web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Bercuti ke Jepun, Jom Cari Maklumat dan Pakej Percutian di Japan Travel Fair 2022

Sebagai sebahagian daripada Projek Melawat Jepun 2022, Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO), bakal menganjurkan Japan Travel Fair 2022 (JTF 2022) bermula 16 hingga 18 September ini.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 12:00PM

Setelah lebih dua tahun menutup pintu kepada warga asing, kini Jepun bersedia menerima kehadiran pelancong. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun, pasti anda sudah mula merindui suasana dan keindahan negara matahari terbit tersebut. Kesantunan dan kepatuhan rakyatnya dalam menjalani kehidupan harian membuatkan kita berasa selesa dan selamat untuk ke mana-mana. 

Setelah lebih dua tahun menutup pintu kepada warga asing, kini Jepun bersedia untuk menerima kehadiran pelancong. Biarpun ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi, perkembangan terkini ini sudah pasti membuatkan ramai yang tersenyum. 

Sebagai sebahagian daripada Projek Melawat Jepun 2022, Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO), bakal menganjurkan Japan Travel Fair 2022 (JTF 2022) bermula 16 hingga 18 September ini bertempat di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Kembali buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun pada ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur, JTF 2022 menyasarkan untuk mempromosikan pelancongan ke Jepun melalui acara langsung dan acara dalam talian di laman web JNTO.

Pengarah Eksekutif JNTO Kuala Lumpur, Fumi Matsumoto pada majlis pelancaran baru-baru ini memberitahu, acara yang bakal berlangsung ini diharap akan membantu rakyat Malaysia merancang percutian ke Jepun dengan lebih mudah dengan menyalurkan maklumat terkini tentang tarikan yang boleh dilawati. 

Buat julung kalinya ia turut diadakan secara hibrid. - Gambar ihsan JNTO
Buat julung kalinya ia turut diadakan secara hibrid. - Gambar ihsan JNTO

Sementara itu, Pengarah Eksekutif JNTO KL, Fumi Matsumoto pula berkata, pihak mereka  teruja untuk mempamerkan tarikan dan destinasi Jepun kepada rakyat Malaysia sekali lagi.

“Sebaik pengumuman pelonggaran sekatan sempadan antarabangsa diumumkan kerajaan Jepun baru-baru ini, pihak kami menerima banyak pertanyaan mengenai perjalanan ke Jepun.

“Jadi kami berharap kepulangan JTF ini akan membantu mereka mendapatkan maklumat yang diinginkan. Penganjuran kali ini juga menyaksikan julung kalinya ia turut diadakan secara hibrid, di mana ia boleh diakses melalui laman web JNTO kami,” ulasnya. 

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang tempoh penganjuran itu nanti. Antaranya, persembahan gendang taiko Jepun, penampilan bakat tempatan dan pempengaruh pelancongan, kedai-kedai jualan makanan Jepun, sesi bergambar bersama cosplayer dan yang paling menarik ialah hadiah utama untuk cabutan bertuah yang ditaja oleh beberapa syarikat penerbangan ternama. 

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi JTF 2022 bagai mendapatkan pakej pelancongan yang diidamkan. Di sinilah tempatnya untuk anda mendapatkan inspirasi dan maklumat tentang perjalanan seterusnya ke Jepun. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi JTF 2022. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN