagi.

Bekas wartawan itu mula mempelajari bahasa Mandarin sedari kecil setelah ibunya, Asiah Sanan menyedari ia mampu memberi manfaat kepada masa depan anak tunggalnya itu.

Nurainn atau lebih mesra disapa Lao Shi Ainn di kalangan anak muridnya menerima pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Yee di Setapak dekat sini sebelum melanjutkan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina.

Nurainn (duduk, lima dari kanan) sewaktu darjah enam di SJKC Mun Yee, Setapak, Kuala Lumpur.
Nurainn (duduk, lima dari kanan) sewaktu darjah enam di SJKC Mun Yee, Setapak, Kuala Lumpur.

Keputusan ibunya untuk menghantar dia ke sekolah Cina ternyata berbaloi apabila Nurainn boleh menguasai bahasa Mandarin dan tulisan Cina dengan baik hari ini.

“Ibu saya fikir satu benda je, bila saya dah besar nanti nak keluar cari kerja, saya ada kelebihan boleh berbahasa Mandarin berbanding pesaing lain. Dari situ peluang kerja lebih cerah.

“Waktu tu, ibu hanya fikir apa yang dia buat hanyalah demi masa depan saya. Dulu zaman 90-an, anak Melayu sekolah Cina boleh dikira dengan jari tapi keadaan tu jauh berubah hari ini,” katanya kepada Getaran.

Nurainn bergambar kenangan di hadapan sekolahnya.
Nurainn bergambar kenangan di hadapan sekolahnya.

Kecintaannya terhadap bahasa Mandarin terus berkembang apabila dia memilih untuk meninggalkan dunia kewartawanan pada 2013 sebelum fokus mengajar bahasa tersebut sehingga hari ini.

Katanya, tidak dinafikan pada awalnya dia agak kekok untuk mengajar tetapi lama kelamaan dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan baik.

“Segalanya bermula apabila saya dipelawa sepasang suami isteri yang minta saya mengajar kelas bahasa Mandarin di sebuah masjid pada 2019. Waktu tu saya hanya buat part time (separuh masa) pada hujung minggu dan hari biasa waktu bekerja selama enam bulan.

“Saya tak boleh lupakan pengalaman pertama kena mengajar kelas ganti, memang ketar lutut sebab cara kerja berubah 360 darjah. Kelas dua jam ibarat berjam-jam lamanya. Tapi saya anggap itu sebahagian daripada proses pembelajaran bidang baharu,” katanya.

Nurainn mengajar tusyen bahasa Mandarin secara dalam talian.
Nurainn mengajar tusyen bahasa Mandarin secara dalam talian.

Berbekalkan pengalaman hampir empat tahun mengajar bahasa tersebut, Nurainn enggan menoleh ke belakang dan bercita-cita besar untuk mengembangkan lagi kariernya itu.

Sehingga hari ini, dia mempunyai hampir 50 pelajar terdiri daripada kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun, malah ada yang berusia 54 tahun.

“So far sambutan, Alhamdulillah. Kadang-kadang sampai diri sendiri tak menang tanganlah. Cuma tahun ni untuk kelas dewasa saya akan buka bulan depan. 

“Sekarang saya banyak fokus kepada anak-anak Melayu yang bersekolah di sekolah Cina. Selalunya saya buat tuisyen bahasa Mandarin secara bersemuka di rumah dan kelas online pula secara grouping,” katanya.

Selain bahasa Mandarin, Nurainn turut mengajar kelas Bahasa Melayu kepada orang Cina atau rakyat asing yang mahu mempelajari bahasa berkenaan.

Katanya, dia menerima permintaan untuk mengajar bahasa ibunda itu termasuk daripada seorang wanita berasal dari Shanghai yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Sementara itu, akuinya cabaran ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina hari ini jauh lebih besar berbanding zaman dahulu.

“Bila hantar sekolah Cina effort kena lebih, penglibatan ibu bapa kena sekurang-kurangnya 200 peratus. Maknanya, ibu bapa kena belajar bersama-sama dengan anak-anak.

“Bila sekolah Cina, silibus susah especially anak-anak darjah satu. Kalau penglibatan mak ayah kurang, anak-anak akan stres sebab mereka tak faham. Sebab itulah ibu bapa kena bersedia dari segi effort dan masa,” katanya.

Jelas Nurainn, seseorang itu boleh menguasai bahasa Mandarin dengan baik sekiranya sering cuba bertutur dalam bahasa tersebut.

“Sebenarnya dalam tempoh tiga bulan dah boleh faham. Contoh bulan pertama, dia boleh tahu basic macam ucapan terima kasih, hello, selamat tinggal dan kata nama am. 

“Cumanya nak fasih, semua depend dengan usaha setiap individu. Lagi lebih usaha seseorang itu, lagi cepatlah. Ada dalam tempoh setahun dah pandai, tapi tak ramai yang betul-betul boleh bertutur dengan baik,” katanya.

Susulan itu, Nurainn menasihati mereka yang ada ilmu bahasa Mandarin supaya tidak malu bertutur dalam bahasa tersebut jika mahu memperbaiki kelemahan mereka.

“Kalau belajar tak cakap no point jugalah. Sama juga macam bahasa Inggeris. Kalau kita pergi kelas tak implement, jadi memang kita ada satu ketakutan.

“Satu je, orang melayu yang belajar Mandarin saya perasan, mereka ada ketakutan dalam diri mereka. Mereka takut bila mereka cakap nanti orang Cina tu balas balik mereka tak faham. Itu kena ubahlah,” katanya.

Pada masa sama, Nurainn menyifatkan bahasa Mandarin ketika ini amat penting seiring peredaran zaman.

“Dulu anak melayu yang tahu bahasa Mandarin, satu kelebihan. Wow! Memang mak ayah banggalah.

“Tapi zaman sekarang pandai bahasa Mandarin bukan lagi satu kelebihan tapi keperluan sebab banyak benda kita lihat sudah libatkan bahasa tersebut,” katanya.

Mereka yang berminat mempelajari bahasa Mandarin bolehlah hubungi Lao Shi Ainn di talian 019 280 8043 atau melayari Facebook HUI Mandarin untuk maklumat lanjut. - Getaran, 15 Mei 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM