web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gunung Sinsing Diiktiraf Puncak Ketiga Tertinggi Di Malaysia

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 11:59AM

Gunung Sinsing di Tambunan kini sah gunung ketiga tertinggi di Malaysia. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan bahawa Gunung Sinsing yang terletak di daerah Tambunan adalah puncak ketiga tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,586 min aras laut (MSL).

Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu diperolehi melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok dan wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan pada 10 Mei lalu.

Beliau berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu dicerap menggunakan peralatan penerima data sistem satelit navigasi global yang tepat, iaitu Stonex S900A Global Satellite System (GNSS).

“Data cerapan itu yang direkodkan kemudiannya diproses oleh juruukur berdaftar untuk menentusahkan ketinggian sebenar Gunung Sinsing dari min aras laut.

“Dengan menggunakan kaedah ini, didapati ketinggian Gunung Sinsing adalah 2,586 MSL sekali gus mengekalkan statusnya sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Gunung Sinsing berjaya menarik perhatian orang ramai sejak tahun 2018 apabila ia diuar-uarkan di media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,096 meter dan Gunung Trusmadi juga di negeri ini dengan ketinggian 2,643 meter.

Frederick berkata Jabatan Perhutanan Sabah akan meneruskan usahanya untuk melindungi kawasan yang berkepentingan seperti Gunung Sinsing yang berhampiran dengan Gunung Trusmadi dan juga habitat pelbagai spesis flora dan fauna. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Gunung Sinsing, Ketiga Tertinggi Di Malaysia Berketinggian 2,586 Meter

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan