web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hongkod Avenue Produk Pelancongan Baharu Ketengah Kraf, Makanan Sabah

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 9:55AM

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika merasmikan majlis pembukaan Hongkod Avenue. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Perasmian gerai Hongkod Avenue di sini semalam, menjadi mercu tanda terbaharu bagi pelbagai makanan dan kraf tradisional serta inisiatif untuk memelihara warisan Sabah.

Hongkod Avenue bernilai RM1.2 juta itu menyediakan 22 gerai makanan dan 12 gerai kraf tangan yang dibina di pekarangan Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini. 

Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika berucap merasmikan majlis pembukaan Hongkod Avenue di sini semalam, berkata ia bakal menjadi produk pelancongan negeri itu.

"Kita perlukan satu pusat untuk mempromosikan bukan saja kekuatan budaya tetapi juga untuk mempromosikan makanan dan kraf tradisional di Sabah.

“Saya berharap Hongkod Avenue akan menjadi satu tarikan pelancongan, sekali gus membantu mempertingkatkan lagi ekonomi di Sabah," katanya.

Pembukaan gerai-gerai di Hongkod Avenue ini menandakan acara yang bersejarah kerana pembukaannya tepat pada masanya untuk Pesta Kaamatan bulan depan.

"Hongkod Avenue akan menawarkan pengalaman membeli-belah baharu untuk penduduk tempatan dan pelancong.

“Dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan kraf tangan, Hongkod Avenue akan menjadi tempat yang baik untuk menikmati citarasa yang berbeza dan meneroka budaya tempatan,” katanya.  

Beliau berkata, KDCA sedang memulakan perjalanan untuk menjadikan Hongkod Koisaan pusat dinamik di mana semua orang boleh berkumpul.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tiga, kiri) menunjukkan makanan tradisional ‘Hinava’ selepas merasmikan pembukaan Hongkod Avenue di Hongkod Koisaan Penampang, semalam. - gambar BERNAMA
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tiga, kiri) menunjukkan makanan tradisional ‘Hinava’ selepas merasmikan pembukaan Hongkod Avenue di Hongkod Koisaan Penampang, semalam. - gambar BERNAMA

“la bukan hanya sekadar mengenai penambahbaikan fizikal tetapi juga menjadikan Hongkod Koisaan tempat di mana keluarga dan rakan boleh berkumpul untuk menikmati makanan, membina kenangan, berkongsi memori, dan menikmati keindahan tradisi kami," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN