web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tingkat Industri Kreatif, RIUH Diperluas Ke Negeri Lain

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 9:17PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching (tiga dari kiri) menghadiri program Kembara RIUH 2023 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Program Kembara RIUH yang menjadi landasan bagi mengumpul dan menggerakkan penggiat seni serta usahawan kreatif akan diperluas ke negeri-negeri lain sebagai usaha meningkatkan permintaan dalam industri kreatif.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata Kembara RIUH 2023 edisi Pulau Pinang merupakan penganjuran yang kedua untuk tahun ini selepas di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 29 Julai lepas.

"Kita memang nak bawa Kembara RIUH ke negeri-negeri dan bukan hanya di Lembah Klang, kerana kita mahu orang tempatan di negeri lain sertai festival ini serta lebih ramai artis serta usahawan terlibat.

"Berhubung itu (ke negeri lain), kita tengah rancang dan akan buat pengumuman apabila dah dimuktamadkan nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara RIUH 2023 edisi Pulau Pinang di Juru Auto-City di sini hari ini.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative itu, berlangsung dua hari bermula semalam dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran seni budaya, bengkel kreatif, kedai ‘pop up’, jualan vendor barangan dan makanan.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis secara percuma seperti Ratu Rock negara Ella, Anuar Zain, Faizal Tahir, Kaka Azraff, Bunkface, Najwa Latif dan Bunkface.

 Cuaca hujan bukan menjadi penghalang bagi orang ramai menghadiri program Kembara RIUH 2023 - gambar BERNAMA
Cuaca hujan bukan menjadi penghalang bagi orang ramai menghadiri program Kembara RIUH 2023 - gambar BERNAMA

Dalam pada itu, Teo berkata penganjuran Kembara RIUH membuka peluang kepada penglibatan lebih ramai penggiat seni dan industri kreatif sekali gus mewujudkan platform yang inklusif kepada mereka.

Menurutnya bukan sahaja pengiat seni malah usahawan kreatif juga berpeluang menampilkan produk mereka sekali gus mempromosikannya kepada pengunjung yang datang agar lebih dikenali.

“Bagi Kembara RIUH edisi Pulau Pinang ini pihak kami menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dengan sasaran jualan sebanyak RM200,000. Saya dimaklumkan semalam sahaja lebih 13,000 pengunjung hadir, kemungkinan sehingga 11 malam ini lebih 25,000 orang akan hadir.

“Maklum balas daripada usahawan dan artis yang ditemui, mereka sangat gembira dengan sokongan orang ramai dan saya harap mereka terus beri sokongan kerana festival ini satu jenama yang bagus kepada KKD,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Bon Odori Tetap Meriah, Kontroversi Tak Halang Pengunjung Berhibur

4

Muzik 4 tahun yang lalu

RWMF 2022 Sokong Program Inisiatif Penghijauan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang