Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jom Pusing Perlis, Banyak Tarikan Menanti

Selain Kuala Perlis dan Padang Besar, apa lagi tarikan pelancongan yang pernah anda jejaki di Perlis ini? Sebenarnya negeri terkecil di Malaysia ini punya banyak tarikan hebat dan unik.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 2:51PM

Gambar: Instagram @ksrkualaperlis dan @xplore_malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah Perlis kerana kini sudah pun beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada 4 Ogos lalu bersama dengan Sarawak dan Labuan.

Ini bermakna warga Perlis boleh menikmati beberapa kelonggaran termasuklah aktiviti rentas daerah dibenarkan, makan di restoran dibolehkan (terhad dua orang semeja), serta aktiviti pelancongan juga dibuka.

Jika dahulu, negeri paling utara di Semenanjung Malaysia ini jarang menjadi tumpuan umum. Namun, akhir-akhir ini Perlis trending di media sosial kerana ramai yang mencemburui kebebasan yang diraih oleh negeri Indera Kayangan ini.

Ramai juga yang sudah mula menyimpan angan untuk jalan-jalan ke Perlis apabila masing-masing sudah lengkap dua dos vaksin. 

Selain Kuala Perlis dan Padang Besar, apa lagi tarikan pelancongan yang pernah anda jejaki di Perlis ini? Sebenarnya negeri terkecil di Malaysia ini punya banyak tarikan hebat dan unik.

Contoh paling mudah adalah buah Mangga Harumanis. Buah yang berbau harum dan manis ini bukan sahaja menjadi rebutan ramai, malah ia juga mendapat sambutan baik dalam kalangan masyakarat antarabangsa. 

Selain itu, keindahan alam semula jadi di Perlis juga unik kerana dipengaruhi cuacanya negara jiran, Thailand.

Jika ke sini pada musim mengambil padi, bolehlah mengabadikan foto-foto menarik berlatarkan jerami padi. Cantik! Macam berada di luar negara, orang kata ala-ala di Texas, Amerika Syarikat.

Jom lihat tempat-tempat boleh dilawati sepanjang berada di Perlis!

 

1) Ladang Bunga Matahari, Taman Ular dan Reptilia

Kredit foto: Instagram @nnfarahn.roslan
Kredit foto: Instagram @nnfarahn.roslan

Selalunya rakyat Malaysia berebut-rebut mahu ke daerah Lopburi, Thailand untuk menikmati keindahan ladang bunga matahari. Tapi sejak pandemik bermula, hasrat hati terpaksa dipendamkan. 

Kini tarikan ini sudah boleh dinikmati di Perlis. Walaupun ia tidak sehebat di sana, namun ia sesuatu yang harus dibanggakan.

Ladang Bunga Matahari ini terletak di dalam Taman Ular dan Reptilia dan ia beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. 

Tiket masuk untuk dewasa berharga RM6, sementara untuk kanak berharga RM3. Sangat murah dan berbaloi-baloi. Waktu terbaik untuk menyaksikan bunga matahari berkembang penuh ialah sekitar pertengahan Februari hingga awal Mac.

Alang-alang sudah sampai di sini, ambillah peluang untuk melawat seluruh kawasan tarikan. Kanak-kanak pasti teruja apabila dapat melihat pelbagai spesies ular yang dipamerkan. 

 

2) Bukit Chabang

Kredit foto: Instagram @xplore_malaysia
Kredit foto: Instagram @xplore_malaysia

Mendapat nama daripada bentuknya yang bercabang, bukit ini bolehlah dilabelkan sebagai ikon pelancongan negeri Perlis. Pemandangan indah dapat dilihat terutamanya ketika matahari mula melabuhkan tirai.

Bukit ini lebih cantik jika ditinjau daripada Menara Kayangan di Wang Kelian. Dari sini pengunjung dapat melihat topografi negeri Perlis.

Jika anda pencinta sukan mendaki, apa kata tawan puncak bukit yang berketinggian 390 meter dari paras laut ini. Pemandangan dari puncak bukit ini bukan kepalang indahnya. 

Kredit foto: Instagram @sunneysiau
Kredit foto: Instagram @sunneysiau

Tapi, janganlah berani tidak bertempat. Untuk memanjat, anda perlu dapatkan permit daripada pihak berkuasa dan dapatkan khidmat penunjuk arah terlatih. Ini kerana treknya agak curam dan mempunyai batu-batu tajam. Perjalanan ke puncak mengambil masa kira-kira satu jam setengah, bergantung kepada stamina. 

 

3) Titian Kanopi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Mata Ayer

Kredit foto: Instagram @bidasari78
Kredit foto: Instagram @bidasari78

Titian Kanopi FRIM Mata Ayer ini terletak di kawasan Hutan Simpan Kekal Mata Ayer, Kaki Bukit, Perlis. Tujuan asal pembinaan titian ini adalah untuk dijadikan kawasan penyelidikan flora dan fauna terutama sekali tentang pokok jati. 

Namun keindahan alam semula jadi di sepanjang laluan ini menjadikannya ideal untuk ekopelancongan. Dengan kepanjangan 100 meter dan dibina 17 meter dari tanah, anda boleh menghayati keindahan pokok-pokok jati yang berusia lebih 40 tahun.

Lebih menyeronokkan jika ke sini dengan anak-anak. Pasti mereka teruja dan berasa adventurous

Caj untuk melalui titian kanopi ini cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Ia mula beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dari Isnin hingga Jumaat. 

 

4) Bukit Pelarit

Kredit foto: Instagram @_nablensa
Kredit foto: Instagram @_nablensa

Bukit Pelarit yang terletak berhampiran Kaki Bukit ini popular di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti pendakian. Dengan ketinggian 553 meter dari paras laut, puncak Bukit Pelarit menjanjikan pemandangan yang cukup mempesona. Kehijauan alam yang terbentang luas membuatkan diri terasa tenang dan damai. 

Sebelum mendaki, anda diingatkan supaya mendapatkan permit terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Boleh ikuti Facebook Kelab Mendaki dan Kembara - Hikers Perlis untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang trip pendakian ke sini. 

 

5) Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis

Kredit foto: Instagram @ksrkualaperlis
Kredit foto: Instagram @ksrkualaperlis

Kampung ini merupakan salah satu produk pelancongan terbaru di negeri Perlis. Usaha memperindahkan kampung ini bermula pada awal 2020 lalu apabila ia diletakkan di bawah inisiatif fasa pertama ‘Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih’.

Terletak di Kuala Perlis, kampung ini tampil penuh ceria berwarna-warni dengan pelbagai dekorasi dan mural cantik yang semestinya ‘instagrammable’. Pasti ramai yang jatuh hati sebaik sahaja berkunjung ke kampung yang majoritinya dihuni oleh keluarga nelayan. 

Alang-alang sampai ke sini, bolehlah singgah ke pekan Kuala Perlis untuk menikmati hidangan makanan laut menyelerakan. Selain itu boleh juga ke Restoran Kak Su Laksa Beras Asli dan Segar yang menjadi buruan ramai apabila berkunjung ke Perlis.

 

6) Empangan Timah Tasoh

Kredit foto: Rahayu MN
Kredit foto: Rahayu MN

Empangan Timah Tasoh merupakan sebuah empangan yang terletak 17 kilometer utara bandar Kangar. Nama empangan diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. 

Mengapa harus singgah ke sini? Kerana ia menjanjikan pemandangan memukau mata memandang. Jika tidak, masakan ia menjadi pilihan Yuna untuk klip videonya. 

Jika dahulu anda hanya boleh menyaksikan pemandangan tasik yang mendamaikan, kini sudah ada tarikan terbaru yang disediakan oleh Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu. 

Terdapat pelbagai tarikan dan kemudahan yang menanti anda di sini. Antaranya ialah gerai-gerai makan, taman tulip, aktiviti berbasikal dan skuter, serta pelbagai arca seni yang boleh diabadikan sebagai foto-foto kenangan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Tasoh Lake Resort masih menutup pintunya kepada orang ramai. 

Kemas kini terbaharu di laman Facebook mereka memaklumkan tempat mereka akan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah ke Perlis Indera Kayangan. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Gaya 33 minit yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya