Berita Terkini

59 minit yang lalu: Pecat, gantung keahlian keputusan kolektif UMNO - Ahmad Zahid 59 minit yang lalu: Rusuhan: Skuad B-16 beraksi di stadium kosong di Bogor 59 minit yang lalu: Bajet 2023: Belia mahu teknologi 5G, ekonomi gig, gaji minimum ditambah baik 1 jam yang lalu: Pelajar madrasah dari Banting, Selangor dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 7 rakan di Langkawi 1 jam yang lalu: Bajet 2023: Masyarakat Orang Ali mahu kemudahan infrastruktur ditambah baik

IKUTI KAMI


SAS Bakal Sediakan Perkhidmatan Pesawat Laut Ke Pulau Perhentian, Pertama Seumpamanya Di Malaysia

Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) bakal membina lapangan terbang kecil (aerodrome) air di Pulau Perhentian, Terengganu, yang akan menjadikannya ‘lapangan terbang atas air’ pertama di Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 11:02AM

Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit dari tanah besar untuk sampai ke pulau dengan menaiki pesawat laut - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyedia perkhidmatan sewa dan pajak, carter penerbangan dan pesawat, Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) bakal membina lapangan terbang kecil (aerodrome) air di Pulau Perhentian, Terengganu, yang akan menjadikannya ‘lapangan terbang atas air’ pertama di Malaysia. 

Ini juga akan menjadikan SAS sebagai pengendali aerodrome air pertama di negara ini. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ida Adora Asha’ari Ismail berkata rancangan itu adalah susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara SAS dan Oriental Sky Sdn Bhd (OSSB) untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyenggaraan pesawat amfibia dan operasi penerbangan. 

“Daripada perjalanan selama 45 minit menaiki bot, anda mungkin hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dari tanah besar untuk sampai ke pulau (menaiki pesawat laut). 

“Pesawat akan mendarat di atas air dan perlu ada lapangan terbang tertentu untuknya, oleh itu kami ketika ini sedang membina satu di Pulau Perhentian,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Pameran Penerbangan Selangor 2022.

Ida Adora berkata syarikat itu berharap dapat mengembangkan perkhidmatan pesawat laut ini ke tiga hingga empat lagi pulau di Malaysia.  

“Yang pertama dijangka bermula pertengahan tahun depan dan harapnya tahun berikutnya akan ada tambahan bagi setiap tahun selepasnya,” katanya.

Ditanya mengenai potensi pengembangan ke pasaran luar negara, beliau berkata buat masa ini syarikat itu menumpu untuk mengembangkan habnya di Malaysia dengan beberapa aktiviti perniagaan dibuka kepada syarikat asing dalam bahagian pembaikan dan penyenggaraan. 

SAS memiliki pelbagai kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) termasuk pengendali udara yang diperakui, organisasi penyenggaraan diluluskan (AMO) dan organisasi pengurusan layak terbang berterusan diluluskan.  

Oriental Sky adalah anak syarikat milik penuh Ikhasas Group yang baru-baru ini membeli satu unit Cessna 208B Grand Caravan dalam konfigurasi amfibia. 

Cessna 208B Grand Caravan - Gambar laman aeroaffaires.com
Cessna 208B Grand Caravan - Gambar laman aeroaffaires.com

Ini membolehkan pesawat itu berlepas dan mendarat daripada landasan dan laluan air termasuk dari kawasan laut di sekitar Malaysia. 

Menerusi MoA itu, SAS dipertanggungjawabkan oleh OSSB untuk menjadi pengendali komersial yang akan menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan pesawat ini, buat permulaannya ke Pulau Perhentian di mana sebuah kompleks resort mewah sedang dibangunkan oleh Ikhasas Group. 

Di bawah MoA itu juga, SAS, sebagai AMO yang diiktiraf oleh CAAM, akan menyediakan sokongan penyenggaraan bagi pelbagai jenis pesawat dan helikopter termasuk Cessna 208B Grand Caravan.

Ida Adora berkata kerjasama antara SAS dan OSSB sudah pastinya akan menjadi satu pencapaian penting dalam menjadikan Malaysia sebagai satu daripada kuasa penerbangan serantau, berkembang kepada penerbangan amfibia komersial dan menawarkan kaedah baharu untuk menikmati keindahan semula jadi negara. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Agensi Bertanggungjawab Siasat Punca Pelancong Pulau Perhentian Jatuh Sakit - MOTAC

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pulau Redang Dan Pulau Perhentian Bakal Nikmati Bekalan Elektrik 24 Jam

3

TARA 4 minggu yang lalu

Bercuti ke Pulau Dengan Bajet Mesra Poket

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Diselamatkan Hari Ini

Sorotan

1

Bukit Lagong ‘Ditarah’: NGO Tuntut Kerajaan Selangor Bersuara Atau Diheret Ke Mahkamah

2

PAS Mungkin ‘Cerai’ PN Untuk Bersama UMNO

3

5 Artis Popular China Yang Diharamkan Dalam Industri Hiburan Negara Itu

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Turkish Airlines Tambah Penerbangan Ke Kuala Lumpur

Jelajah 17 jam yang lalu

Pengecualian Visa, Yen Lemah Akan Lonjak Pelancongan, Beli-Belah Di Jepun