web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merlessa Kental Bawa Lori, Bukti Kerjaya Bukan Milik Lelaki

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 3:06PM

Merlessa Richard memilih untuk menjadi pemandu lori bagi menyara tujuh anaknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meneruskan kelangsungan hidup demi menyara tujuh anak antara faktor seorang ibu tunggal memilih untuk berjiwa kental dan menceburi kerjaya sebagai pemandu lori.

Umum mengetahui pekerjaan itu lazimnya didominasi kaum lelaki, memandangkan ia boleh dianggap sebagai tugas berat yang pastinya memerlukan kerahan tenaga.

Merlessa Richard, 34 bagaimanapun berjaya memecah stereotaip itu yang selama ini menganggap, kerjaya berkenaan bukan untuk wanita.

Selesa dipanggil Mell, beliau yang berasal dari Sabah berkata, kerjaya sebagai pemandu lori sering dipandang rendah sesetengah pihak, namun stigma tersebut tidak lagi terpakai dewasa ini.

''Saya memilih kerjaya pemandu lori ini kerana minat, selain terpaksa bekerja demi menyara keluarga. Anak-anak saya ramai, ada tujuh orang. Jadi ketika pandemik ini saya tidak memilih jenis pekerjaan, sebaik sahaja melahirkan anak ketujuh, saya terus mencari peluang pekerjaan dan ditawarkan berkhidmat sebagai pemandu lori dengan syarikat Mr. DIY Group Berhad.

''Sebelum ini saya memang ada lesen lori yang diambil sejak tahun 2019, berhenti sekejap bagi membesarkan anak-anak. Sekarang anak kecil saya sudah berusia setahun dan dijaga oleh abang-abangnya yang sudah besar,'' katanya kepada Getaran.

Merlessa berkata, sebelum ini pelbagai jenis pekerjaan telah dilakukan termasuk berniaga secara kecil-kecilan, tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka sekeluarga.

''Bercanggah dengan tanggapan orang ramai, pendapatan sebagai pemandu lori agak lumayan sebenarnya, namun tidak ramai mengetahui hal tersebut.

''Kerja memandu lori memang nampak lekeh. Duduk memandu siang ke malam, malam ke siang setiap hari dengan pakaian ala kadar dari segi luaran, tetapi pendapatan sebagai pemandu lori sebenarnya agak tinggi,'' katanya.

Merlessa Richard
Merlessa Richard

Menceritakan pengalaman sepanjang bergelar pemandu lori wanita, Merlessa berkata, hanya sebilangan kecil sanggup serta mampu memikul tugas berat yang biasanya dilakukan lelaki.

''Kami tidak mampu bekerja di pejabat seperti orang lain, tapi tidak bermakna pekerjaan kami ini hina. Sebab kami sama seperti orang lain, mencari kerja demi sesuap nasi dan anak-anak.

''Realitinya, walaupun ramai orang mempunyai kemahiran tinggi atau pakar dalam bidang masing-masing, mereka tetap tidak boleh buat apa yang pemandu lori buat setiap hari. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu berjalan ratusan kilometer setiap hari tanpa berlaku kemalangan, dalam kelajuan yang kadangkala amat perlahan,'' ujarnya lagi.

Ditanya apakah cabaran sepanjang bergelar pemandu lori, Merlessa berkata, dia perlu menggunakan tenaga bagi mengangkat pelbagai barangan berat untuk dihantar kepada cawangan Mr. DIY di sekitar Selangor.

''Tugas saya bukan hanya sebagai pemandu, adakalanya saya perlu mengangkat semua barangan yang berat sekiranya kelindan lori tiada.

''Mujur juga ada pekerja-pekerja Mr. DIY lain yang sudi membantu menurunkan barang daripada lori. Jadi ia sedikit sebanyak membantu tugas harian saya,” ujarnya yang mengambil lesen memandu lori selepas terpengaruh dengan bekas suami.

''Bekas suami memang memandu kenderaan berat, jadi saya nekad untuk sama mengambil lesen.

''Saya juga mahu mengambil lesen GDL (Good Driving License) kejur dan bersendi bagi membolehkan saya memandu lori panjang pada masa akan datang,'' katanya, tersenyum.

Mengakhiri perbualan, wanita yang sering tersenyum manis ini melahirkan rasa seronok apabila kerjaya itu dihargai, malah tak kurang melahirkan rasa kagum dengan keupayaannya mengendalikan kenderaan berat.

''Saya berharap apa yang saya lakukan ini dapat  meniup semangat dan menanamkan kesedaran bahawa wanita itu kuat dan tidak lemah.

''Segalanya boleh dilakukan asalkan mereka mahu berusaha dan jangan lupa berdoa,'' katanya. - Getaran, 22 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi