web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelancong Thailand Boleh Guna QR DuitNow Di Malaysia Melalui Boost

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:24AM

Peniaga Boost kini boleh menerima pembayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand menerusi kod respons pantas (QR) DuitNow. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata dan Payments Network Malaysia (PayNet), mengumumkan para peniaga Boost kini boleh menerima pembayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand menerusi kod respons pantas (QR) DuitNow.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost Sheyantha Abeykoon di dalam satu kenyataan berkata, syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam penyelesaian pembayaran digital untuk memanfaatkan peniaganya dan menyediakan pilihan pembayaran yang mudah untuk pembeli tempatan.

Dengan musim cuti yang semakin hampir, perkembangan ini akan memberi peluang kepada peniaga Boost untuk meluaskan rangkaian pelanggan mereka, manakala pelancong boleh menikmati transaksi ringkas dalam mata wang mereka sendiri dengan hampir lebih setengah juta peniaga yang menawarkan kemudahan Boost di seluruh negara, kata Sheyantha.

Kenyataan itu berkata, Boost berhasrat untuk turut menawarkan pembayaran QR rentas sempadan kepada pelancong Indonesia dan Singapura serta negara lain yang berada di liputan PayNet dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Boost berkata ciri transaksi lancar serba baharu ini akan merintis jalan untuk memudahkan pelancong menggunakan eDompet masing-masing bagi membuat pembayaran tanpa memerlukan wang ringgit.

“Pelancong hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow Boost, yang akan mengenal pasti lokasi secara automatik semasa pengguna berada di Malaysia dan akan menerima permintaan untuk meletakkan nilai pembelian dalam Ringgit Malaysia. Penukaran automatik akan ditolak daripada eDompet negara asal mereka.

“Bagi peniaga Boost, mereka akan terus menerima bayaran dalam ringgit,” katanya.

Bagi fasa pertama, kemudahan ini akan disediakan kepada pelancong dari Thailand dan aplikasi pembayaran mudah alih institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu CIMB Thai, Siam Commercial Bank, Bangkok Bank, Krungthai Bank dan Bank of Ayudhya.

Boost berkata kira-kira 200,000 peniaga QR DuitNow Boost boleh ditemui di tempat-tempat tarikan pelancong yang popular di Malaysia.

Bagi menggalakkan lebih ramai peniaga mendigitalkan perniagaan dan menerima pakai kemudahan menjalankan perniagaan tanpa tunai, Boost kini bekerjasama rapat dengan Persatuan Jonker Walk di Melaka dalam usaha untuk membawa lebih banyak peniaga menawarkan pilihan beli-belah yang lebih luas.

 Boost berkata yuran untuk mengaktifkan ciri pembayaran rentas sempadan akan diketepikan untuk masa yang terhad. Klik link untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menjadi peniaga Boost. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan