Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dream Forest Langkawi: Ibarat Memasuki Ke Alam Fantasi Penuh Warna Warni Dan Magis

Kini malam anda di Langkawi tidak bosan lagi dengan adanya tarikan terbaru iaitu Dream Forest Langkawi yang sudah dibuka untuk pelancong pada pertengahan Jun lalu.

Jelajah Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 8:00PM

Dream Forest Langkawi adalah cetusan ilham Tiara Jacquelina yang sememangnya merupakan seorang pencinta alam - Gambar ihsan Enfiniti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat memasuki ke alam magika, itulah yang dirasai saat melangkah masuk ke dalam Dream Forest Langkawi yang mula dibuka kepada pengunjung pada pertengahan Jun lalu.

Bertempat di Lubuk Semilang, Pulau Langkawi, kawasan hutan di situ yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Buku telah dihias dengan lampu-lampu neon dan diselitkan dengan paparan kisah dongeng yang menjadi legenda di Langkawi.

Getaran telah diterbangkan khas oleh Enfiniti Interactive Experiences bersama MyAirlines untuk merasai sendiri pengalaman menyelusuri hutan yang berusia beratus tahun ini.

Pintu gerbang Dream Forest Langkawi
Pintu gerbang Dream Forest Langkawi

Projek istimewa ini adalah cetusan ilham Puan Seri Tiara Jacquelina yang sememangnya merupakan seorang pencinta alam. 

Menurut Tiara, pada mulanya dia mahu membina sebuah rumah yang dilengkapi dengan cerita-cerita legenda. Namun semuanya berubah selepas pandemik.

“Saya rasa dengan keadaan sebegitu tidak sesuai untuk letakkan ramai orang dalam satu rumah. Saya banyak berfikir macam mana nak usahakan juga tempat ini. Jadi saya datang ke sini dan berjalan-jalan di sekitar. Kawasan hutan ini sangat besar. Banyak lagi kawasan yang kita tidak terokai lagi. Jadi kita batalkan rancangan asal, dan mula semula rancangan baru yang lebih segar. 

“Ketika saya masuk ke dalam hutan ini, sebagai pencinta alam saya rasa sungguh tenang dan rasa selamat. Jadi saya mahukan orang lain juga merasai pengalaman yang sama. Jadi muncullah idea untuk menghasilkan Dream Forest ini.

“Sebagai seorang penglipur lara, pastinya saya mahu suntik elemen kesenian dan penceritaan. Jadi kita selitkan cerita-cerita legenda yang sangat terkenal di Langkawi dan Kedah ini antaranya Sang Gedembai, Legenda Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan sebagainya,” katanya. 

Tiara Jacquelina
Tiara Jacquelina

Dream Forest hanya dibuka pada waktu malam iaitu bermula jam 7 hingga jam 12 malam. Ditanya tentang faktor keselamatan, kata Tiara pihak mereka telah memastikan keadaan di sekeliling hutan itu selamat untuk dihadiri pelawat.

“Sebagai seorang ibu, sudah pasti saya prihatin tentang aspek keselamatan anak-anak. Pada saya keselamatan nombor satu. Ini adalah ‘first night attraction’ di Langkawi. Satu-satunya ‘night attraction’ bersama keluarga.

“Selama dua tahun kami bekerja di dalam hutan ini, apa yang kami tahun haiwan tidak pernah kacau. Kami bina tempat ini dengan penuh hormat kepada hidupan flora dan fauna di sini. Tidak ada satu pun pokok yang ditebang untuk membina tempat ini. Lampu pun kita tidak pasang terlalu terang dan bunyi juga tidak terlalu kuat,” ujarnya.

Ditanya tentang penerimaan penduduk Langkawi sendiri tentang pembinaan Dream Forest, kata Tiara orang tempatan sendiri tidak pernah tengok projek sebegini.

“Bukan kata orang Langkawi, orang Kuala Lumpur pun tak pernah tengok projek sebegini. Saya nak cerita pada orang pun tak boleh nak cerita.Orang pun tak terbayang jika saya cerita konsep Dream Forest ini.  Anda perlu rasai sendiri pengalaman berada di sini,” kongsinya. 

Usaha Tiara turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gembira dengan pembinaan Dream Forest.

“Saya dapat panggilan daripada beliau dan beliau beritahu sangat gembira kami lakukan sesuatu untuk Langkawi. Beliau juga berjanji akan datang ke sini nanti. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Fahmi juga sudah datang ke sini sebelum tempat ini dibuka lagi,” katanya. 

Dream Forest terletak di kaki Gunung Raya. Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar sambil menikmati alam semulajadi dan bertemu haiwan unik seperti lemur terbang sunda, monyet daun kehitaman, kodok Sumatera serta beberapa spesis burung enggang yang menjadikan hutan Lubuk Semilang sebagai rumah mereka.

Ketika matahari terbenam, hutan berubah menjadi ruang teater semula jadi seluas 15.8 ekar. Sang Gedembai, Penjaga Dream Forest, bersama Eli, Coco dan Terra, tiga biji helikopter comel yang menjadi tuan rumah kepada pengunjung, mengalu-alukan anda untuk berinteraksi dengan cerita yang disampaikan melalui pemetaan unjuran pada pokok dan kawasan persekitaran.

Gabungan memikat semangat kreatif, inovasi teknologi dan warisan semula jadi, Dream Forest adalah pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia. Sediakan diri anda untuk perjalanan yang benar-benar ajaib.

Dream Forest Langkawi akan dibuka dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari, kecuali hari Rabu.

Harga tiket:

Rakyat Malaysia - RM68 dewasa, RM48 kanak-kanak, RM28 warga emas

Bukan Warganegara - RM98 dewasa, RM68 kanak-kanak, RM38 warga emas

Warga Langkawi - RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak, RM 28 warga emas

Layari laman web: https://dreamforest.com.my/ untuk maklumat lanjuut. – Getaran, 10 Julai 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara