web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gandos, Kuih Tradisi Masyarakat Jawa Jadi Tarikan KMJ 2023

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 8:52PM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat julung kali mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 tahun ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pasti ramai generasi muda hari ini tidak mengenali “kuih gandos”, sajian tradisi masyarakat Jawa yang dilihat semakin “hilang” apabila sudah tidak ramai yang tahu membuatnya.

Justeru, demonstrasi membuat kuih tersebut menjadi antara tarikan orang ramai semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 sekali gus memperkenalkannya kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengetuai kembara itu buat julung kali.

Pembuat kuih tersebut, Md Jamil Madran, 70, berkata beliau berbangga kerana kuih gandos hasil air tangannya menjadi antara sajian yang terhidang di atas meja untuk santapan Tunku Ismail dan kerabat Diraja Johor sempena KMJ.

“Walaupun hasrat mempersembahkan kuih berkenaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada KMJ kali ini tidak kesampaian, saya tetap gembira dan bersyukur,” katanya ditemui pemberita ketika KMJ 2023 singgah di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam di sini hari ini.

Md Jamil menunjukkan kuih gandos yang diperkenalkan kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Kembara Mahkota Johor 2023. - gambar BERNAMA
Md Jamil menunjukkan kuih gandos yang diperkenalkan kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Kembara Mahkota Johor 2023. - gambar BERNAMA

Md Jamil berharap lebih ramai generasi muda yang berminat untuk mewarisi resipi dan cara pembuatan kuih turun-temurun itu yang menggunakan acuan khas diperbuat daripada tembaga.

“Mulanya saya pun tak minat, tetapi selepas melihat acuan tembaga yang telah berusia 90 tahun tidak digunakan saya cuba buat menggunakan bahan seperti air kelapa, tepung gandum atau tepung beras, kelapa parut yang kemudian dibakar dengan arang.

“Selain untuk makan sendiri, saya juga menerima tempahan sekiranya ada majlis tertentu atau kenduri di sekitar kawasan Ayer Hitam,” katanya yang biasanya akan dibantu isteri Misrupah Buhari, 63.

Anak Md Jamil, Fadzilatulhusna, 42, juga merancang untuk mempopularkan semula kuih berkenaan dengan meletakkan nama baharu iaitu ‘Takoyaki Jawa’ sebagai tarikan.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Ismail yang berangkat tiba kira-kira pukul 12 tengah hari disambut dengan paluan kompang daripada kumpulan Kompang Seri Sepadan.

Konvoi Diraja yang turut disertai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah turut berkenan menghabiskan masa kira-kira satu setengah jam beramah mesra dengan penduduk sekitar. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN