web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Persediaan Yang Tepat Jika Mahu Bercuti

Satu perkara yang dinanti ramai adalah pergerakan merentas daerah dan negeri. Maklumlah, sudah terlalu lama berkurung di rumah. Ada yang ingin pulang ke kampung. Ramai juga yang ingin bercuti ke destinasi impian.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jul 2021 9:09AM

Gambar: Mikhail Nilov, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia dijangka mampu mencapai imuniti kelompok pada Oktober hadapan. Ini bermakna banyak sektor komersial dan aktiviti sosial yang akan dibenarkan dari semasa ke semasa.

Salah satu perkara yang dinanti ramai sudah tentu pergerakan merentas daerah dan negeri. Maklumlah, sudah terlalu lama berkurung di rumah. Ada yang sudah tidak sabar-sabar lagi ingin pulang ke kampung. Bahkan, ramai juga yang sudah rindu ingin bercuti ke destinasi impian. 

Bukan tidak takutkan virus pembunuh COVID-19, tetapi kesihatan mental juga perlu diambil kira. Otak sudah terlalu lesu dihimpit rutin harian yang sama, hati sudah tidak seceria seperti selalu. Jadi, keinginan untuk bercuti bukanlah satu dosa besar.

Gambar Hiasan. Unsplash.com
Gambar Hiasan. Unsplash.com

Namun, adakah anda benar-benar bersedia untuk bercuti dengan norma baharu? Jangan mimpi bebas ke sana sini jika anda tak boleh disiplinkan diri sendiri dan orang-orang tersayang.

Jom semak apa yang mesti dilakukan, apa yang boleh dan tidak agar percutian anda nanti tidak berakhir dengan tragedi. Panduan ini bukanlah ‘syok sendiri’ tetapi ia dikumpul daripada pelbagai sumber profesional. 

Ambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri dan orang lain sekiranya anda mahu bercuti buat seketika. Sekiranya anda sudah lengkap dos vaksinasi, risiko mendapat jangkitan dan menyebarkan COVID-19 sedikit berkurangan. Bagaimanapun, perjalanan antarabangsa masih boleh meningkatkan risiko anda mendapat varian baru COVID-19. 

 

Sebelum bercuti

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Apabila anda buat keputusan untuk merentas daerah atau negeri untuk bercuti, soal diri sendiri dengan soalan-soalan berikut:

1) Adakah anda sudah menerima vaksin COVID-19? Sekiranya belum, cuba dapatkan vaksin terlebih dahulu. Bersabar seketika untuk mendapat tarikh temu janji. Sekiranya dua dos vaksin telah lengkap,  tunggu sehingga dua minggu sebelum memulakan perjalanan. Sebabnya, tubuh anda memerlukan masa untuk membina perlindungan setelah vaksinasi dilakukan. 

2) Adakah anda berisiko mendapat jangkitan yang teruk? Sesiapa sahaja boleh mendapat COVID-19, tetapi golongan rentan atau warga emas dengan pelbagai masalah kesihatan berisiko tinggi mendapat kesan sampingan yang serius daripada COVID-19.

3) Adakah anda tinggal bersama seseorang yang berisiko tinggi mendapat jangkitan yang serius? Sekiranya anda dijangkiti ketika sedang bercuti, anda boleh menyebarkan virus itu kepada individu yang tinggal serumah dengan anda, walaupun anda tidak bergejala.

4) Adakah kawasan tempat tinggal atau destinasi yang hendak dituju masih terikat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP, PKPD, PKPB)? Ingat! Walaupun anda telah divaksin sepenuhnya, anda mesti patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika tempat tinggal anda masih belum bebas (mungkin dikenakan perintah kawalan pergerakkan dipertingkat), jangan sesekali meloloskan diri secara haram.

 

Ketika bercuti 

Gambar Hiasan. Yaroslav Dahylchenko, Pexels
Gambar Hiasan. Yaroslav Dahylchenko, Pexels

Adalah lebih baik jika anda memilih lokasi atau destinasi percutian yang kurang menjadi tumpuan ramai. Pilihlah hotel atau penginapan yang menawarkan bilik terhad untuk pengalaman percutian yang lebih selesa dan aman.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk melindungi diri anda dan orang lain ketika sedang bercuti. Amalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya 1 meter di antara anda dan orang lain.

  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang bergejala.
  • Hadkan hubungan dengan permukaan yang sering disentuh, seperti pegangan tangan, butang lif dan kios. Sekiranya anda mesti menyentuh permukaan ini, gunakan pembersih tangan atau basuh tangan anda selepas itu.
  • Pakai pelitup muka di tempat-tempat awam kerana ia adalah wajib. Jangan abaikan SOP demi kepentingan bersama. Ingat, virus COVID-19 masih bebas dan ia ada di dalam komuniti kita. Hanya dengan mematuhi SOP yang ada, kita mampu memutuskan rantaian.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda apabila berada di luaran. Bersihkan tangan dengan kerap. Ini sangat penting terutamanya selepas menggunakan bilik air, sebelum makan, setelah batuk, bersin atau membersihkan hidung.
  • Basuh tangan menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat.
  • Sekiranya sabun dan air tidak tersedia, gunakan pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol. Ratakan ke seluruh permukaan tangan dan gosokkan tangan anda sehingga kering.
  • Jangan makan atau minum dalam pengangkutan awam. Dengan cara ini anda boleh memakai pelitup muka anda sepanjang masa.

Sentiasa bawa topeng muka, tisu, pembersih tangan beralkohol (sekurang-kurangnya 60%), tisu pembasmi kuman, serta termometer di dalam beg.  

Gambar hiasan. Anshu, Unsplash
Gambar hiasan. Anshu, Unsplash

Jika semua langkah-langkah di atas boleh dipatuhi dan dipraktikkan, anda boleh dikategori sebagai individu yang layak memulakan perjalanan untuk bercuti. Tetapi jika anda di antara mereka yang keras kepala dan mementingkan diri sendiri, baik duduk sahaja di rumah! - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN