Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kemahiran Dorong Adilah Jadi Jurulatih Renang Wanita, Buka Akademi  Sendiri

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:15AM

Adilah (kanan) mengajar seorang kanak-kanak kemahiran berenang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula sekadar minat dan mahu menambah duit poket ketika bergelar pelajar, kemahiran yang dimiliki akhirnya membuatkan Adilah Ali, 31 nekad bergiat secara serius sebagai jurulatih renang profesional.

Menceritakan kisah di sebalik pembabitan awalnya dalam kerjaya berkenaan kepada Getaran, Adilah berkata, ia bermula ketika dia menuntut dalam peringkat sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada tahun 2014.

Katanya, ketika itu dia mengikuti kursus penyelamat kelemasan ‘Bronze Medallion Certificate’ oleh ‘Life Saving Society of Malaysia’ sebagai skil dan sijil tambahan yang melayakkannya menjadi penyelamat kelemasan di kolam renang UiTM Shah Alam.

“Pada waktu sama, saya mula menjinakkan diri dan melangkah ke bidang jurulatih renang atas dasar kebolehan, minat dan niat membuat duit tambahan ketika belajar,” katanya.

Berkongsi mengenai kebolehan renang dimiliki, Adilah berkata, bakat itu dipupuk sejak usia 10 tahun selepas sering dibawa ibu bapanya ke Pusat Akuatik Shah Alam sebagai aktiviti hujung minggu.

Ketika itu jelasnya, ibu bapanya selalu berpesan bahawa skil renang membolehkan seseorang memiliki banyak kelebihan serta menjana pendapatan sendiri dan kini, dia mengerti kebenaran di sebalik kata-kata mereka.

“Sehingga ke hari ini, kedua ibu bapa saya sentiasa menyokong kerjaya saya sebagai jurulatih renang. Malah, mereka sentiasa mempromosikan kerjaya saya kepada kenalan mereka. 

“Saya semakin serius dalam kerjaya ini apabila makin ramai pelajar dan pelanggan yang mahukan saya terus mengajar mereka serta anak mereka. Anak mereka yang dari zero kini dah jadi hero di kolam renang,” katanya.

Adilah (duduk, kiri) bersama keluarga.
Adilah (duduk, kiri) bersama keluarga.

Ditanya mengenai tarikan di sebalik kerjaya sebagai jurulatih renang, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Sarjana Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam itu berkata, ia dilihat sebagai bidang sukan yang istimewa kerana bukan sahaja mampu menjadi senaman untuk kekal aktif serta sihat, tetapi juga membantu orang ramai memiliki skil kelangsungan hidup yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu.

“Kita tak tahu bila masanya kita akan guna skil ini, tetapi bila sampai masanya, kita perlu bersedia. Saya mahukan orang sekeliling saya mempunyai skil ini.

“Saya sendiri sukakan interaksi dengan manusia, justeru menjadi jurulatih renang juga membolehkan saya berkomunikasi dengan ramai orang, sekali gus berkongsi ilmu dan menyumbang manfaat kepada orang di luar sana,” katanya.

Menurut Adilah, sebagai jurulatih renang wanita juga, beliau gembira kerana dapat membantu kaum Hawa dan kanak-kanak perempuan yang mahu belajar renang atas dasar keselesaan serta menjaga aurat.

Dia berkata, kebiasaannya ketika mempelajari kemahiran renang pasti ada sentuhan antara jurulatih dan pelatih, maka sebagai jurulatih wanita, ia bukan sahaja memberi kelebihan serta keselesaan kepada dirinya, malah terhadap pelatih dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan. 

Adilah (kiri) menjalankan kelas latihan renang secara persendirian mengikut masa serta lokasi dipilih pelatih.
Adilah (kiri) menjalankan kelas latihan renang secara persendirian mengikut masa serta lokasi dipilih pelatih.

Selain itu, katanya, kerjaya terbabit juga membolehkan dia menjadi jurulatih renang peribadi untuk membantu individu yang mahu belajar kemahiran berkenaan, tetapi menghadapi kekangan masa tidak sesuai dengan jadual sedia ada di mana-mana kelas renang.

“Jadual kelas yang fleksibel bersama saya memberi kelebihan untuk mereka menyusun jadual harian dan tidak terikat pada masa tertentu sahaja,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran dan kisah menarik sebagai jurulatih renang, Adilah berkata semestinya ia dirasai apabila melihat kejayaan pelatihnya yang bermula tanpa sebarang asas renang berubah menjadi seorang perenang hebat.

Jelasnya, ada juga pelatih yang pada awalnya mengikuti kelas, sangat takutkan air tetapi berubah selepas melalui latihan intensif.

Ujar Adilah, keadaan itu sangat membanggakan sebagai seorang jurulatih yang melihat perubahan pelatih.

“Tambah terharu apabila ibu bapa pelatih memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kerana saya berjaya melatih anak mereka sejauh itu. Satu kenangan manis yang saya ingat sampai bila-bila. 

“Selain itu, saya gembira apabila pelatih mempunyai hubungan baik dan sentiasa menghargai usaha saya, sehingga ada seorang kanak-kanak yang saya latih berkongsi dengan saya makanan dibekalkan ibu bapa. Kebiasaannya adalah coklat dan biskut. Walaupun perkongsiannya nampak kecil tetapi saya pasti tersenyum melihat niat murni pelatih kanak-kanak itu,” katanya.

Ditanya adakah kerjaya renang kini diceburi ramai generasi muda dan memerlukan pelapis, Adilah cukup bersetuju kerana sememangnya kebanyakan kaum Melayu dari pelbagai lapisan umur berada dalam bidang itu sebagai tenaga pengajar.

“Semestinya bidang ini juga sentiasa perlu melahirkan pelapis muda kerana mereka ini mempunyai lebih banyak tenaga, selain idea baharu dan bersifat jangka masa panjang.

“Ilmu dimiliki pelapis muda ini perlu dikongsi dan diturunkan agar ia berterusan serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. Gabungan ilmu pelapis lama dan pelapis baharu pasti menghasilkan sesuatu yang hebat,” kata anak jati Shah Alam itu.

Mengulas mengenai kelebihan dan peluang masa depan mampu diperoleh sebagai jurulatih renang, wanita cantik itu berkata, dengan berbekalkan ilmu, skil serta  pengalaman, individu yang menceburi kerjaya terbabit berupaya membuka akademi dan sekolah renang sendiri.

Senario itu katanya, membolehkan mereka mencipta kerjaya sendiri tanpa perlu menunggu peluang pekerjaan, malah waktu kerja juga adalah fleksibel, manakala pulangan pendapatan bergantung kepada usaha serta kerajinan diri sendiri.

“Macam cara saya bekerja, saya melatih secara persendirian dan personal, iaitu dalam kumpulan kecil mengikut kehendak pelatih di lokasi pelatih sendiri. Kelebihan ini sangat memudahkan buat pelatih yang mempunyai fasiliti kolam renang di rumah. 

“Kelebihan latihan secara persendirian dan personal adalah jurulatih (saya) dapat memberikan fokus lebih kepada pelatih. Kebiasaannya saya melatih antara seorang hingga empat orang dalam satu kumpulan pada satu masa yang dipilih pelatih sendiri. 

“Waktu kelas adalah fleksibel mengikut keselesaan kedua-dua pihak. Permintaan kelas pada hujung minggu adalah lebih tinggi berbanding hari bekerja. Satu kelas berjalan selama satu jam. Kelas sekali atau dua kali seminggu diadakan mengikut kehendak pelatih,” katanya.

Sebelum mengakhiri temu bual, Adilah memaklumkan, berbekalkan pengalaman lapan tahun sebagai jurulatih renang, dia kini mengorak langkah dengan membuka akademi renang sendiri melalui laman instagram @aquadyls.

“Di situ, saya berkongsi tips dan rutin kerjaya renang saya. Saya mengimpikan agar lebih banyak perenang dilahirkan melalui @aquadyls yang bukan sahaja melihat renang sebagai satu sukan dan aktiviti riadah, tetapi ‘survival skill’ (skil kelangsungan hidup) yang perlu dikuasai.

“Ramai gemarkan aktiviti air seperti kayak dan snorkelling tetapi tidak tahu berenang. Maka, skil renang adalah sangat penting dalam meningkatkan keyakinan diri buat penggemar aktiviti air juga,” kongsinya yang memegang prinsip hidup ‘fokus apa anda peroleh, bukan apa tidak dimiliki’. - Getaran, 3 April 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM