Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kota Al-Ula Boleh Dikunjungi Untuk Ambil Iktibar

Tiada sebarang fatwa atau hukum dikeluarkan oleh mana-mana mufti antarabangsa atau dari Arab Saudi sendiri berkenaan larangan ke Kota Al-Ula.

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 1:12PM

Batu gajah di Kota Al-Ula.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas pelakon popular, Zul Ariffin ditempelak kerana mengunjungi tarikan Kota Al-Ula, Arab Saudi, kali ini seorang pempengaruh sosial media dan juga usahawan pula dikecam hebat.

Ramai yang menjatuhkan hukum sesuka hati, malah ada yang mendoakan agar individu terbabit dilaknat oleh Allah SWT. Allahuakhbar! Kenapa sampai sebegitu sekali kita mahu menjatuhkan hukum kepada orang lain?

Sebelum mengeluarkan kata-kata, adalah lebih baik kita semua mencari maklumat yang tepat jika timbul persoalan di benak fikiran. Tak susah pun, ada banyak cara untuk mendapatkannya.

Salah satu pendapat yang boleh dirujuk ialah perkongsian daripada Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff seperti dilaporkan Harian Metro Online pada tahun lalu.

Jelas beliau, Kota Al-Ula atau juga dikenali sebagai Madain Saleh itu walaupun tempat terkutuk serta dilarang oleh Rasulullah SAW untuk disinggahi, namun berkunjung ke Madain Saleh bukanlah bersifat haram mutlak seperti hukum haram zina, minum arak dan lain-lain.

"Kita kena faham larangan Nabi Muhammad SAW terhadap Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak, seperti mana haramnya arak dan zina, tapi larangan itu bersifat makruh. Ini kerana terdapat hujah dan dalil lain, yang mana Nabi Muhammad SAW tak larang, tapi menyarankan agar sesiapa yang melalui tempat itu termasuk kawasan dilaknat lain, Nabi minta sahabat menangisi dan muhasabah. Itu antara tegasan Nabi.

"Nabi Muhammad SAW tidak kata jangan pergi kawasan dilaknat, tapi nangis dan insafi atas diri kita. Pergi ke sana bukan hanya untuk bersuka ria, berhibur. Pergi situ ambil iktibar dan apabila pulang, ceritakan pengajaran yang ada kepada orang sekeliling di negara kita.

“Jadi, apa yang dibuat Zul Ariffin dengan berkongsi di IG itu tak salah," ulas beliau kepada Harian Metro ketika diminta mengulas tentang kunjungan Zul Ariffin tahun lalu.

Tambah Mohd Izhar lagi, tiada sebarang fatwa atau hukum dikeluarkan oleh mana-mana mufti antarabangsa atau dari Arab Saudi sendiri berkenaan perkara itu.

"Dalam ayat al-Quran sendiri ada menyebut, 'maka berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah bagaimana Allah mengazab kaum yang mengingkari Allah dan Rasul'. Maknanya, hadis Nabi yang melarang ke Al-Ula perlu dibaca bersama ayat al-Quran ini.

"Kalau dilarang ke Al-Ula, perlu juga dilarang ke Laut Mati di Jordan, ziarah Piramid di Mesir, bahkan dilarang juga menziarahi muzium yang ada firaun besar. Jadi, tak wajar mereka yang ke sana dikecam.”

"Nasihat saya jangan mendahului mufti. Mufti tak keluarkan sebarang hukum atau fatwa melarang ziarah tempat-tempat itu. Malah, ulama antarabangsa dan Arab Saudi pun benarkan," katanya seperti dilaporkan.

Serba sedikit mengenai Kota Al-Ula, kota yang terletak di Arab Saudi dan 400 kilometer (km) di utara Madinah ini pada suatu ketika dahulu menjadi ibu kota kerajaan kuno di Arab yang wujud pada abad ke-7.

Sejarah Kota Al-Ula

Kota Al-Ula ini adalah tapak bersejarah, Madain Saleh yang merupakan peninggalan peradaban rakyat Nabi Saleh AS, kaum Tsamud Al-Hijr.

Kisah ini juga terdapat dalaman dalam Al-Qur’an. Dalam Ensiklopedia Islam, kata tsamud adalah nama dari suatu kaum, sedangkan kata Al-Hijr adalah salah satu di antara beberapa kota yang dibangun oleh orang tersebut.

Al-Ula juga memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, terutama dalam kisah kedatangan Nabi Muhammad SAW. Saat Hijrah ke Madinah, Nabi Muhammad singgah di Al-Ula dan tinggal di sana selama beberapa waktu.

Akan tetapi, Nabi Muhammad SAW tidak ingin minum air dari kota ini dan ingin segera berangkat. Bahkan, beliau juga sering mempercepat langkah dan tidak menoleh ke kanan atau kiri saat sedang melintasi kota tersebut.

Perlakuan ini dipercayai kerana disebabkan oleh azab yang pernah menimpa Kota Al-Ula. Dalam mitologi Arab sendiri, Al-Ula dianggap sebagai daerah berhantu yang dihuni oleh jin dan roh jahat. Stigma ini melekat pada Al-Ula kerana berkaitan dengan kisah kaum Tsamud yang ditelan bumi kerana ingkar dengan perintah Allah.

Al-Ula sebagai tarikan pelancongan

Habitas Al-Ula antara resort di kawasan itu.
Habitas Al-Ula antara resort di kawasan itu.

Penerokaan Jabal Ikmah.
Penerokaan Jabal Ikmah.

Hegra.
Hegra.

Pada hari ini Al-Ula telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang popular di Arab Saudi. Pembangunan kota ini telah bermula pada 2017 apabila kerajaan Arab Saudi menubuhkan Suruhanjaya Diraja Al-Ula (RCU) kerana menyedari kepentingan Al-Ula sebagai tapak arkeologi dan bersejarah.

Penubuhan suruhanjaya ini bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan Al-Ula sebagai tumpuan pelancongan antarabangsa.

Selain itu, suruhanjaya itu juga perlu membangunkan rancangan untuk pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.

Pelbagai projek pembangunan telah direncanakan, termasuklah lima daerah yang dirancang buat Al-Ula menjelang 2030. Lima daerah itu ialah bandar lama Al-Ula, Dadan, Jabal Ikmah, Nabataeane Horizen, dan Bandar Bersejarah Hegra.

Kerajaan Arab Saudi bekerjasama dengan pakar dari seluruh dunia dalam pembangunan Al-Ula. Pada April 2018 ia menandatangani perjanjian 10 tahun dengan Perancis yang merangkumi peruntukan untuk hotel, infrastruktur pengangkutan dan muzium budaya dan seni bertaraf dunia.

Jika dilihat di atas peta Kota Al-Ula ini cukup luas dan tidak semua tempat menjadi larangan kepada umat Islam.

Jika anda ingin mengunjungi tempat ini tidak menjadi masalah terutamanya jika ke sini bersama pemandu pelancong kerana selalunya mereka yang memberi panduan tentang kawasan-kawasan yang bebas dikunjungi oleh umat Islam. Salah satu tapak yang paling popular ialah Jabal AlFil (Batu Gajah).

Anda juga boleh mengikuti akaun Instagram @experiencealula untuk melihat tarikan yang menanti di sana. – Getaran, 13 Februari 2024

Foto : @experiencealula

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Gaya 11 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN