Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Emas Selain Warna Kuning, Bernilaikah Di Pasaran?

Menjawab persoalan orang ramai tentang ketulenan dan kebolehpasaran emas berwarna selain warna kuning.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 9:44AM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di zaman serba moden ini, terdapat banyak barangan baharu yang boleh terhasil melalui kemajuan teknologi. Emas juga tidak terkecuali. 

Hari ini emas didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling atau kepingan emas. Paling mendapat permintaan tertinggi tentulah barangan kemas berupa emas.

Seiring peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang ditawarkan di pasaran untuk menepati cita rasa pencinta emas.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Malahan, warna emas yang kebiasaannya berwarna kuning di pasaran, turut didatangi dalam aneka warna lain.

Namun, persoalannya di sini, apakah emas yang berwarna lain mempunyai nilai yang sama seperti emas yang berwarna kuning?

Sesebuah barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan untuk menghasilkannya.

Berikut merupakan jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas:

#1 Emas 999 (24k)

Emas paling tinggi nilai kandungannya iaitu sebanyak 99.9%. Selalunya ia digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling dan syiling wafer. 

Terdapat juga beberapa rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut memerlukan penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak, kemik dan putus.

#2 Emas 916 (22K)

Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ia lebih padu berbanding emas 999. 

Ia mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% kerana ditambah dengan aloi bagi menguatkan struktur rekaannya. 

#3 Emas 750 (18K)

Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan atau pertunangan.

Jenis emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 75%.

#4 Emas 585 (14K) 

Emas jenis ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakannya digunakan untuk barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.

#5 Emas 375 (9K)

Mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%.

Ia juga turut dikenali sebagai emas suasa yang sangat popular dalam pembuatan cincin lelaki.

Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna asal emas iaitu warna kuning kepada warna-warna lain iaitu:

#1 Campuran aloi

Sifat emas secara semula jadinya adalah lembut. Ia memerlukan emas dicampur dengan bendasing seperti aloi untuk menguatkan struktur emas.

Selain itu, logam lain seperti perak, platinum, tembaga dan aluminium juga boleh ditambah untuk menghasilkan warna emas selain warna kuning iaitu emas putih serta emas merah jambu.

Warna emas yang terhasil itu tadi tidak akan kembali kepada warna emas asal, meskipun sudah dipakai dalam jangka masa yang lama.

Sekiranya warna tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan cucian secara mendalam sahaja.

#2 Teknik elektroplating

Secara ringkasnya, teknik ini dilakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik.

Kebiasaanya, cara ini menghasilkan warna yang lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu. 

Lapisan ini akan pudar dan ia kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa yang lama.

Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini perlu dilakukan semula supaya ia kelihatan seperti baharu semula.

#3 Kemasan (finishing) yang dinamakan Cataphoresis Lacquer

Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah warna emas kepada warna selain kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu.

Warna yang dihasilkan tidak terhad kepada emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan lain-lain.

Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Emas kuning berbanding emas warna lain

Persoalan yang sering bermain di fikiran ramai, apakah benar warna emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula?

Japawannya adalah ya. 

Ini kerana nilai emas tidak dipengaruhi oleh warna, tetapi kandungan emasnya. 

Oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak membeli emas yang berwarna selain daripada warna kuning. - Getaran, 2 Julai 2022

Sumber: Habib Jewels

Gambar selain tertera ihsan Habib Jewels 

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

3

Gaya 9 bulan yang lalu

Pelaburan Emas : 5 Tip Untuk Memulakan Pelaburan Berkilau Anda!

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Denda Ke Atas Syarikat Pajak Gadai Jual Emas Tak Ditebus

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini