web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yayasan Sutra Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Pesta Tarian India

Ramli menjangkakan 'Jaya Ram' akan menerima respons yang sama di India dan menggelar ciptaan Sutra terkini sebagai "jambatan baharu budaya" sempena hubungan diplomatik Malaysia-India ke-65 tahun.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 8:05AM

Jaya Ram merupakan sambungan kepada pementasan produksi terdahulu yang berkisar kisah cinta kepada daerah Ganjam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Rombongan yang diketuai oleh perintis tarian klasik Odissi Datuk Ramli Ibrahim akan membuat persembahan di festival Konark di timur India minggu ini.

Rombongan daripada Yayasan Sutra teater tarian Malaysia membabitkan penyertaan 23 artis.

Mereka akan mempersembahkan produksi Odissi baharu Sutra "Jaya Ram" pada Khamis di Kuil Matahari Konark di negeri Odisha.

Persembahan terakhir Yayasan Sutra sempena festival tarian tahunan adalah pada 2017 apabila kumpulan itu mempersembahkan pertunjukan terkenal "Ganjam."

Ramli menjangkakan "Jaya Ram" akan menerima respons yang sama di India.

Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

Beliau menggelar ciptaan Sutra terkini sebagai "jambatan baharu budaya" sempena hubungan diplomatik Malaysia-India ke-65 tahun.

Beliau turut menjalin kerjasama dengan pakar Odissi India Gajendra Kumar Panda.

"Saya dan Gajendra meluangkan masa di selatan Odisha untuk meneliti tarian rakyat dan tradisi muzik yang kami rangkumkan ke dalam himpunan Odissi 'tradisional'. 

“Usaha ini memerlukan kami untuk mengkonsepsikan semula kedua-dua perbendaharaan kata dan elemen muzik Odissi," kata Ramli kepada Bernama.

Yayasan Sutra juga akan membuat persembahan tarian pada 29 dan 30 Disember di Festival Seni Antarabangsa Delhi (DIAF).

"Ia merupakan penyertaan pertama Sutra dalam DIAF. Seramai 15 artis bakal menyertai persembahan kali ini," kata Ramli.

Tidak seperti di Konark, Sutra membuat persembahan dengan iringan muzik secara langsung, tetapi bagi persembahan di Delhi para penari akan membuat persembahan diiringi muzik yang dirakam.

"Kos bagi membawa artis adalah terlalu mahal sehingga hampir mustahil untuk menikmati keindahan muzik secara langsung di Delhi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad