web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Pelancongan Domestik Mampu Guna Teknologi Canggih Jika Kena Caranya

Dua pengiktirafan MBR membuktikan Malaysia mampu menghasilkan produk pelancongan domestik berteknologi canggih

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 9:40PM

Antara persembahan air pancut muzikal di 99 Wonderland Park

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan memperoleh dua pengiktirafan dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) menerusi tarikan air pancut muzikal di 99 Wonderland Park adalah bukti bahawa produk pelancongan domestik boleh dihasilkan dengan canggih jika kena dengan caranya.

Menjelaskan perkara itu, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri B K Lee berkata, berbeza dengan lokasi lain, 99 Wonderland Park menampilkan persembahan air pancut muzikal yang memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi.

Jeff B K Lee ketika ditemui media
Jeff B K Lee ketika ditemui media

Menurut beliau, air pancut muzikal milik taman berkenaan bukan sekadar lebih lama serta besar, ia juga disertakan dengan konsep dan penceritaan tersendiri.

Katanya, bukan mudah untuk 99 Wonderland Park menerima pengiktirafan MBR kerana ia perlu melepasi pelbagai prosedur.

“Pasukan MBR akan datang dan buat tapisan terlebih dahulu sebelum berjaya melepasi kriteria ditetapkan. Anda semua dapat saksikan sendiri persembahan air pancut muzikal di 99 Wonderland Park.

“Ia sarat dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan animasi 3D yang tidak pernah dihasilkan di mana-mana tempat di Malaysia sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Jeff B K Lee diiringi Dr Zaliha Mustafa menerima dua pengiktirafan MBR
Jeff B K Lee diiringi Dr Zaliha Mustafa menerima dua pengiktirafan MBR

Jeff menyatakan demikian selepas mengiringi lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa ke 99 Wonderland Park, semalam.

Terdahulu, beliau sambil disaksikan Dr Zaliha menerima dua pengiktirafan MBR susulan susulan kejayaan mengadakan pertunjukan air pancut muzikal terbesar dan pertunjukan air pancut muzikal bersama animasi 3D.

Mengulas lanjut Jeff berkata, pembinaan air pancut berkenaan dibangunkan syarikat berpangkalan dari China.

“Mereka terlebih dahulu meneliti dan mengambil kira kesesuaian tasik termasuk keluasan dan jumlah isipadu air yang ada.

“Ini bukan air pancut biasa yang memerlukan kedalaman dan teknologi kepakaran tertentu,” katanya.

Beliau menarik perhatian, fasa pertama pembinaan air pancut itu menelan belanja RM10 juta manakala fasa kedua yang menyaksikan ia dinaik taraf kepada konsep 3D menelan belanja RM15 juta.

“Untuk penyelenggaraan pula, sekurang-kurangnya puluh ribu perlu dibelanjakan,” katanya.

Menampilkan konsep zoo terbuka, 99 Wonderland Park yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan JL99 itu mempunyai keluasan 9.2 hektar.

Pengunjung berpeluang memberi makan rakun di 99 Wonderland Park
Pengunjung berpeluang memberi makan rakun di 99 Wonderland Park

Ia menampilkan pelbagai tarikan, termasuk lebih 60 spesies haiwan liar yang diimport dari serata dunia.

Antara haiwan liar yang ada di 99 Wonderland Park
Antara haiwan liar yang ada di 99 Wonderland Park

Dibuka bermula jam 5 petang sehingga 11 malam untuk hari biasa dan 5 petang hingga 12 tengah malam  pada hujung minggu, pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman bermesra dengan haiwan liar, termasuk capybara dan rakun yang berasal dari Amerika Utara. - Getaran, 10 Mac 2024

Semua gambar - Sophia Ahmad

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Wyndham Acmar Klang Catat Rekod Malaysia, Anjur Perhimpunan Berbuka Puasa Terbesar Di Hotel 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Anjur Zumba Secara Maya, AEON Malaysia Catat Rekod Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN