Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Lokasi Taman Tema Air Tiket Bawah RM30 Perlu Anda Kunjungi

Taman tema air merupakan destinasi yang menjadi pilihan menjelang cuti sekolah. Kami kongsikan lokasi mengikut kesesuaian bajet anda dengan harga tiket masuk yang berbaloi untuk bercuti bersama keluarga.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 2:07PM

Segmen Jelajah kali ini berkongsi empat lokasi taman tema air yang menawarkan tiket masuk serendah RM30 dan berbaloi untuk pergi bersama keluarga - Gambar laman web pdttemerloh.pahang.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taman tema air adalah sebuah kawasan taman hiburan yang menawarkan permainan air seperti kolam renang, gelongsor air dan seumpamanya untuk dinikmati orang ramai tanpa mengira usia. 

Destinasi ini amat sesuai untuk anda bawa seisi keluarga bermandi-manda dan pastinya ia dipenuhi oleh pengunjung menjelang cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi dan 

Bagaimanapun jika diperhatikan, tiket masuk bagi kebanyakan taman tema di Malaysia menawarkan harga yang agak mahal. Pasti ia menelan belanja yang tinggi jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar. 

Namun usah risau, segmen Jelajah kali ini berkongsi empat lokasi taman tema air yang menawarkan tiket masuk serendah RM30 dan berbaloi untuk pergi bersama keluarga.

Wet World Shah Alam

Gambar laman web wetworld.my
Gambar laman web wetworld.my

Wet World Shah Alam merupakan lokasi taman tema ikonik di sekitar kawasan Selangor. Ia dibina sejak 1996 dan terletak kira-kira 700 meter dari Pusat Konvensyen Shah Alam. Wet World Shah Alam ini juga antara taman tema air yang paling lama dan masih wujud di Malaysia. 

Pelbagai infrastruktur yang lengkap disediakan dan binaan gelongsor air yang menarik. Antaranya ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Bermuda Triangle dan banyak lagi. Ia sering menjadi pilihan golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah.

Harga tiket yang ditawarkan masih berada pada tahap serderhana  iaitu dewasa RM30 (ketinggian 130 cm dan ke atas) dan bagi kanak-kanak pula RM25 (ketinggian 90 – 130 cm).

Lokasi: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang. Tutup pada setiap hari Rabu kecuali pada cuti sekolah dan cuti am.

Kubang Gajah Mini Waterpark 

Gambar laman web pdttemerloh.pahang.gov.my
Gambar laman web pdttemerloh.pahang.gov.my

Bagi yang bersia-siar dan bercuti di Pahang, anda boleh hadir ke taman tema air Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang yang terletak lebih kurang 24km jarak dari Pekan Temerloh. Taman tema ini lebih kepada kolam kecil dan sederhana yang sesuai untuk kanak-kanak.

Malah terdapat alat permainan air seperti bot kecil dan gelongsor bersaiz sederhana yang boleh mereka bermain sambal bermandi manda.

Lokasi ini juga menetapkan bahawa setiap pengunjung perlu memakai pakaian yang menutup aurat semasa beristirahat atau melakukan aktiviti di kawasan kolam. 

Nampak biasa tetapi setiap kali cuti sekolah, tempat ini sangat meriah dengan kunjungan orang luar apatah lagi dalam negeri. Harga tiket masuk serendah RM10 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak (2-12 tahun).

Lokasi: Taman Awam Kubang Gajah, 28000, Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00 petang – 7.30 malam

 

Fantasia Aqua Park Jitra

Gambar laman web gokelah.com
Gambar laman web gokelah.com

Jika anda merancang untuk bercuti dan mencari taman tema air negeri Kedah khususnya daerah Jitra, anda disyorkan hadir ke Fantasia Aquapark. Ia merupakan satu-satunya taman tema air yang dibina di daerah tersebut dan menjadi salah satu tarikan baharu sejak id diwujudkan pada 2017. 

Luas kawasannya tidaklah terlalu besar namun ramai pengunjung yang hadir memberikan respon yang positif berkenaan tempat ini. Boleh dikatakan ia cukup memberikan kepuasan kepada anak-anak yang bermandi-manda  di situ. 

Harga tiket masuk yang ditawarkan ialah dewasa RM18 dan kanak-kanak RM15. Jadi harganya masih berpatutan untuk anda membawa seisi keluarga disini

Lokasi: Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10.00 pagi – 8.00 malam),  Selasa Tutup

 

Kolam Air Panas Jasin

Gambar laman web gokelah.com
Gambar laman web gokelah.com

Kepada individu yang inginkan sedikit kelainan untuk bermandi-manda bersama keluarga, anda boleh hadir ke Kolam Air Panas Jasin, Melaka.

Lokasi ini bukan sahaja berkonsepkan taman tema yang menggunakan air panas, terdapat beberapa kolam berbentuk jakuzi dengan tahap suhu tertentu disediakan untuk pengunjung berendam sambil bersantai. 

Malah terdapat juga juga kolam khas bagi wanita yang ingin berendam secara tertutup. Lokasi ini mempunyai kolam kanak-kanak dengan binaan gelongsor yang menarik untuk anda berseronok sambil bermandi-manda. 

Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM12 dan kanak-kanak pula RM8. Tambahan lagi, lokasi ini juga menawarkan kemasukan secara percuma bagi orang kurang upaya OKU dan individu yang mengalami serangan penyakit strok. - Getaran, 9 September 2022

Lokasi: Bemban, Melaka

Waktu Operasi: Isnin : 3.00 petang – 12.00 tengah malam
                          Selasa, Rabu, Khamis & Ahad : 9.00 pagi – 12.00 tengah malam
                          Jumaat, Sabtu: 9.00 pagi – 2.00 pagi

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 5 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki

Refleksi 21 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN