Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AirAsia Nasihatkan Penumpang Daftar Masuk Kendiri, Datang Awal Ke Lapangan Terbang

Nasihat perjalanan ini dikeluarkan bagi memastikan pengalaman balik kampung sempena hari raya ini berjalan lancar

Jelajah Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:10AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula minggu ini, perjalanan balik kampung para pengembara sudah pun bermula. Selain kesesakan jalan raya, jangkakan juga kesesakan di lapangan terbang utama di seluruh negara. 

Dek itulah, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan agar para penumpang menikmati pengalaman perjalanan yang menyenangkan dan selesa. 

Bermula dari 5 hingga 15 April, AirAsia menggalakkan penumpang untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) yang tersedia seawal 14 hari, hingga satu jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. 

Proses pendaftaran masuk secara kendiri ini sudah boleh dilakukan sekarang bagi mendapatkan pas masuk elektronik untuk penerbangan yang bermula dari 5 sehingga 17 April.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan informasi terkini mengenai tempahan penerbangan, termasuk kemaskini penerbangan melalui pautan ‘Flight Status’ pada aplikasi tersebut.

Perlu diingatkan, perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya tersedia untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi (di bawah umur 24 bulan), tetamu yang hamil, warga emas dan remaja yang melakukan perjalanan sendirian.

Penumpang yang hamil hendaklah mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Jika kandungan melebihi 27 minggu, sijil perakuan sah oleh doktor kesihatan perlu dikemukakan untuk rujukan. 

Istimewa untuk penumpang kurang Upaya (OKU), anda boleh membuat pra-tempahan ‘Bantuan Khas’ (perkhidmatan kerusi roda) semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui pautan  ‘My Booking’ pada aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Untuk penerbangan antarabangsa, penumpang diingatkan supaya memenuhi keperluan perjalanan seperti visa dan transit ke setiap negara yang bakal dituju. 

Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan terkini dengan pihak kedutaan atau konsulat masing-masing.

Selain itu, pastikan juga anda tiba awal di lapangan terbang iaitu sekurang-kurangnya dua jam lebih awal untuk penerbangan domestik dan tiga jam untuk penerbangan antarabangsa. 

Ini bagi mengelakkan insiden terlepas penerbangan kerana terpaksa beratur panjang ketika melalui proses imigresen dan sistem keselamatan. 

Sematkan dalam fikiran bahawa, kaunter daftar masuk akan ditutup satu jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), (Terminal 2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia. 

Untuk makluman, pas masuk elektronik di aplikasi AirAsia MOVE diterima pakai untuk menaiki pesawat, jadi anda tidak perlu mencetak pas masuk fizikal. 

Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk semua lapangan terbang di Malaysia di mana AirAsia beroperasi.

Semoga perjalanan pulang berhari raya anda tahun ini lebih menyeronokkan, bukan menjengkelkan. - Getaran, 5 April 2024

Foto : AirAsia

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN