Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjual Batu Permata Harus Mahir Tentang Produknya - June Wong

June Wong mendalami pengetahuan tentang batu-batu permata ini sama ada dari segi gred dan kualitinya mahu pun kebaikan serta manfaatnya kepada pengguna. 

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 6:34PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di tengah-tengah Pasar Budaya (Central Market), seorang wanita rancak melayan pelanggan yang mahu membeli batu permata di kedainya. 

Dia juga cekap menjelaskan kepada pelanggannya tentang manfaat batu permata tersebut, bahkan turut mencadangkan batu-batu lain yang bersesuaian dengan kehendak dan perwatakan pelanggan tersebut. 

June meletakkan sepenuh kecintaannya terhadap dunia batu permata.
June meletakkan sepenuh kecintaannya terhadap dunia batu permata.

Wanita itu adalah June Wong yang menjual aneka batu permata temasuk kristal dan akik di Pasar Budaya sejak lapan tahun lalu. 

“Pada awalnya saya adalah pembekal barangan perak kepada beberapa pelanggan. Kemudian, seorang pelanggan minta saya meneruskan operasi kedainya berjampiran Kota Raya. 

“Dia mahu berpindah dan menetap di Kanada atas permintaan anaknya. Awalnya, saya menolak dan selepas beberapa kali dia memaksa, akhirnya saya terima. 

“Itupun apabila dia minta saya untuk cuba dahulu berniaga di situ. Kalau saya sudah cuba dan tidak boleh, saya boleh jual semula kedai itu kepadanya. 

“Itu yang menyakinkan saya untuk mengambil kedai itu tetapi saya beritahu saya tidak mahu menjual barang-barangnya. Awal 2000, batu permata, kristal dan akik mendapat perhatian pelanggan, jadi saya cuba jual apa yang orang mahukan,” katanya kepada Getaran. 

Antara koleksi yang menjadi perhatian pelanggan.
Antara koleksi yang menjadi perhatian pelanggan.

Menurut June, pada waktu itu, dia masih tidak punya pengetahuan yang begitu mendalam mengenai batu-batu pertama, kristal dan akik, kecuali kenal pembekal-pembekal yang tulen. 

“Waktu pertama kali berniaga dan menyusun batu-batu tersebut, seorang lelaki Arab datang untuk melihat batu akik.  

“Waktu itu, saya tidak tahu batu itu adalah batu akik. Lelaki Arab itu mentertawakan saya. Tetapi dia mahukan batu tersebut dan mahu tahu harganya. 

“Pengalaman pertama itu mengejutkan saya dan tersedar bahawa batu-batu ini ada permintaan. Ia buat saya semakin bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini. Bukan setakat itu sahaja, saya mula mendalami pengetahuan tentang batu permata sama ada gred dan kualitinya mahu pun kebaikan serta manfaatnya kepada pengguna. 

“Semakin lama mendalami, semakin saya jatuh cinta. Bahkan, saya turut memakainya terutama jed,” katanya lagi. 

Kedai yang diusahakan June sejak lapan tahun lalu.
Kedai yang diusahakan June sejak lapan tahun lalu.

Kedainya menjual pelbagai jenis batu permata seperti Agate, Jed, Emerald (zamrud), Aquamarine, Ruby (delima), Sapphire (nilam), Rose Quartz, Opal, Meteor, Tiger Eye, Tourmaline, Citrine, Amber, Meteor, Moonstone, Amethyst, Garnet, Topaz, Peridot dan Carnelian

Bahkan, dia mendapatkan bekalan daripada pembekal sahih serta diiktiraf yang mampu menyediakan batu yang tulen dan berkualiti.  

“Untuk pasaran di Malaysia, saya perlu mendapatkan batu-batu permata yang tidak terlalu mahal harganya tetapi kualitinya tetap baik. 

“Ada juga pelanggan kaya yang mahukan batu permata berkualiti tinggi dan tidak kisah soal harga.  

“Misalnya jed. jed yang benar-benar berkualiti adalah Emerald Jade dan sekecil-kecil saiznya mencecah puluhan ribu ringgit.  

“Jika ada pelanggan yang mahukan sijil tentang kualiti dan maklumat tentang batu permata itu, ia boleh dikeluarkan dengan sedikit tambahan wang,” katanya lagi. 

Aneka pilhan batu permata tulen jualan June Wong.
Aneka pilhan batu permata tulen jualan June Wong.

Jelas June lagi, pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa dan tidak hanya tertumpu kepada kaum Cina semata-mata. 

“Jangan sangka orang Melayu tidak cari batu permata selain Emerald, Ruby atau Sapphire. Yang membeli batu Jed, Rose Quartz dan batu-batu lain juga ada. 

“Kerana mereka faham ini adalah batu hidup ciptaan Tuhan. Malah, Nabi-Nabi juga memakai batu-batu permata,” katanya. 

Ada antara pelanggan yang mementingkan kualiti dan tidak berkira soal harga.
Ada antara pelanggan yang mementingkan kualiti dan tidak berkira soal harga.

Sambung June lagi, ada dalam kalangan pelanggan yang sudah tahu jenis batu permata yang diinginkan. 

“Ada juga yang masih tercari-cari. Selalunya, saya akan tanya apakah tujuan mereka mencari batu permata ini. 

“Ada yang mencari untuk mengurangkan tekanan, ada juga yang mahukan fokus dengan pekerjaan, memperbaiki hubungan, majukan bisnes, mahu mendapatkan tuah dalam hidup dan tidak kurang juga yang mahu mendapatkan perlindungan. 

“Berdasarkan kehendak mereka, saya akan cuba membantu mereka mendapatkan batu permata yang sesuai dan berkait rapat dengan karakter serta keperibadian mereka. 

“Selain menjual, saya juga boleh diibaratkan sebagai konsultan mereka dalam memilih batu permata serta tenaga-tenaga baik yang ada di dalamnya turut membantu mereka membuat pilihan," katanya.  

June akan berkongsi ilmu mengenai kebaikan batu permata dengan pelanggan.
June akan berkongsi ilmu mengenai kebaikan batu permata dengan pelanggan.

Selama 20 tahun menjalankan perniagaan ini, June Wong mengakui dia tidak gentar langsung dengan persaingan sengit daripada pengusaha-pengusaha lain. 

“Saya tidak gentar kerana saya menjual batu permata tulen. Pernah seorang pelanggan dari Korea membawa alat untuk pengesan batu-batu permata di kedai saya untuk mengenal pasti tahap ketulenannya.  

“Saya kata silakan. Dia cuba mengesan dan akhirnya mengakui bahawa kedai saya menjual batu-batu permata yang tulen. 

“Seperkara lagi, pelanggan-pelanggan yang pertama kali membeli di kedai saya pasti akan kembali lagi untuk membeli batu permata yang sama atau yang lain. 

“Ada kalanya mereka akan menyarankan kepada ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan untuk membeli batu-batu permata di kedai saya,” katanya lagi. - Getaran, 9 Februari 2022

 Gambar: Diambil menggunakan Poco

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

TARA 1 tahun yang lalu

Permata Bukan Sekadar Batu Berwarna-Warni!

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 13 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini