Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 1 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 1 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 1 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 1 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


‘Airbnb 2021 Release’ Untuk Pengalaman Lebih Menggembirakan

Perubahan besar cara orang ramai mengembara di seluruh dunia ini membuatkan Airbnb memperkenalkan lebih daripada 100 penambahbaikan di laman web dan aplikasinya menerusi ‘Airbnb 2021 Release.’

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:55AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 ternyata menukar landskap dunia pelancongan. Kini kita tidak lagi bebas mengembara ke destinasi-destinasi pilihan hati. Masih banyak negara yang menutup sempadan untuk mengekang penularan virus yang boleh membawa maut. 

Perubahan besar cara orang ramai mengembara di seluruh dunia ini membuatkan Airbnb memperkenalkan lebih daripada 100 penambahbaikan di laman web dan aplikasinya menerusi ‘Airbnb 2021 Release’. Peningkatan ini bertujuan untuk memperhalusi dan meningkatkan setiap aspek perkhidmatannya, daripada sokongan komuniti sehinggalah ke polisi. 

‘Airbnb 2021 Release’ menambahkan beberapa ciri yang menawarkan lebih fleksibiliti kepada tetamu Malaysia apabila merancang perjalanan mereka dan memudahkan sesiapa sahaja di Malaysia menjadi hos.

Pengemaskinian ini diumumkan sementara data Airbnb menunjukkan bahawa rakyat Malaysia beralih kepada Airbnb dan menggunakan pendapatan yang diperoleh sebagai hos untuk terus bertahan dan mengharungi peningkatan kos sara hidup sepanjang tempoh pandemik ini. 

Selain itu, tetamu juga menggunakan platform ini untuk menempah perjalanan domestik mesra keluarga pada harga yang berpatutan.

 

 

100+ peningkatan Merentasi Seluruh Pengalaman Airbnb untuk Tetamu dan Hos

1) Memudahkan Tetamu 

Airbnb memperkenalkan tiga cara baharu untuk membuat carian di platform - Tarikh Fleksibel, Padanan Fleksibel dan Destinasi Fleksibel.

‘Tarikh Fleksibel’, yang mula diperkenalkan pada Februari memudahkan anda mencari penginapan terbaik jika anda tidak mempunyai tarikh yang spesifik.

Daripada membuat carian dengan tarikh tetap, anda boleh mencari percutian hujung minggu, percutian seminggu atau penginapan sebulan. Sejak kemudahan ini dilancarkan, ia menyaksikan lebih daripada 100 juta carian.

‘Padanan Fleksibel’ menawarkan hasil carian yang lebih luas apabila anda mencari penginapan dengan memaparkan kediaman yang hampir menepati ciri-ciri pencarian anda.

Dengan cara ini, anda tidak akan terlepas peluang bercuti di penginapan yang diimpikan, contohnya vila keluarga di Selangor yang berharga RM320 semalam, berbanding tetapan maksimum RM300 dalam carian anda. 

‘Destinasi Fleksibel’ merupakan cara baharu untuk merancang perjalanan apabila menemui penginapan unik berbanding mengembara ke destinasi tertentu.

Ia membantu anda menemui penginapan yang luar biasa di lokasi yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda. Sebagai contoh, ia memaparkan pondok hutan di Malaysia, ryokan di Jepun, atau istana di Sepanyol. 

Daripada rumah pokok hingga rumah bot, terdapat lebih daripada 170,000 kediaman unik di Airbnb. Bilangan carian untuk penyenaraian unik di platform ini telah meningkat 94% pada tahun 2021 berbanding pada 2019. 

Secara ringkas dan jelas, peningkatan tambahan untuk tetamu termasuklah: 

Proses daftar keluar yang lebih pantas - mengurangkan bilangan langkah untuk tetamu baharu mengesahkan tempahan pertama mereka.

Panduan ketibaan - Akses mudah kepada semua maklumat berguna yang tetamu perlukan (panduan arah, kod pintu, Wifi, dan lain-lain) sebelum daftar masuk.

Ulasan yang dikemas kini - ulasan tetamu kini lebih lengkap, daripada kritikan hinggalah pujian, untuk memberi gambaran tentang pengalaman penginapan mereka.

Pembatalan yang Lebih Jelas - Polisi pembatalan diperbaharui agar lebih jelas untuk tetamu dan hos.

2) Memudahkan Hos

Airbnb memudahkan lagi proses untuk menjadi hos, daripada puluhan langkah sebelum ini kepada hanya 10 langkah, dengan sokongan teknologi terkini.

Model kajian dalaman komputer mencadangkan susunan gambar secara automatik berdasarkan tarikan tetamu mereka, manakala cadangan teks pintar membantu hos menulis tajuk dan keterangan yang terbaik untuk penyenaraian mereka. 

Peningkatan tambahan untuk hos termasuk: 

‘Tab Hari Ini’ yang serba baharu - Pangkalan terpusat baharu untuk memudahkan hos menguruskan tempahan dan tugas harian. Di sini mereka akan melihat permohonan tempahan baharu, tempahan akan datang serta butiran tetamu semasa serta pautan pantas kepada alatan hos yang paling banyak digunakan.

Selamat datang ke halaman hos baharu - Pusat yang direka semula untuk hos baharu dengan artikel dan testimoni yang membantu serta alatan yang lebih baik untuk menganggarkan potensi pendapatan dengan menjadi hos berdasarkan kadar semalam dan kadar penghunian di kawasan terdekat.

Penambahbaikan peti mesej - Mesej kini dimuatkan sehingga 10 kali lebih pantas dan ciri-ciri baharu yang membolehkan hos menjawab dengan satu klik kepada soalan yang kerap ditanya oleh tetamu. 

Sokongan Superhost khusus - Pasukan sokongan khusus untuk ‘Superhost’ dan ‘Pemimpin Komuniti Hos’ agar hos paling berpengalaman boleh memimpin mereka yang tidak berpengalaman.

Perkhidmatan Kelas Dunia

Untuk pengalaman penempahan yang lebih menggembirakan, Airbnb juga meningkatkan sokongan komuniti dengan menggandakan bilangan ejen sokongan dan memperluaskan liputan sokongan daripada 11 kepada 42 bahasa pengantaraan.

‘Pusat Bantuan’ yang direka semula sepenuhnya akan lebih mudah dilayari dengan menawarkan sokongan yang lebih bersifat peribadi kepada hos dan tetamu. - Getaran, 10 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tempoh Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjutkan Kepada 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Johor Tenggara Miliki Potensi Besar Dalam Pelancongan, Perindustrian - Ahmad Zahid

3

TARA 1 bulan yang lalu

AirAsia Lancar Semula 7 Destinasi Antarabangsa Di China

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Belanjawan 2023: RM250 Juta Untuk Promosi Pelancongan, Geran Padanan

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Selera 23 jam yang lalu

Gerai Juadah Sahur Mudahkan Pelanggan Nikmati Makanan Segar, Panas

Selera 59 minit yang lalu

Nasi Tenong Tarikan Baharu Payang Water Taxi