web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keseronokkan Berpanjangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Di Gamuda Land

‘Play Lóng Lóng’ beri peluang kepada anda sekeluarga untuk memanfaat cuti perayaan dan cuti sekolah ini dengan pelbagai aktiviti menarik.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 4:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Gamuda Land yang terkenal sebagai hab rekreasi terunggul tampil dengan sesuatu yang istimewa.

Bermula dari 6 Februari hingga 10 Mac 2024 hadapan, bersedialah untuk ‘Play Lóng Lóng’ di semua lokasi GL Play di sekitar Selangor.

Terdapat juga acara bertema menarik di SplashMania Waterpark dan FunPark, di mana keluarga, rakan dan komuniti boleh berkumpul dan menikmati kemeriahan Tahun Baharu Cina seperti yang belum pernah dialami sebelum ini.

Biarpun taman tema ini masih baharu dan sedang dipertingkatkan, namun percayalah anda sekeluarga boleh menikmati sebuah pengembaraan yang menyeronokkan.

SplashMania Waterpark yang menjadi bualan ramai kini tampil dengan dua tunggangan terbaharu yang menjanjikan ledakan adrenalin luar biasa iaitu ‘Zoomi's Runway’ dan ‘Sky Leap’.

‘Zoomi’s Runway’ akan membawa anda meluncur laju ke bawah dari Kapal Amazonia terus ke Omba’ King Cove.

Bersoraklah sepuas hati dan lepaskan semua tekanan yang sudah tersimpan lama. Jika masih tidak cukup, teruskan ke ‘Sky Leap’ dan uji tahap keberanian anda dengan terjun bebas dari titik tertinggi taman air ini.

Bagaimanapun, kedua-dua tarikan ini memerlukan bayaran tambahan sebanyak RM45 setiap satu. Namun, dengan promosi ‘Play Lóng Lóng’, ia kini digabungkan dengan Surf Mania, menawarkan pakej lebih menjimatkan iaitu RM30 (satu tunggangan), RM50 (dua tunggangan) dan RM60 (semua tiga tunggangan) untuk tunggangan tanpa had!

Tidak cukup dengan itu, sebagai pemegang tiket SplashMania, keseronokan anda boleh diteruskan ke tarikan lain di Gamuda Cove dengan diskaun eksklusif sehingga 50%.

Pilih daripada ‘Adventure Pack’, yang menawarkan empat aktiviti mendebarkan di Discovery Park, atau pilih ‘Nature Pack’, yang termasuk ‘Safari Insta-Tour Ride’ dan pelayaran bot di Paya Indah Discovery Wetlands, bersama-sama dengan lawatan  ke Wetlands Arboretum Centre.

Jika sudah kelelahan, tak perlulah paksa diri untuk berseronok pada hari yang sama, boleh lakukan pada hari lain kerana tawaran separuh harga ini sah selama dua bulan dari tarikh belian tiket SplashMania.

Selain itu, terdapat banyak lagi persembahan harian yang dijadualkan untuk menyambut kedatangan pengunjung di kedua-dua taman tema sepanjang tempoh ini, dan kesemuanya sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara yang menanti termasuklah Tarian Singa dan Naga, persembahan Orkestra Cina, dan Skuad Splash yang akan mengenakan pakaian Tahun Baharu Cina untuk sesi ramah-mesra bagi mencipta kenangan perayaan yang unik untuk semua.

Jadi, tunggu apa lagi? Raikanlah musim perayaan dan cuti sekolah ini dengan pelbagai aktiviti menarik pada harga menjimatkan.

Ingat, ‘Play Lóng Lóng’ bermula dari 6 Februari hingga 10 Mac hadapan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, layari laman web www.glplay.com.my. – Getaran, 10 Februari 2024

Foto : Gamuda Land

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia