web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyAirline Lancar Destinasi Penerbangan Kedua Di Sarawak

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 12:00PM

Khairul Firdaus Akbar Khan (dua kiri) dan Rayner Teo ketika pelancaran penerbangan Kuala Lumpur-Sibu sebagai destinasi kedua MyAirline ke Sarawak hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Langkah MyAirline melancarkan penerbangan Kuala Lumpur-Sibu sebagai destinasi keduanya ke Sarawak hari ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memenuhi keperluan perjalanan rakyat khususnya sewaktu musim perayaan. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata dengan kadar tambang promosi serendah RM59 untuk penerbangan sehala, inisiatif syarikat penerbangan tambang murah ini akan memudahkan pergerakan melalui udara di antara Kuala Lumpur dan Sibu. 

"Saya percaya dengan perkhidmatan terbaik disediakan sudah pastinya ia akan memberi kepuasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sibu semalam.

Tardahulu beliau tiba di sini bersama Ketua Pegawai Eksekutif MyAirline, Rayner Teo dalam penerbangan sulung syarikat itu ke Sibu. 

Sementara itu merujuk kepada isu berkaitan peningkatan tambang penerbangan yang sering dikatakan melonjak secara mendadak setiap tiba musim perayaan, Khairul Firdaus berkata peningkatan itu pastinya tidak adil kepada rakyat.

Menurutnya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing sudah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta mengadakan perjumpaan dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk berbincang mengenai isu lonjakan tambang itu, dan beliau yakin perjumpaan itu akan membuahkan hasil yang dapat memanfaatkan semua pihak. 

Sementara itu Teo berkata sambutan orang ramai terhadap penerbangan destinasi kedua MyAirline ke Sarawak itu sangat menggalakkan, dan beliau yakin akan berterusan pada masa akan datang. 

"Pada masa yang sama ini akan memberi peluang kepada orang ramai bergerak di antara Kuala Lumpur dan Sibu atau sebaliknya," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 9 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN