web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Melawat Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka Secara Virtual!

PKP terkini telah menimbulkan sisi kreatif banyak pihak, termasuklah Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Mereka telah membuka peluang untuk melawat taman itu secara maya. Jom!

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 8:50AM

Gambar: Rutpratheep, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak lagi menjadi halangan buat ibu bapa untuk membawa anak- anak 'melawat' serta berkenalan dengan 'King' dan 100 rakannya yang lain di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.

Ini kerana, mereka boleh menerokai taman itu secara maya menerusi aplikasi Google Meet walaupun berada di rumah ataupun jauh nun di utara tanah air.

Bagi Pengurus Besar Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, Ahmad Syarifuddin Mohamad berkata, alternatif itu diambil pihaknya bukan sahaja sebagai menampung perbelanjaan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 malah memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Beliau berkata, dengan siaran langsung menerusi Google Meet ini pengunjung dapat mengetahui dan menambah pengetahuan mengenai keluarga buaya serta beberapa haiwan lain.

"Menerusi lawatan secara maya ini pengunjung akan dibawa melawat ke seluruh Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ini termasuk penerangan mengenai buaya dan haiwan lain termasuk ular, rusa serta pelbagai jenis burung dalam tempoh kira- kira 1 jam 30 minit.

"Malah mereka juga berpeluang melihat demonstrasi memberi makan kepada reptilia itu selain buaya gergasi digelar 'King' yang beratnya mencecah 900 kilogram dengan panjang kira- kira 4.9 meter," katanya.

Demonstrasi memberi makan kepada buaya
Demonstrasi memberi makan kepada buaya

Menurut beliau, dalam sesi lawatan itu juga akan diberi pendedahan secara terperinci mengenai habitat dan sifat setiap buaya secara terperinci antaranya dari jenis tembaga, siam serta Caiman yang berasal dari luar negara.

"Lawatan secara maya ini membabitkan komunikasi dua hala yang mana selain hos akan memberikan penerangan mereka yang menyertai lawatan boleh bertanyakan soalan menerusi Goole Meet.

"Mereka amat dialu-alukan bertanya soalan dengan meninggalkan di ruangan mesej ini kerana butang suara ditutup bagi memastikan sesi lawatan berjalan lancar tanpa ada gangguan lain," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Syarifuddin berkata, lawatan secara maya itu hanya dibuat pada Jumaat, Sabtu serta Ahad menerusi dua sesi iaitu pada jam 11 pagi dan 2.30 petang dengan harga hanya RM7 seorang.

"Sejak dibuka pada 12 Jun lalu sehingga kini, kita menerima kira- kira 10,000 permohonan. Selain daripada individu permohonan juga diterima dari tadika untuk turut sama mengadakan lawatan.

"Orang ramai yang berminat boleh mengisi borang permohonan dan membeli tiket untuk mengikuti lawatan secara Google Meet selain boleh juga menghubungi talian 017-4552295 atau menerusi email [email protected]," katanya. - Getaran, 24 Jun 2021

Promosi dijalankan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, lawatan secara maya menerusi aplikasi Google Meet
Promosi dijalankan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, lawatan secara maya menerusi aplikasi Google Meet

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 4 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN