web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permata Bukan Sekadar Batu Berwarna-Warni!

Jangan ketinggalan trend, ketahui tip membeli barangan kemas bertatahkan permata.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 10:11AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trend barangan kemas yang dihiasi dengan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Permata terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘batu murni’ seperti safir, zamrud, delima dan berlian. Kategori kedua pula ialah ‘batu separa murni’ iaitu kecubung, turmalin, topaz dan opal.

Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan permata ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberi kepuasan dan keselesaan anda semasa disarungkan.

Berikut empat tip berguna untuk anda yang mungkin baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia barangan kemas bertatahkan permata, seperti di bawah: 

#1 Kenali jenis permata dan warnanya

Setiap butir batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Misalnya, permata zamrud hijau merupakan antara batu permata dalam kumpulan mineral Beryl.

Dipercayai menjadi permata kegemaran Ratu Cleopatra, ia pertama kali dijumpai di Mesir. Zamrud mempuyai nilai kekerasan setinggi 8 mengikut skala Mohs. (Skala Mohs adalah skala yang paling umum digunakan untuk mengukur kekerasan suatu mineral.)

Ia juga hanya boleh dijumpai di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afghanistan. 

Bagi permata delima dan safir, ia tergolong dalam kumpulan mineral korundum serta mempunyai nilai kekerasan setinggi 9 mengikut skala Mohs. 

Istimewanya, kumpulan ini boleh didapati dalam variasi warna seperti merah, ungu dan biru.

Warna sememangnya menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan permata. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama permata berserta warna asasnya.

Jangan terkejut jika terdapat dua permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori batu yang berbeza.

Agak sukar untuk menilai permata dengan hanya mengguna mata kasar. Kita memerlukan peralatan khas bagi membezakan setiap jenis permata yang ada di pasaran.

Sehubungan itu, barangan kemas yang bertatahkan permata ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan sebarang penipuan. 

#2 Emas yang digunakan untuk mengikat batu permata

Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan permata, ketahui jenis dan mutu emas yang digunakan untuk mengikat batu permatanya.

Secara lazimnya, mutu emas yang bermula 750 dan kebawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh.

Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah lentur tidak disarankan untuk barangan kemas jenis ini kerana batu permata dikhuatiri akan terkeluar daripada ikatan.

Di samping mengetahui jenis emas, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah mawar juga perlu dititikberatkan bagi menonjolkan warna permata itu tadi.

#3 Tujuan membeli

Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas bertatahkan permata yang dibeli, bersesuaian untuk digayakan.

Sebagai contoh, sekiranya anda membelinya untuk dipakai secara harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas.

Bagi acara-acara istimewa, anda boleh membelinya dengan rekaan batu permata yang lebih besar dan menonjol. 

#4 Ketahui teknik penjagaan yang betul

Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli, anda harus mengetahui bagaimana cara mengekalkan keindahan dan kesempurnaannya.

Terdapat beberapa ‘rahsia’ yang boleh diamalkan. 

Pertama, permata tidak boleh disimpan bersama permata yang mempunyai nilai kekerasan yang berbeza, rendah atau tinggi. 

Ini bagi mengelakkan batu-batu permata tersebut calar kerana bergesel antara satu sama lain.

Kedua, untuk mencuci barangan kemas bertatahkan permata, anda seharusnya hanya menggunakan berus lembut dan air sabun yang suam.

Pencucian khas seperti cucian ultrasonik atau cucian wap hanya tertakluk pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar. 

Jika cucian khas ini digunakan pada zamrud, perubahan haba akan menyebabkannya retak.

Ketiga, simpan permata di dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpannya di dalam beg plastik kerana plastik menghasilkan kimia yang boleh merosakkan permukaan permata.

Akhir sekali, jika hendak memakai haruman, krim atau losyen yang mengandungi bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas bertatahkan permata. – Getaran, 16 Julai 2022

Sumber dan gambar: Habib Jewels

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Tahan Seorang Suspek Samun Barang Kemas

4

TARA 3 tahun yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh